Sunday 18 November 2012

hArTa BeRharga bagi SeOrang IsTerI

Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

http://myibrah.com/harta-berharga-bagi-seorang-isteri

Saturday 17 November 2012

takut

Adakah keputusan yang akan aku ambil untuk berhenti kerja dan sambung semula master ini baik untuk aku. Kenangan empat tahun yang lalu kekadang membuatkan aku takut dan sedih. Terlalu perit untuk dilupakan dan aku takut sekiranya ia berlaku lagi. Dengan siapa ingin aku meminta duit bila aku memerlukan..takkan dengan ayah..oh tidak cukuplah ayah membesarkan aku dan hantar aku belajar sampai ke peringkat universiti, takkan nak minta ayah lagi. Disitulah aku bertemu dengan dua orang kawan yang sangat baik dan hinggalah kehari ini.
Dan akhirnya master aku hanya separuh jalan...sedihnya.

Pada ketika itu dan saat ini dalam hati aku aku kena kerja dan ada duit poket sendiri...tak perlu meminta-minta pada orang. Dan kelemahan aku adalah aku bukan suka meminta-minta pada orang lain, jika aku nak sesuatu aku kena berusaha sendiri, itupun yang ayah selalu ingatkan aku dan adik-adik.

Pengalaman meminta orang lain duit untuk membeli sesuatu dan dibalas umpama aku tidak ada maruah sangat memilukan...dari hari itu hati aku  kata aku kena kerja.

Bila aku balik dari Malaysia kawan aku ajak aku kerja ditempatnya dan aku dapat. Rasa gembira sangat walaupun sesetengah orang pandang rendah bila kerja di kilang. Aku rasa secure ada duit sendiri.. Pada aku asalkan ia rezeki yang halal apa salahnya tapi...

bersedia..langit tak selalu cerah..
pasrah dengan segala-galanya
aku akan tetap melangkah walaupun rasa takut
hatiku ini kuserahkan sepenuhnya kepadaMu ya Allah.
ya Allah pertemukanlah diriku ini dengan orang-orang yang dapat memudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Hati seorang isteri.


Sunday 11 November 2012

Jiwa +ve


Malam ni  berpeluang menonton rancangan oasis-entrijameela.

Antara tokoh wanita yang dipilih ialah Dr. Harlina Siraj.

" Peranan suami yang soleh dan bertolak ansur akan memudahkan lagi untuk isteri menjadi solehah. Dihati seorang isteri keluarga adalah yang lebih utama daripada kerjaya.  "

Bila dengar Dr.Har  kata saya terfikir rumahtangga yang berjaya sebenarnya suami dan isteri sentiasa lengkap melengkapi dan tidak mementingkan diri sendiri. Sama-sama ingin menyokong antara satu sama lain untuk berusaha  mengembangkan potensi diri untuk menjadi hamba Allah yang terbaik didunia dan diakhirat. Sama-sama nak masuk syurga.
____________


“Ya Allah kurniakan kami lisan yang lembut, basah mengingati dan menyebut namaMu,hati yang penuh segar mensyukuri NikmatMu, serta badan yang ringanmenyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat,keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakan kami diin- cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon, Allah kecukupan yang tidak kami memerlukan jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah, iman yang sebenar-benarnya hingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmaMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta siapa saja yang bersama-sama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang memperkenankan doa, perkenankanlah.Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda”.Amin..Ya Rabbal ‘Alamiin.

InsyaAllah, tahun baru ni , semangat baru untuk saya meneruskan azam dan cita-cita yang masih tersemat dalam hati. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...