Sunday, 30 January 2011

MaNjaKan Diri sebentar...


Assalamualaikum wrt,

Lamanya rasa tak menulis kat sini,kenapa? Sebab emosi dan akal tak stabil..mungkin dah masuk 4 bulan ni setiap bulan kena suntikan GnRH,kesan sampingan yang ketara saya tak boleh nak mengingat dengan baik ..takleh nak fokus. Itu yang tidak ada rasa nak menulis dan merancang sesuatu, semua sekali lalu jer..sebabnya terasa pening bila banyak-banyak fikir.

Itu kesan negatif..tapi yang paling positif..berat badan saya dah turun macam sebelum kahwin. Itu yang paling menarik sebab nak slim bukan senang lagi-lagi lepas bersalin. Disebabkan badan saya dah ringan ni lebih rasa yakin bila berenang. Hampir 6 bulan saya tak pergi berenang dan hari ni, pepagi terima mesej, ida mesej nak gi swimming tak? Semalam jannah ajak juga pergi swimming saya diam jer, dah ida ajak ni ok jerlah. Jannah sangat suka dan terus salin swimming suit yang dah 4 tahun yang saya beli di Jaya Jusco sebelum datang sini. Harga agak mahal tapi berbaloi dan tahan lama. Jadinya jam 11.15 saya dengan ida dan anak perempuan saya pergilah Zest Centre di Upperthope menaiki tram.

Sampai disana dalam pukul 11.40 pagi dan sambil menunggu pukul 12.15 kami pun duduk-duduklah di library sambil meyelak-nyelak buku-buku cerita budak-budak yang ada atas meja tu. Buku-buku yang diatas meja tu adalah buku-buku Usborne Publishing yang berkulit keras dan pop-up memang menarik, jika di Malaysia harga beratus-ratus ringgit satu set. Disini pun saya dapat kumpul yang dah terpakai beli dari Carboot. Tak sempat nak baca buku dah tak lama kemudian aisyah pun sampai dan kami terus beratur dan satu sesi kena bayar 3.50 pound dan saya dikira family 1 dewasa 1 kanak-kanak 5 pound. Agak mahal juga tapi untuk kebaikan apa salahnyer jika tidak mesti habis shopping.

Sesi ni untuk perempuan sahaja beserta kanak-kanak berumur 8 tahun kebawah jadinya sangat selesalah dan paling penting menjaga syariat. Mula-mula rasa takut-takut juga maklumlah lepas operate, lama main-main air kat tepi kolam tu dalam 20 minit baru berani meluncur . Sambil-sambil berenang bersembanglah dengan aisyah tentang usrah ..dialah yang banyak ingatkan saya sebabnya dah asyik lupa tarikh itu ini.

Apa yang saya sangat suka masa berenang ialah bila boleh masukkan kepala dan melihat dari dalam air , biru jer dan rasa macam didunia lain..dan yang tak best pula bila air termasuk hidung sebab tak pro tulah kena berlatih selalu..berenang pun belajar sendiri tapi berangan juga nak menyelam dasar laut yang cantik. Setelah satu jam didalam kolam renang tertutup tu kami pun beredar dan saya rasa lega bila dapat beriadah sebab dapat terapi minda dan badan dan mudah-mudahan esok bertambah ceria dan bahagia.

Hari ni juga rezeki jannah nak naik bas dua tingkat..Jika nak ke Darnall biasanya bas 52 yang setingkat tu jer, kekadang tu ada dua tingkat tapi bila keluar tak terkena pula bas dua tingkat. Dah lama dia teringin nak naik dan saya asyik tangguh jer sebab rancangnyer nak naik bas lain yang pasti dua tingkat tapi jalan lainlah bukan ke Darnall . Akhirnya setelah menunggu didepan T J Hughes beberapa minit dari jauh sayup-sayup nampak bas dua tingkat ,dalam hati bas lain kot. Tapi dari jarak dekat sikit betul ker ni...bas 52 , terus saya panggil jannah. "Today you're very lucky , again, your wish come true, say Alhamdulillah." "Alhamdulillah" senyum Jannah dan terus dia naik tingkat atas dan duduk depan sekali macam pemandu bas. Alhamdulillah dah tertunai janji saya.

4 comments:

anon suria said...

bestnyer berenang!adush..su ni berat susahnyer nk turun. 2 minggu ni baru turun 3 kg. smlm makan bnyk..rini dah naik 1 kg. sungguhlah tak bermotivasi...

mamajannah said...

hehehe..itulah su nak turun mmg susah dan lagi susah nak kawal nafsu makan..melainkan jika sakit, tapi jika boleh taknaklah kan. Dietition lagi tahu mana makanan yg elok untuk turun berat badan. Jom banyak makan sayur..sekarang saya dah suka makan crispy salad+watercress+plum tomato..makan dgn tortilla atau nasi.InsyaAllah berusaha untuk merasai nikmat sihat.

idsyAleeya said...

salam:D

orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi dari orang yang mukmin yang lemah meskipun keduanya itu mempunyai kebaikannya(imannya)

farah doakan semoga k.lang sentiasa menjadi orang mukmin yang kuat!

mamajannah said...

wsalam,

amin ya Allah amin. Jazakillahu khairan kathira farah. Semoga kita sama-sama menjadi mukmin yang kuat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...