Saturday 24 December 2011

adakah diriku SERIK?

Mungkinkah sekarang aku lebih berhati-hati dan tidak percaya
Banyak situasi yang kuamati dan kufikir-fikirkan
Banyak kata-kata manis yang hanya tinggal kata-kata
Tiba masanya titisan air mata dan hati tika itu cuba kukeraskan
'Jangan bergantung pada orang' nasihat itu masih terngiang-ngiang ditelinga

Ya Allah
Dirimu tahu kelemahan dan kekuatanku
Tenangkan hati ini setenang-tenangnya
Kekadang cuba kuhilangkan segala perasaan
Untuk ku menjaga titik-titik hitam tidak bertompok di hati
Hambamu ini letih ya Allah.....
Kuatkanlah kesabaranku
????
___________________________

Saturday 3 December 2011

Muharram....

Assalamualaikum wrt,

Selamat tahun baru HIJRAH semua..
Bermula langkah yang baru bersama jiwa yang baru yang lebih baik iman dan amal , insyaAllah.
Saya teringat kakak saya berpesan pada saya masa saya bujang dulu-dulu dan tengah cari-cari jodoh, dan hari ini bila lihat poster yang comel ni saya teringat kembali kata-katanya walaupun ketika itu skop perbincangan nak mencari calon suami...

"Alang, nak akhir yang baik kena bermula dengan yang baik" 

Hari ini di permulaan Muharram...sebelum menanam cita-cita dan azam, kita mulakan dengan merendahkan diri yang hina mohon keampunan agar perjalanan kita dipermudahkan hingga keakhirnya yang telah ditentukan-Nya, mungkin esok atau lusa siapa yang tahu...


Monday 17 October 2011

Celik Mata Hati

Semalam jalan-jalan di Maydin, 10 minit jer dari rumah. Selepas makan tengahari masuk Maydin cari fresh milk untuk Jannah bawak ke sekolah. Selepas tu singgahlah kedai buku...memang teringin nak beli buku, belek-belek buku dan mata mencari penulis=penulis yang saya minat. Kemudian suami capai satu buku..
"Tengok kulit macam kenal,siapa penulisnya bang?"tanya saya.
"Ustaz Pahrol"jawabnya ringkas.
Dalam kepala saya terbayang blog Genta Rasa.."Beli-beli bang" kata saya tanpa ragu-ragu.

When you stop learning,you stop leading- Jadi apa yang anda lakukan sekarang sebenarnya bukan setakat membaca,malah anda sedang memimpin...
Tidak ada noktah dalam membentuk diri kearah yang lebih baik.Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berpenghujung.Sering kali penghujung satu jalan, membuka satu jalan yang lebih luas.

Selamat membaca untuk diriku dan anda juga :)


Sunday 16 October 2011

bagiku..

hati berbunga-bunga bila ada orang tujukan lagu ni untuk saya..walaupun dah bergelar isteri:)

bait lirik yang saya suka adalah Karena bagiku kau kehormatanku



Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

daripada suamiku tercinta.

Sunday 4 September 2011

di Aidilfitri 2011

Masih belum terlambat nak ucapkan salam aidilfitri mubarak kepada semua yang sudi membaca blog saya yang sgt kecil ni. Mohon maaf jika ada salah silap terkasar bahasa yang buat rasa tak senang hati.

Syukur kepada Allah s.w.t diatas nikmat merasa kemanisan silaturrahim terutama antara ahli keluarga yang sangat saya rindui. Ditentukan olehNya tahun saya ni saya beraya tanpa suami disisi kerana dia ada tugas yang perlu diselesaikan di uk. Sedih tapi dalam masa yang sama gembira. Saya dapat meluangkan masa yang lama bersama ayah dan mak, adik beradik dan anak-anak buah yang ceria di kampung. Bayangkan setelah 4 tahun tak bersua muka dan kali ini dapat berkumpul dan berkongsi rasa dan cerita, memang masa yang sangat berharga. Jazakumullahu khairan katheera kepada ayah yang banyak berkorban dan mendidik kami yang kekadang buat ayah menitis air mata, semoga segala jasa ayah Allah membalas dengan syurga. Ayah membuatkan kami sangat berdikari dan berani dalam meniti kehidupan, mungkin ayah bekas tentera tu sebab kami macam ayah :) Ayah tak banyak cakap tapi kami dapat rasa ayah tahu apa yang kami rasa...ingat kami dalam doa ayah yer. Sayang ayah sangat...

Hidup ini sentiasa berpusing dan masa kan berlalu. Bersabar dan sentiasa buat baik dengan ibu bapa walau apa pun keadaan insyaAllah ada sinar dihujung sana.




Friday 2 September 2011

cool..

 

pepagi masa otw gi kerja dgr ikim,  suka kata-kata ni..

0rang yang bijak orang yang bijak kawal emosi.

- x sensitif

-x baran

                                      -ustaz Hasrizal

Ahli syurga x leh marah-marah , sabar!

                                         - ustz Pahrol

Monday 15 August 2011

letih...

sedih dan rasa letih sesgt arini...
tadi test jpj..sedih sbb fail part jln raya..sbbnya mati enjin..dpt jln yg byk traffic light and berbukit.

letihlah rasa..
kekadang tertanya kenapa kena hadapi benda yang sama lg...banyaknyer kena sabar...rasa letihnya ya Allah...

--------------
sabar!!!!!!!!!

Tuesday 9 August 2011

Ramadhan..kali ini


Tahun ni hari lahirku jatuh dibulan Ramadhan.

Tapi...
nak masuk hari yg ke 10 Ramadhan
rasa sedih sebab rasa tak full gear lg,
kenapalah diri ni?
padahal..hadiah hari lahir tahun nilah yang sangat SPECIAL...iaitu RAMADHAN...

.............................

ya Allah kuatkanlah imanku, jangan biarkan orang lain menyebabkan diriku lemah.

..............................

Ya Allah kurniakanlah diriku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu,hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah kurniakanlah diriku iman yang sempurna hati yang khusyuk, ilmu yang berguna,keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah diriku din cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Diriku mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai diri hambaMu ini terpaksa meminta jasa orang lain. Berilah diriku iman yang sebenarnya sehingga diriku tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada diriku,keluargaku dan anak-anakku serta sesiapa sahaja yang bersama diriku,walaupun kadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta perkenankanlah doa ini ya Allah. Amin.

Sunday 31 July 2011

Peluang yang diberi..

Dalam hidup kita..ada sahaja peluang yang ingin kita rebut..
lebih-lebih lagi jika kita suka bisnes..ada sahaja cara dan jalan nak dapatkan duit..peluang ni..peluang ni.
Jika ada SALE..peluang ni nak dapat barang yang diimpikan tak kiralah baju yang berjenama..pingggan mangkuk yang berjenama..perabut yang 'class'..macam-macam lagikan. Sanggup menghabiskan masa berjam-jam dalam shopping mall..beratur berjam-jam..sabar memang tahap tertinggi...plan baik..asalkan dapat apa yang diimpikan.

Itulah kita..keuntungan yang kita nampak dari depan mata..memang cepat kita nak sambar. Cuba kita muhasabah..peluang sekali setahun ini,

PELUANG YANG SANGAT ISTIMEWA yang Allah berikan kepada kita untuk merasai RAMADHAN..bukan semua orang dapat merasainya. Masa saya balik kg di bulan Sya'ban. bila cerita-cerita dengan ayah..tanya-tanya khabar makcik dan pakcik kat kg..lebih kurang 5 orang dah meninggal. Itu di kg saya macam mana jika diseluruh dunia??? Bukan semua Allah beri peluang ini...Bersyukur sesangat jika saat ini kita dapat bertemu Ramadhan sekali lagi.

Jom muhasabah...ingat-ingat kembali Ramadhan yang lepas apa kekurangan yang perlu kita perbaiki dan apa terget untuk tahun ini..nak khatam quran? nak solat malam setiap malam? terawih penuh? berbuka dengan dengan makanan biasa sahaja? Berdoa dan berzikir setiap masa?

Alhamdulillah ingatlah,satu peluang yang sangat best...SALE besar-besaran..ganjaran yang berlipat ganda..jom kita rebutnya dengan sabar dan semangat yang kuat untuk berlumba-lumba yang terbaik. Semoga Allah kurniakan kita kekuatan dan kesihatan untuk melakukannya,amin.

Selamat Menyambut Ramadhan Karim....masa untuk mendidik dan menyucikan kita..untuk menjadikan kita yang BARU.

Friday 15 July 2011

Langkah pertama notakecil-ini..

Alhamdulillah..

Tiga hari lepas adalah pengalaman baru saya di kilang. Hari pertama ketika berdiri dihadapan kilang tu saya teringat masa lepas SPM, saya kejer sebagai casher kat cafeteria sebuah kilang Jepun di Senai untuk membantu makcik saya tapi masa tu saya hanya memerhatikan mereka memakai uniform biru dan kasut getah berwarna putih. Tetapi hari ini apa yang saya perhatikan ,saya pula yang memakainya. Sampai dihadapan pintu pagar pagi tu pakcik jaga menegur saya dan saya perkenalkan diri dan beritahu dia saya pekerja baru, lalu pakcik tu bawa saya ke pejabat HR. Setelah saya diberi sedikit penerangan saya dibawa pergi melawat-lawat sekitar kilang. Buat pertama kali saya melihat suasana kilang dan macam mana operator-operator tu bekerja memasang komponen-komponen elektrik,macam ni rupanya orang kejer di industri.

Dalam masa tiga hari ni banyak benda baru yang saya kena belajar. Pertama sekali kena biasakan diri dengan suasana bising sebab konsep kilang ni memang open floor, engineer dan planner semua duduk sama level dengan operator. Keduanya kena belajar material-material dan ingat kod nama setiap komponen dan material yang digunakan dan belajar semula apa yang saya belajar masa di U dulu. Kali ni memang bidang yang saya belajar dan kali ni saya kena praktikkan apa yang saya belajar dengan industri, best! :)

Alhamdulillah impian saya nak bekerja Allah tunaikan..saya yakin pasti ada mutiara-mutiara yang boleh saya kutip disana dan bermulalah kitaran hidup saya seharian telah berubah dan pasti kena lebih tersusun untuk memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah,isteri, mama dan pekerja. Ya Allah kurniakanlah diriku kekuatan dan permudahkanlah segala tanggungjawab yang perlu kulaksanakan dan berkatilah masa yang Kau berikan.amin.

Tuesday 21 June 2011

semakin nak tinggalkan lagi rasa sayang

20/6

Alhamdulillah hari ni barang-barang yang nak dibawa balik ke Malaysia dah masuk kontena yang dikongsi bersama dengan kak yati. Selepas ni kerja-kerja pembersihan dan pembuangan benda-benda yang tidak diperlukan lagi. Sebelum serah kunci pada pakcik landlord saya nak pastikan rumah bersih supaya pakcik tu senang hati dan saya balik pun tenang.

Tinggal lagi 3 hari nak balik Malaysia…dan tiga hari nilah saya cakap dalam hati saya mesti rindu dengan bumi Sheffield. Bumi yang memberi saya sesuatu yang saya cari dan doa saya, saya akan lebih kuat untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya yang pasti lebih mencabar.

21/6

Rasanya ini akan menjadi post yang terakhir saya di UK..pagi ni orang virgin media akan datang nak ambil modem..sedihnya tak dapat lagi rasa internet yang super duper laju..

Cuaca hari ni cerah dan berangin..semakin nak balik lagi sayang Sheffield lagi-lagi sekarang ni cuaca cerah tapi tidaklah panas sangat dan berpeluh-peluh macam di Malaysia,

tapi apa kan daya macam kawan saya kata dalam emel Malaysia tempat tumpah darah kita .

Pengalaman berada di negara orang adalah pengalaman yang sangat berharga , banyak benda-benda yang positif yang boleh dibawa balik dari segi perkhidmatan dan kebajikan yang sangat efisyen, kepercayaan dan kemanusiaan. Namun tak semua bagus dan kekadang yang saya pelik jika di Malaysia benda yang baik dari orang mat saleh ni taknak ikut tapi yang buruk cepat jer sampai terutama fesyen entah apa-apa yang ketat sendat. Tapi minah-minah saleh pakai ketat-ketat sebab negara dia sejuk so kenalah pakai ketat sebab nak simpan haba kalau tengok rumah -rumah mereka pun setiap ruang kecik-kecik dan rendah, tapi beza kat Malaysia panas dan berpeluh..tapi masih nak pakai sendat –sendat…tulah ikut tanpa berfikir, perasan nya moden dan up to date..ermm.

Nak keluar cari barang jika saya balik internet masih ada saya akan sambung tapi jika tidak saya sambung di Malaysia,insyaAllah.

notakecil-ini@sheffield.

Tuesday 14 June 2011

perlukah risau?

 

Menghitung hari untuk balik…Berbunga-bunga hati untuk berjumpa orang-orang yang dirindui selalu..chit chat selalu suka duka bersama

Tapi risau juga ingin memulakan hidup baru mesti banyak yang berubah

Nak buat apa lepas ni?

Yang pasti kena manfaatkan akal, kesihatan dan kekuatan yang Allah beri untuk hidup yang lebih baik..

nak kejer insyaallah,Smile

Mesti berani Notakecil-ini Teruskan bergerak!

Monday 23 May 2011

lagu besday :)



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

hepi Besday 2 u syg:)




i luv u luv me~newcastle 2003
bila abg mula melukis :)

jannah syg ayah 2007


semoga abg berjaya dlm phd, saya dan jannah sentiasa disisimu :)






our journey ~sheffield 2007- 2011
jannah's baiti jannati :)


Friday 20 May 2011

kenapa keNa SaBaR?

kerja siang malam, ikut masa tak curik tulang tak suka bodek tapi orang lain plak yang naik pangkat!

seseorang yang kita sayang dan percaya tetiba dikhianati dan pergi meninggalkan kita!

nasihat supaya pakai baju dan seluar yang longgar..saya suka kenapa nak sibuk saya belum nak jadi ustazah skema jer!

bantu dengan ikhlas walaupun menerima cemuhan kerana yang dibantu tidak menghargai..biarkan jangan tolong biar dia rasa!

setiap minggu beriadah jaga makan jaga berat badan yang ideal tapi tetiba kena sakit dan kena masuk hospital berminggu-minggu..

bila cerita dengan orang..........mereka dan saya akan kata



kenapa SABAR itu yang keluar dari mulut sebagai butir nasihat adakah kerana itu yang mudah?

cakap senanglah sabar-sabar..

takkan nak sabar jer.

Kenapa kena SABAR?



Hidup di dunia ni diumpamakan seperti sesuatu peperangan yang berbagai-bagai corak dan rentak. Kita sentiasa terdedah dengan pelbagai bentuk ancaman dari pelbagai sudut , semuanya bagaikan duri menusuk hati. Sekiranya kita tiada perisai, duri itu akan menyebabkan sakit dan yang sakit adalah diri kita sendiri.

Apabila kita sakit dri dan jiwa akan menjadi lemah dan ketika itulah emosi,hawa nafsu dan syaitan menguasai tindakan kita. Maka terpancarlah sifat-sifat buruk dan apabila ia terjadi maka tanpa disedari kita telahpun kalah dimedan peperangan.

Olehitu jika kita taknak kalah kenalah siap bersedia...

Senjata yang paling hebat dan berkesan yang perlu kita ada untuk kalahkan musuh-musuh itu adalah SABAR

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan ( baik buruknya) hal ehwal kamu."
                                                                          ( Muhammad: 31)

"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap harta dan dirimu. Dan (juga) kamu sunguh-sungguh akan mendengar dari orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan."
                                                                                         ( Al Imran: 186 )


Sabar kita adalah untuk menghalang hawa nafsu dan syaitan daripada menyuruh kita membuat sesuatu yang diluar akal dan syara'. Dan natijahnya adalah kemenangan dan pertolongan .

Bila dan dimana kita kena SABAR?

1. bila kita melakukan taat dan tinggalkan maksiat

Musuh dalam diri kita yang tak nampak adalah hawa nafsu dan syaitan. Ketiga-tiga musuh ini sentiasa melambai-lambai dengan helah dan tipudaya dan mengaburi mata dengan cintakan syahwat dan mempermudahkan jalan untuk kita engkar dan menuju kearah maksiat. Usaha ini adalah 24 jam tanpa henti dan putus asa.

Apabila kita sabar, tahan,jihad dan penuh tenaga dan pengorbanan bersunguh-sungguh supaya nafsu dapat ditundukan. Jika kemenangan melawan musuh batin ini maka nampaklah dalam diri kita akhlak yang cantik dan bersinarlah hati dan mudah jer jalan nak buat baik. Jika tidak itu kekadang bila tidak sabar keluar kata-kata dan sikap yang buruk yang jika bila diingatkan diri sendiri pun malu..tulah pepatah kata telajak perahu boleh berundur telajak kata padah akibatnya,
.

FirmanNya yang bermaksud

" Barangsiapa bermujahadah di jalan kami, maka kami akan bukakan pintu-pintu hidayah kami.."
                                                                          ( Al -Ankabut: 69 )
2. bila kita diuji dengan musibah

Hidup ini sentiasa terdedah kepada musibah tidak kiralah terhadap diri kita sendiri dan harta, ahli keluarga dan kaum kerabat kita atau terhadap keamanan dan ketenangan kita.

Lantaran ia akan terjadi tanpa kemustahilan dan sering juga rasa putus asa sehingga hilang pergantungan kita dengan Allah. Allah tahu dah sifat manusia ni macam mana bila ditimpa musubah, firmanNya yang bermaksud

"Dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.. "
                                                                                ( Al Israa' : 83)

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah..."
                                                                             (Al-Maarij: 19:20)

Sekiranya ini yang berlaku maka ianya adalah manusia yang tewas kerana apabila putus asa dan keluh kesah kita tidak lagi mahu cari jalan demi mencari pertolongan didalam kehidupan didunia. Tetapi sekiranya ada kesabaran terutamanya diawal-awal ketika ditimpa musibah dan kekal sabar maka mereka inilah mereka yang mendapat petunjuk. Mereka tetap meneruskan kehidupan dengan berani dan melalui musibah dengan memperolehi kebaikan didunia dan diakhirat.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

" Dan sungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. ( Iaitu ) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "inaa lillahi wa inna ilahi raaji'un". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. "
                                                                       (Al-Baqarah: 155-157)

3. bila disakit oleh makhluk

Kita hidup dalam lingkungan manusia yang berbagai ragam akhlak dan perangai mereka. Tidak dapat tidak kita akan memperolehi kesakitan dan kesusahan daripada mereka, tidak kiralah kadang-kadang daripada anak, isteri, suami, keluarga dan kawan-kawan sendiri. Jika kita melawan dengan kekerasan hiduplah kita dalam kerugian dan hidup dalam api yang membara. Hati terasa panas dan fikiran tidak tenang..

Sebaliknya jika kita balas dengan sifat kesabaran dengan memaafkan ia adalah satu kejayaan kerana kita akan dapat kasih sayang dan kebahagiaan. Kita memaafkan dan hukumannya biarlah Allah yang tentukan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud

"Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka sampai Allah mendatangkan perintahNya. "
                                                                             ( Al Baqarah: 109 )
Sekiranya dengan akhlak kita yang baik itu jika ditetapkan Allah dia akan menjadi kawan karib yang menyayangi kita.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud

" Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan diantara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. "
                                                                            ( Fussilat: 34 )

4. bila kita dimedan dakwah kepada Allah s.w.t mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.


Kita ditanggungjawabkan sebagai khalifah, tidak dapat tidak kena tunaikan tugas dakwah, mengikut kemampuan masing-masing. Tidak kepada masyarakat kepada kaum keluarga dan kawan-kawan yang terdekat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud

" Perintahkanlah ahli keluargamu mengerjakan solat dan bersabarlah di atasnya. "
                                                                         ( Thaha: 132 )
" Dan perintahkanlah mengerjakan kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran dan bersabarlah atas apa yang menimpa kamu."
                                                                          ( Al-Muzammil: 10 ) 

Jalan dakwah itu bukanlah hamparan permaidani merah, pelbagai keadaan yang menguji perasaan fikiran yang kekadang sampai taknaklah nasihat lagi, taknaklah tegur lagi....
Maka kita sentiasalah berakhlak dengan akhlak yang sabar dan menanggung apa yang ditemuinya sehingga Allah s.w.t memberikan pertolongan yang telah ditetapkanNya terhadap musuh. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu ."
                                                              ( Ar-Ruum: 60 )

Kemudian bila kita telah menasihati atau menegurnya janganlah tergesa-gesa untuk melihat perubahannya dan sekiranya dibalas dengan kekasaran janganlah diinginkan balasan kepada mereka. Sekiranya ia berlaku maka rugilah dan menyesal dan sia-sialah usaha selama ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud

" Dan bersabarlah seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari kalangan Rasul-rasul dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. "
                                                                 ( Al-Ahqaaf: 35 )
5. bila di medan peperangan dan tempat berkubu orang-orang kafir.

Perintah Allah yang paling tidak disukai oleh nafsu adalah jihad di medan perang kerana disana pastinya berlaku kematian dan tempat yang pasti mendatangkan bahaya. Firman Allah yang bermaksud

 " telah diwajibkan peperangan itu keatas kamu dan sedangkan ianya amat kamu tidak sukai ."
                                                                   ( Al Baqarah: 216 )
Selain daripada persiapan strategi dan senjata kemudian hendaklah bersabar dengan kesabaran yang banyak dan bersedia menanggung sebarang kemungkinan daripada pihak musuh. Firman Allah SWT yang bermaksud

" Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap siaga ( diperbatasan negerimu ) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
                  ( Al Imran: 200 )

Kepentingan sabar selalu disebut-sebut didalam Al Quran. Allah SWT telah mengaitkan jihad dengan kesabaran.

" kemudian berjihadlah dan bersabarlah.." ( An Nahl: 110 )

Allah juga mengaitkan kesabaran itu dengan kemenagan

" jika diantara kamu ada dua puluh orang yang bersabar maka dua puluh orang itu akan mengalahkan dua ratus orang. "

Kemudian Allah kurangkan syaratnya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Jika ada diantara kamu seratus orang yang bersabar maka mereka akan mengalahkan dua ratus orang "
                                                                                            ( Al Anfal : 66)

Dalam keadaan huru hara menghadapi musuh , berpecah belah mungkin akan terjadi dikalangan orang-orang yang beriman sekiranya tiada kesabaran itu dalam diri mereka dan Allah tidak akan memberi pertolongan ketika itu.

 Firman Allah yang bermaksud

" Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi musuh, maka berteguhlah hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah , yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan dan kesabaranmu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar."
                                                                                            ( Al Anfaal: 45-46 )


Itulah sebabnya jika kita faham dan yakin dengan erti kata SABAR ini,  kita tidak akan memandang SABAR itu dengan sebelah mata. Malah kita akan suka jika ada orang yang sentiasa mengingatkan kita supaya sentiasa SABAR kerana SABAR adalah CAHAYA :)

nak berjaya kena SABAR,nak anak yang soleh kena SABAR, nak suami yang soleh kena SABAR, nak keluarga bahagia kena SABAR dan ......
nak masuk syurga kena banyak SABAR..


Kupasan tentang sabar tadi saya ambil dari buku Hadith 40 hadith yang ke 19 Pertolongan, Pemeliharaan dan Bantuan Allah SWT.
Wallahu'alam.

~notakecil-ini~

Thursday 19 May 2011

bersama si PemburU

semalam baru dapat hardcopy gambar dengan cik owl dan pak eagle dari sekolah jannah. Inilah hasilnya yang telah dihitam putihkan oleh mamajannah ,jadik nostalgia nanti lagi 20 tahun ;)

Saturday 14 May 2011

study n exam mood..



Sekarang ni adik-adik undergrade sedang pulun study untuk periksa semester sebelum cuti summer. Walaupun saya takder periksa tapi kat rumah ini saya terasa bahang.. sebab suami tengah pulun menulis untuk phd nyer, walaupun satu rumah tak sempat borak-borak sangat..ermm sibuknya dia berkurung kat attic memerah otak.

Saya terfikir..dalam kesibukan apa jua yang kita buat untuk sampai ke matlamat jangan lupa sentiasa servis alat yang kita guna supaya kita tidak tewas dipertengahan jalan ! Jika alat itu pelajaran maka pastikan ia sangat bagus untuk sampaikan kita kepada matlamat. Jika matlamat kita dakwah maka kenalah pastikan kita berjaya dalam dalam peperiksaan. Minggu ulangkaji adalah masa untuk mengenalpasti bahagian-bahagian mana yang lemah atau rosak yang perlu diganti atau dibetulkan. Supaya bila kita berjaya akan memudahkan lagi untuk kita meyampaikan dakwah dan apa yang kita cakap mudah didengar dan diterima.

Doa saya semoga sesiapa yang sedang belajar semoga berjaya hingga kepenghujungnya dan semoga Allah sentiasa permudahkan jalan yang ingin dituju.

Macam mana jika Jannah nak periksa nanti..


Wednesday 11 May 2011

rasa complicated..

design baru tu saya rasa complicated susah nak tambah accesories dan nampak sempit
ubah layout  macam sebelum ni
ikut template blogger lg flexible.

macam dalam hidup kita kenalah jadi orang yang mudah dilentur
mudah terima pendapat orang mudah terima teguran orang yer tak?
walaupun macam tu yang penting dalam diri kita kena ada batu asas penilaian
apa dia batu asas tu?
IMAN..

bila kita ada ni insyaAllah keputusan yang kita ambil akan diberi petunjukNya.

tapi janganlah asyik tukar design blog yer yati :D buang masa tau!!!

Sunday 8 May 2011

beRubaH..

Hari ni rajin godek komputer dan hasilnya notakecil-ini telah bertukar wajah.
Saya rasa ini adalah versi ke 3 notakecil-ini , notakecil-ini ver.1 saya terlupa nak prntScr jadinya tak ingatlah wajah dia macam mana. Yang ini pula  notakecil-ini ver.2  dan kini telah menjadi kenangan.



Harap-harap lepas ni saya lebih rajin untuk menulis sesuatu yang boleh dimanfaatkan bersama .Tidak lupa juga nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini dan mohon seribu kemaafan diatas segala kekurangan.. :)


Jangan takut untuk berubah asalkan perubahan itu kearah yang lebih baik.

Saturday 7 May 2011

i liKe..the smell of RAiNn..

The fresh smell of rain, 
So thick, and so sweet, 
I feel the rain on my face, 
And the wind on my skin, 
The fat drops are chilling, 
And send shivers down my spine, 
I close my eyes and raise my head toward the clouds, 

So young and so restless, and so full of life, 
So calm and collected, as the wind speaks to me, 
Telling me of life, and of sorrow, of love, and of joy, 
Of many things, both amazing and sad, 
Of so many answers, I wish I had had, 
Of hopefulness, and of uncertainty, 
The wind goes away, 
But I still hear its voice, 


And the fresh smell of rain, 
So thick and so sweet, 
Leaves my world once again, 
To help someone else. 



K.N. Sheldon

Wednesday 4 May 2011

aktvt diSeKolAH

Pagi ni saya pergi sekolah jannah untuk sertai sesi ambil gambar dengan burung-burung penyerang.

Sampai disekolah

" I know you will come because I made wish" jannah dengan senyuman lebar sambil memegang tangan saya erat. Lepas tu mulalah bercerita tentang helang dan burung hantu dengan penuh semangat.

"It is very bigggggg mama, it can eat three goose, mouse,chicken..eagle so strong.." cerita dengan semangat.


Seronok sertai aktiviti disekolah ni , saya nak tengok kreativiti mereka dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah macam mana mereka stimulate keinginan dan motivasi murid-murid untuk belajar secara tidak formal. Kali ni belajar tentang binatang dan cikgu bawak live burung tu. Mereka boleh pegang dan rasa berat burung tu sendiri. Masa saya pergi tadi dapat tengok ada murid-murid yang berani dan ada yang takut-takut. Tapi cikgu-cikgu sabar jer menunggu sampai murid tu tenang dan sedia untuk bergambar. Mereka ada jurufoto sendiri tapi yang ni saya minta tolong cikgu ambilkan dengan kamera biasa saya. Saya siap-siap bawa kamera sebab nakkan soft copy :)


saya dan jannah @ greenlands school.

Tuesday 3 May 2011

kISaH 3 sEkaWan



Tadi ptg dah pinjam buku kat k su dan malam ni nak baca buku...tp tangan gatal nak edit satu gambar yg disnap semalam . Saya suka tengok lukisan..tapi nak melukis tak pandai jadinya gunalah apa yang saya pandai supaya hasilnya ala-ala sebuah lukisan.
Saya suka dengan gambar mereka bertiga ni, terkenang zaman kanak-kanak..hepi jer selalu :)

istimewa untuk jannah,atikah dan ezzati.

one day at 4 o'clock

"atkah are you bored ?"

" i am bored "

5 minutes later..

"assalamualaikum ..ni jannah"

"assalamualaikum .. ni ezzati"

"assalamualaikum..ni atikah "

------------to be continued

ok2 nak baca buku esok malam ada usrah sebelum tu saya suka tengok citer ni


mula-mula tengok kartun ni teringat mereka bertiga.. lps tu berangan best jugak jika kisah mereka bertiga dikartunkan meti sgt kiut..bila nak pandai buat kartun ni :)

ok2 tutup2...baca buku.

Tuesday 26 April 2011

tazkirah untuk tuan rumah dan tetamu

Rasa nak kongsi sesuatu yang saya rasa menarik sebagai peringatan. Adab kita jika kita menjadi tuan rumah dan adab kita sebagai tetamu. Mungkin perkara ini biasa dan mungkin juga kita terlupa.

Perkara ni disebut dalam Hadith ke -15 iaitu Memelihara Ucapan, Hak Tetamu dan Jiran, daripada buku Syarah 40 hadith Imam Nawawi.

Hadith yang bermaksud

" Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Baragsiapa beriman dengan Allah dan akhirat maka hendaklah berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak hendaklah berdiam sahaja. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Dalam huraian hadith ni perkara memuliakan tetamu adalah perkara yang terakhir dihuraikan manakala dua perkara pertama ialah berkata dengan baik jika tidak lebih baik diam dan memuliakan jiran. Semuanya saling berkait dan penting dalam kesempurnaan Islam sebagai cara hidup.

Kita tahu tetamu kena diutamakan dan dimuliakan. InsyaAllah selepas ini kita tahu daripada mana sumber amalan ini dan bagaimana cara sebaiknya yang diajari oleh Rasulullah SAW.


Peringatan yang pertama jika ada orang nak datang ziarah, apa perkara yang perlu kita buat sebagai tuan rumah ni ?

1. Hendaklah kita melayan tetamu dengan wajah yang ceria dan berkata-kata dengan perkara yang baik-baik dengan tetamunya.

walaupun penat cuba senyum dan ceria,insyaAllah mujahadah pasti diberi ganjaran Allah swt.

2. Hendaklah kita bersegera menyediakan makanan dan minuman dan apa sahaja yang ada dirumah.

Cepat-cepat hidangkan air jangan sampai berborak dah dekat 1 jam tapi air tak keluar-keluar, tetamu nak minta mestilah segankan.

Seterusnya sangat penting kita ingat dan buat,


3. Hendaklah kita menambahkan menu untuk tetamu kita lebih dari kebiasaan yang disediakan untuk ahli keluarga untuk selama sehari semalam.

Dalam dua hari berikutnya hendaklah kita menjamu tetamu dengan makanan biasa yang kita hidangkan untuk ahli keluarga tanpa merasa bebanan atau kemudaratan keatas mereka.

Telah diriwayatkan oleh Muslim dari sabda Rasuluullah SAW yang bermaksud:" Melayanlah tetamu itu adalah selama tiga hari dan sehari semalam hendaklah dilayan dengan seistimewa-mewanya, maka apa sahaja yang selain dari itu maka ia adalah sedekah baginya."

Sebagai tuan rumah cuba sedaya upaya untuk menghidangkan menu yang luar biasa dan lebih dari kebiasaan tidak kiralah samada kita beli atau masak sendiri, yang penting tetamu kena dilayan seperti vip pada hari pertama dan hari seterusnya apa yang biasa kita makan seharian dan ia adalah sedekah untuk tetamu itu. Janganlah terperanjat jika hari kedua tuan rumah hidang ikan goreng dengan sayur sebab mungkin itu adalah makanan biasa baginya.

Itu jika kita menjadi tuan rumah ,manakala adab kita sekiranya menjadi tetamu pula macam mana?

Jangan susahkan atau menyulitkan tuan rumah dengan tinggal dirumahnya melebihi tiga hari atau tinggal dirumahnya sedangkan tahu bahawa tuan rumah tidak mempunyai apa-apa untuk menghidangkannya.

Telah diriwayatkan oleh Muslim daripada hadith Abu Syuraih r.a. yang bermaksud :" Tidak halal ke atas seorang lelaki muslim untuk tinggal di sisi saudaranya sehingga menyebabkan saudaranya berdosa." Para sahabat bertanya :"Ya Rasulullah ! Bagaimanakah yang menyebabkan saudaranya berdosa?" Sabda Rasulullah SAW : "Beliau tinggal di sisi saudaranya sedangkan saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa untuk menjamunya."

Dalam buku ni kata jika keadaan ini berlaku si tuan rumah boleh meminta saudaranya itu berpindah dari rumahnya,khususnya selepas dari tiga hari menunaikan kewajibannya.

Jadinya kita kenalah faham tentang keadaan tuan rumah walaupun tetamu kena dimuliakan tetapi ingat hanya tiga hari...

Dedulu dan sampai sekarang mak selalu pesan bawa buah tangan bila datang rumah orang , sebelum baca hadith ni selalu ingat biasalah orang melayu kaya dengan adab sopan budi bahasa , tapi bila baca huraian hadith ni lagi lebih faham..jika kita bawak buah tangan kita dapat elakkan tuan rumah daripada dapat dosa..manalah tahu masa kita datang tu betul-betul takder makanan yang istimewa sekurang-kurangnya tuan rumah boleh hidangkan buah tangan yang kita bawa. Dan janganlah pula bila tuan rumah keluarkan apa yang kita bawa, bila balik kita mengata apalah dia keluarkan itu atau ini jer...atau kita beli untuk dia dia keluarkan balik untuk kita. Jangan sampai ziarah kita menjadi modal untuk mengumpat,nauzubillah.

Dan sebagai tuan rumah pula perlu bersedia lebih awal untuk memberi yang paling istimewa untuk hari pertama kepada tetamu. Dan tetamu lebih manis beritahu awal untuk datang agar kedua-duanya mendapat ganjaran rahmat dan kasih sayang Allah.

Sekiranya setiap kita mengamalkan apa yang Rasulullah pesan dalam hadith bukan kerana budaya insyaAllah kita akan lebih beriltizam untuk melakukannya dengan sebaik mungkin dan tidak timbul hasad dengki dan sebagainya.

Islam cara hidup kita.



Friday 22 April 2011

n.a.t.u.r.a.l


s.u.k.a


d.a.m.a.i



i.n.d.a.h

l.u.k.i.s.a.n.a.l.a.m

~notakecil-ini~

3:191. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, “Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab neraka .









Thursday 14 April 2011

terasa tercabar...



Cuba juga nak menulis dalam blog, nak share sesuatu yang berlaku pada saya hari ni.

Tadi pagi masa kat break room macam biasa saya dengan makcik-makcik , panggil makcik-makcik sebab saya yang paling muda :) . Saya duduk disebelah makcik ni nama dia Annette. Hari ni Annette last day sbb dia tak kejer jumaat. Sambil senyum-senyum dia keluarkan bag kertas dan bagi kat saya..that is for you yati..I am sorry I am off tomorrow so I can't see you anymore.

Bag kertas yang berwarna keemasan dan ada dua hadiah didalamnya. One for you and one for your little girl...ohh terharunya saya masa tu...Annete ni team lain dan saya jumpa bila masa rehat jer dengan ada dua orang lagi. Tapi mereka ni sangat baik dan lembut budi bahasa dia...lagi-lagi Annette tu. umur dalam 50 an dan sangat peramah dan suka tegur saya bila jumpa. Beza dengan makcik-makcik yang lain sebab saya ni sorang jer orang luar dan muslim plak tu. Jika mereka berborak saya banyak diam sebab tak paham longhat yorkshire ni..Annette nilah cuba paham-pahamkan saya.

Yang sangat saya terharu kad yang saya terima dalam bahasa melayu..dan tulisan didalam kad juga. oooh itu lagi buat saya terharu dan Annette nilah yang cuba tulis. Bila saya tanya macam mana dia tahu..sambil gelak dia cakap dia ada translater. Annette ni ajar student China English, tak sempat tanya student dia ker ajar..



Memang saya rasa terharu dan gembira sebab ada jugak orang putih ni usaha untuk tulis dalam bahasa melayu jarang sebab mereka sangat berbangga dengan bahasa mereka. Ok saya pun bukak hadiah dan tak lama tu Annette keluarkan kertas dari beg tangan.

This is also for you and it is also in your language..

Bila dia letak depan saya..saya ambil dan dalam hati oh no! bijak makcik ni mendakwah..

Do you know about these question? Annette tanya saya.

Yes I do but my answers are different...


Semua jawapan adalah mengikut Bible..saya ni tak pernah pun dan takut pun nak baca Bibble. Tapi kertas ni ada didepan saya dan sampai dengan cara yang sangat halus..

oh rasa tercabar saya sebab saya tak sampaikan Islam pada mereka padahal Islamlah yang benar. Cuba juga cool...Depan makcik-makcik tu saya cuba hormat dan baca untuk tahu apalah jawapan dan kefahaman mereka ni.

So apa yang saya baca jawapan-jawapannya tiada satu pun dikaitkan tentang hari kiamat dan pembalasan. Semuanya tentang mereka akan memiliki dunia dan tinggal selama-lamanya didunia setelah bangkit dari kubur.

Selalu juga baca tentang mereka didalam Quran mereka tidak percaya hari kiamat dan pembalasan. Firman Allah bermaksud

Dan seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya (tentulah kamu melihat peristiwa yang mengharukan). Berfirman Allah: "Bukankah (kebangkitan ini benar?" Mereka menjawab: "Sungguh benar, demi Tuhan kami". Berfirman Allah: "Karena itu rasakanlah azab ini, disebabkan kamu mengingkari(nya)". (QS. Al-an'am : 30)


Macam-macam rasa..kefahaman mereka salah dan kasihannya mereka dan kebenaran perlu disampaikan.

Rasa tak puas hati, nak cakap berdepan dengan makcik-makcik ni tak boleh sebab culture mereka agama adalah hak masing-masing. Cuma bila dah habis rehat saya balik semula ke blok sambung kejer. Bersama saya ada seorang makcik ni nama dia Kay. Nilah peluang saya untuk sampaikan tentang Islam. Haritu saya ada bagi dia Quran sebab dia minta dan hari ni saya tanya adakah jesus tu dia punya tuhan? Dia kata yer..kemudian saya kata saya percaya Jesus tapi bukan as god. Saya kata Jesus adalah manusia biasa seperti kita, takkan dia boleh jadi tuhan?

Lepas tu dia kata dia pun konfius...
Dia tanya saya Jesus n God are same?
Kemudian dia tanya tentangMary..

Last saya kata please read Chapter 19 in the Quran, there have story about Mary (Maryam).

Tak sempat nak borak panjang jam dah pukul satu, masing-masing nak balik.

Esok jumpa lagi...hari terakhir saya bersama mereka. Saya cuba fikir untuk memberi sesuatu untuk mereka berfikir.

Hari ni dapat belajar sesuatu, dengan kad terus berdakwah.

Iaitu caranya mengambil hati adalah dengan belajar bahasa mereka dan bila mereka rasa dihargai senang untuk mereka menerima dakwah yang diberi.




Maaflah jika bahasa tak tersusun..dah pukul 12 ni nak tidur..sebelum tu sama-samalah kita sampaikan tentang Islam walaupun satu ayat...mereka sebenarnya tak tahu tentang Islam.

Saturday 26 February 2011

happy..happy..happy 7th birthday



Isnin,21022011- Jannah secara rasminya 7 tahun. Balik kerja terus singgah wilkinson, tak tahu nak bagi hadiah apa, akhirnya cari punya cari... dapat idea, baik beli kotak, boleh Jannah simpan barang-barang berharga dia untuk dibawa balik. Sebelum sampai rumah singgah rumah Ida dulu balut hadiah siap-siap nak buat surprise untuk Jannah. Sampai rumah Jannah dah
menunggu didepan pintu..tersenyum-senyum dia gembira. Masa tu juga dia nak buka tapi ayah dia kata nanti malam baru buka ok, buat jannah lagi gerammmm.


Tiba masanya..happy..happy..happy birthday Jannah.


Jumaat,25022011 - Saya buatkan sedikit jamuan untuk meraikan hari lahirnya bersama-sama kawan-kawan. Lagipun ini yang terakhir sambut hari lahir di bumi Sheffield selepas ni dah balik Malaysia. Malam tu Jannahlah paling gembira untuk tiup belon dan gantung kat dinding. sampai tertidur diatas sofa menunggu sampai siap. Esoknya saya buat surprise, dress up dia ala-ala Princess Bell. mula-mula ok tapi bila kawan-kawan dah datang, punyalah tak sabar nak buka sebab bila pakai baju tu tak boleh nak berlari-lari..habis jer seisi bergambar naik atas cabut tak sempat nak tunggu dua orang lagi kawan sekolah sakinah dan sofea..erm sabar jerlah.


Jannah n friends :) very sweet.


Mulalah fasa baru bagi seorang anak perempuan. Wahai puteriku sayang,semoga menjadi mujahidah cerdik yang solehah , lagi besar tanggungjawab mama dan ayah sekarang untuk mendidik.




Monday 14 February 2011

Rahmatal lil 'alamin

Selamat menyambut Maulidur Rasul semua.



Kempen Bersama Cintai Rasulullah .


ImageShack,  share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site,  video hosting site

Follow him, that you may be guided.

“tell you what, this chap at my uni said eating lots of crisps will make you brilliant!”

“I want to sleep 14 hours everyday coz _____ told me we should get enough sleep (which literally means go to bed and don’t get up until u no longer feel sleepy)”

Sometimes, we tend to follow what other people say or do without considering whether or not their words or acts are actually in accordance with Allah’s command. Why don't we follow the best role model there is- Rasulullah pbuh?

"Say, "O people, I am GOD's messenger to all of you. To Him belongs the sovereignty of the heavens and the earth. There is no god except He. He controls life and death." Therefore, you shall believe in GOD and His messenger, the gentile prophet, who believes in GOD and His words.

Follow him, that you may be guided." [Al-A’raf 7:158]


Let's spread the love, and don't forget to do lots of 'selawat' for our

beloved prophet pbuh.


from the "Rahmatan lil alamin" team,

LUMS 10/11(Leicester Uni Malaysian Society)

Sunday 30 January 2011

MaNjaKan Diri sebentar...


Assalamualaikum wrt,

Lamanya rasa tak menulis kat sini,kenapa? Sebab emosi dan akal tak stabil..mungkin dah masuk 4 bulan ni setiap bulan kena suntikan GnRH,kesan sampingan yang ketara saya tak boleh nak mengingat dengan baik ..takleh nak fokus. Itu yang tidak ada rasa nak menulis dan merancang sesuatu, semua sekali lalu jer..sebabnya terasa pening bila banyak-banyak fikir.

Itu kesan negatif..tapi yang paling positif..berat badan saya dah turun macam sebelum kahwin. Itu yang paling menarik sebab nak slim bukan senang lagi-lagi lepas bersalin. Disebabkan badan saya dah ringan ni lebih rasa yakin bila berenang. Hampir 6 bulan saya tak pergi berenang dan hari ni, pepagi terima mesej, ida mesej nak gi swimming tak? Semalam jannah ajak juga pergi swimming saya diam jer, dah ida ajak ni ok jerlah. Jannah sangat suka dan terus salin swimming suit yang dah 4 tahun yang saya beli di Jaya Jusco sebelum datang sini. Harga agak mahal tapi berbaloi dan tahan lama. Jadinya jam 11.15 saya dengan ida dan anak perempuan saya pergilah Zest Centre di Upperthope menaiki tram.

Sampai disana dalam pukul 11.40 pagi dan sambil menunggu pukul 12.15 kami pun duduk-duduklah di library sambil meyelak-nyelak buku-buku cerita budak-budak yang ada atas meja tu. Buku-buku yang diatas meja tu adalah buku-buku Usborne Publishing yang berkulit keras dan pop-up memang menarik, jika di Malaysia harga beratus-ratus ringgit satu set. Disini pun saya dapat kumpul yang dah terpakai beli dari Carboot. Tak sempat nak baca buku dah tak lama kemudian aisyah pun sampai dan kami terus beratur dan satu sesi kena bayar 3.50 pound dan saya dikira family 1 dewasa 1 kanak-kanak 5 pound. Agak mahal juga tapi untuk kebaikan apa salahnyer jika tidak mesti habis shopping.

Sesi ni untuk perempuan sahaja beserta kanak-kanak berumur 8 tahun kebawah jadinya sangat selesalah dan paling penting menjaga syariat. Mula-mula rasa takut-takut juga maklumlah lepas operate, lama main-main air kat tepi kolam tu dalam 20 minit baru berani meluncur . Sambil-sambil berenang bersembanglah dengan aisyah tentang usrah ..dialah yang banyak ingatkan saya sebabnya dah asyik lupa tarikh itu ini.

Apa yang saya sangat suka masa berenang ialah bila boleh masukkan kepala dan melihat dari dalam air , biru jer dan rasa macam didunia lain..dan yang tak best pula bila air termasuk hidung sebab tak pro tulah kena berlatih selalu..berenang pun belajar sendiri tapi berangan juga nak menyelam dasar laut yang cantik. Setelah satu jam didalam kolam renang tertutup tu kami pun beredar dan saya rasa lega bila dapat beriadah sebab dapat terapi minda dan badan dan mudah-mudahan esok bertambah ceria dan bahagia.

Hari ni juga rezeki jannah nak naik bas dua tingkat..Jika nak ke Darnall biasanya bas 52 yang setingkat tu jer, kekadang tu ada dua tingkat tapi bila keluar tak terkena pula bas dua tingkat. Dah lama dia teringin nak naik dan saya asyik tangguh jer sebab rancangnyer nak naik bas lain yang pasti dua tingkat tapi jalan lainlah bukan ke Darnall . Akhirnya setelah menunggu didepan T J Hughes beberapa minit dari jauh sayup-sayup nampak bas dua tingkat ,dalam hati bas lain kot. Tapi dari jarak dekat sikit betul ker ni...bas 52 , terus saya panggil jannah. "Today you're very lucky , again, your wish come true, say Alhamdulillah." "Alhamdulillah" senyum Jannah dan terus dia naik tingkat atas dan duduk depan sekali macam pemandu bas. Alhamdulillah dah tertunai janji saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...