Saturday 16 February 2013

satu episod



Setiap apa yang kita lalui adalah telah diatur olehNya. Setiap detik pahit manis semuanya ada hikmah sekiranya kita berfikir dan merenung hikmah yang Allah nak beri pada kita.
Sekiranya gembira kita bersyukur dan sekiranya sedih pun bersyukur kerana lebih banyak hikmah yang kita dapat.
Alhamdulillah genap dua tahun saya bekerja di kilang. Walaupun sekejap tetapi banyak benda yang saya belajar apabila bekerja didalam industri yang dimiliki oleh Jepun terutamanya.Budaya kerja adalah menepati masa dan rajin.  Kerja memang sentiasa ada,  kena tahan mental dan fizikal. Politik kerja memang tidak dapat dielakkan namun saya bersyukur kerana dapat kawan dan juga bos yang jelas matlamat bekerja. Bekerja dengan ikhlas rezeki,  Allah yang beri kekadang ia datang tanpa disangka. Dengan kerja saya dapat memiliki kereta MyV, dapat kereta sendiri yang memang selama ini saya inginkan sebabnya taknak susahkan orang hantar dan ambil saya. Saya nak dan Allah permudahkan. Kemudian saya dapat berkenalan dengan seorang adik yang sentiasa buat saya gembira dengan lawak dia bila saya tengah stress...rasa sayang kerana Allah buat dia berubah kearah yang lebih baik...itu adalah hadiah yang sangat bermakna buat saya.
Saya dapat memahami selok belok bisnes dan ragam manusia. Bila banyak kerja kita tidak ada masa nak bercerita tentang orang, tiada masa nak bandingkan jenama beg apa yang orang lain pakai dan tiada masa nak buat sesuatu yang tidak dapat untung. Semua perkara perlu difikir kenapa dan kenapa dan berani buat keputusan dan menanggung risiko. Orang yang berjaya adalah tidak akan dipengaruhi oleh persekitaran sebaliknya dia yang mencorak persekitaran. Mempengaruhi persekitaran yang terbaik adalah bermula dengan akhlak kita. Menepati masa, amanah, rajin, jujur, berdaya saing, positif, tidak mengambil tahu hal ehwal orang lain yang keterlaluan, kemas dan bersih adalah akhlak seorang muslim dan sedih jika bangsa lain selalu melabelkan melayu dengan malas..dan jika melayu mestilah Islam. Bila didalam industri yang bermacam bangsa saya dapat lihat bagaimana perspektif mereka dan jika kita lain mereka akan hormat. Namun kita bekerja bukanlah nakkan pujian manusia tetapi keberkatan rezeki dari Allah.

Maulidur Rasul tahun 2013 saya berhenti bekerja. Kenapa? Kerana saya isteri. Orang lain jadi isteri tetapi boleh bekerja dengan cemerlang. Lain orang lain ragamnya. Bersyukur dan bersabar dan hati saya terbuka untuk sambung semula belajar buat Master. Lepas tu kerja ? In shaa Allah ada rezeki ada. Tapi fokus saya saya mesti habiskan dengan cemerlang. Kawan saya nasihatkan saya supaya cekalkan hati dan bersedia mental dan fizikal.

Mudah-mudahan langkah ke 2013 memberikan kejayaan dunia dan akhirat,
Kuatkan kesabaran dan solat.
Dunia adalah pentas lakonan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...