Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Friday, 1 October 2010

last raya di uk?



Sekejapnyer masa berlalu, pejam celik-pejam celik saya tinggal di uk hampir 4 tahun. Tapi dah masuk tahun ke 3 ke 4 saya rasa lama sesangat..perasaan nak balik semakin kuat, tapi pastinya perasaan suami yang belajar mungkin berbeza. Semoga abang dipermudahkan segala urusan.

Teringat kakak saya pesan..."alang jangan sesedih kat sana..hepi-hepi jer tau". Itulah angah yang sentiasa memberi semangat kat saya..rindu..rindu..rindu sangat kat dia,rindu dengar celoteh dia.

Oh..sebenarnya nak cerita pasal raya kat uk ni terutamanya di Sheffield. Suasana raya memang meriah, setiap hujung minggu saya tak perlu masak sebab pasti ada open house atau open hall. Kekadang sehari sampai 4 atau 5 buah rumah, bila balik rumah memang kekenyangan. CUma bezanyakemeriahan beraya di Sheffield pergi rumah kengkawan, tapi di Malaysia kita ziarah kaum keluarga..atuk nenek,pakcik makcik. Namun apapun hubungan silaturrahim postgrade di Sheffield memang rapat, sesaper yang nak belajar di uk datanglah Sheffield..orang-orangnya baik-baik..:)

Minggu depan minggu terakhir raya, musim luruh pun dah mula. Rasa banyak-banyak musim saya suka musim luruh dan musim sejuk tapi masa salji turun jer suka. Musim luruh saya suka tengok daun-daun yang warna-warni dan jatuh meliputi bumi. Tapi sekarang ni hujan dan berangin, takut tak sempat pergi jenjalan amik gambar autumn. Sejuk pun dah mula terasa dan matahari pun semakin jauh kelihatan. Saat-saat ni jika duduk sesorang kat rumah rasa sunyi jer..lepas tu mulalah rasa rindu..rindu nak balik Malaysia, rasa jasad jer ada kat sini tapi hati dah takder kot.

Jangan dilayan hati tu....sibukkan diri!!!! itulah kekadang saya berkata pada diri sendiri ni. Terasa rindu dengan usrah...hmmm cerita pasal usrah ni, harap semua doakan mak usrah saya supaya cepat sembuh. Sejak dua menjak ni saya selalu sakit perut, tapi jika fikir saya sakit ada orang lagi sakit dan besar ujiannya. Buat saya muhasabah balik diri, disaat-saat kita suka-suka ada peringatan dariapadaNya untuk kita sedari supaya jangan leka dan lalai dengan nikmat yang diberi, Allahu Akbar.

Raya tahun ni mak mertua tercinta masih mengirimkan baju raya untuk saya dan jannah walaupun saya kata tak perlu sebab nak balik dah..terima kasih mak..:) Bila pakai baju raya mak kirim barulah rasa nak beraya...

Hmmm..sebelum syawal habis...apa yer yang benda baru yang saya cuba?
Tahun ni saya berjaya buat kuih raya...pertama buat kuih raya choc chip dengan mak usrah saya pepagi subuh...kenangan dengan kak su. Lepas tu untuk pertama kali saya buat kuih kegemaran saya sekeluarga..almond london. Rasa nak beli tapi fikirkan nanti mesti tak cukup saya buat juga dengan jannah...alhamdulillah dapatlah dalam 150 biji. Minggu pertama dah habis saya sekeluarga mengadapnya...:) InsyaAllah raya tahun depan boleh buat lagi.

Itulah notakecil untuk raya 2010 di Sheffield...setiap apa yang ditetapkan Allah adalah yang terbaik untuk saya dan kita. Bersyukur dan berdoa selalu .



Wednesday, 7 April 2010

uSraH AuLad kami..

“Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan ” (At-Tahrim :6)

______________________________________________________

“mama nanti usrah rumah saper ” jannah bertanya.

“ibu, today is tuesday, takder usrah ke?’’ dina bertanya.

“umi usrah lagi bila? “ farhan bertanya.

Alhamdulillah usrah saya bersama-sama sahabat-sahabat yang tinggal berdekatan rumah, sekali seminggu telah menjadi agenda yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Alhamdulillah ‘usrah’ bukan menjadi perkataan asing bagi anak-anak kecil kami. Walaupun berusrah bersama anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Kami berusrah mereka bermain, gelak ketawa dan ada yang merengek malah menangis kerana tersepit pintu. Namun hati ibu yang telah alah dengan suasana begini tetap sabar dan memberi tumpuan dan berusaha untuk menghidupkan suasana usrah yang baik.

Bagi memberi anak-anak turut merasa apakah usrah yang sebenar kami berenam telah mengatur perancangan untuk anak-anak juga berusrah. Setelah membuat perbincangan didalam usrah kami setuju setiap kali cuti sekolah kami akan adakan usrah aulad. Harapan kami anak-anak ni tidaklah menghabiskan masa bermain dan menghadap komputer 24 jam, Walaupun 3 jam ada sesuatu yang mereka tahu dan mendengarnya tentang asas-asas Islam.

pictures7

buka majlis, Al-Fatihah

Semalam, adalah kali kedua kami mengadakan usrah aulad. Usrah aulad kali ni dibuat dirumah kak niza dan diketuai oleh kak aidah. Kami membuat giliran untuk sampaikan pengisian untuk anak-anak kami, akhlak, akidah, ibadah dan seerah. Cuti sekolah kali ini kami ambil topik akidah.

Jazakillah kak aidah kerana sediakan bahan yang cukup lengkap tentang rukun islam dan rukun iman serta ama’ul husna. Berebut-rebut anak-anak memilih warna kulit nota yang mereka suka.usrahaulad2

Usrah kami dimulakan dengan membaca Al-Fatihah beramai-ramai. Kemudian kak aidah terangkan rukun islam. Selepas terangkan semua rukun Islam, ibu-ibu menjadi fasi dan bahagikan kumpulan untuk sesi ujian bacaan syahadah. Susah juga anak-anak ni nak sebut bacaan arab, maklumlah lidah anak-anak kecik ini dah longhat mat saleh. Kemudian bagi mereka mudah mengingat syahadah kami buka nasyid raihan…baru laju mereka mengingat. Setelah bernasyid masa jawab soalan. Kami beri dia soalan yang mana Islam ajar dan yang mana tidak.

usrahaulad3

Kemudian kami berehat satu jam untuk solat asar dan minum petang. Setelah masing-masing kenyang dengan juadah pisang goreng dan kek coklat, sesi seterusnya adalah mengetahui rukun iman. Mereka tidak banyak bertanya kerana mereka masih belum memahami. Namun kami kami beri penekanan untuk memperkenalkan nama-nama Allah kepada mereka. Anak-anak ini begitu teruja kerana Allah ada 99 nama. Mereka bergilir-gilir menyebut 99 nama tersebut, di nota yang kak aidah beri ada bahasa melayu dan berusahalah mereka untuk menyebutnya dan tekun menulis nombor disetiap nama sampai ada yang tersalah-salah nombor maklumlah 1-99….comel tengok gelagat anak-anak ni .

usrahaulad4 Selepas mengetahui semua nama Allah , kami sambung dengan sesi mewarna. Ada yang teliti dan ada yang asal warna sebab nak main. Setelah fasi kumpulkan kertas dan kami pilih siapa yang mewarna dengan cantik akan dilaminate. Akhirnya gembiralah bagi siapa yang buat cantik-cantik dan sedikit kesal diwajah mereka yang main-main…:)

Akhirnya kami sudahi dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.

Itulah hidup dinegara mat saleh ni yang menjadi cabaran adalah didikan agama anak-anak. Alhamdulillah dari usrah ibu telah membuahkan usrah anak. Kadang-kadang tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak oversea ni…

bila cakap bahasa melayu terpinga-pinga tak tahu apa-apa…tapi bila tukar english..OOO I Know!

Jazakumullah khairan kathira kak aidah..siap scan buku dari Malaysia, ume…banyak membantu mengawal anak-anak ni, kak niza..chef bihun goreng..:) dan tak lupa yang tidak dapat datang namun idea yang diberi..kak zu dan su serta ayuni yang berada di Malaysia..:)

Wednesday, 7 October 2009

Jannah..kemalangan di hari raya


Ahad lepas kami buat open house sempena raya ni...keputusan nak buat ni buat lambat...entah macam mana saya dan suami buat keputusan untuk buat. Open House bermula dari pukul 12.30 petang hingga 5.30 petang. Saya berperang didapur selepas maghrib hari Sabtu, itupun lepas balik beraya....sampailah ke pukul 5 pagi. Hehehe maklumlah setahun sekali masak banyak-banyak. Menu saya mee kayam (kari + tomyam) satu periuk besar untuk 60 orang makan, rendang 3 kilo, rojak buah , nasi empit, pulut kuning dan kek coklat. Pagi tu memanglah sangat sibuk untuk siapkan hidangan semua dan sampailah pukul 12.00 tengahari dah ad atetamu yang datang. Kemudian tak henti-hentilah orang datang berziarah dihari raya ni. Suasana sangat meriah termasuklah Jannah dan kawan-kawannya.

Kebetulan dihadapan rumah saya rumah kak su...dia pun buat open house jadinya memang ramailah orang dilorong kawasan rumah kami.

"yati...yati.." ada suara yang memanggil, saya didapur sibuk menambah rojak buah. Saya segera keluar dari rumah.

"yati..jannah..jannah" muka suZ pucat yang cuba memberitahu saya sesuatu.

"Jannah kena langgar kereta", dalam masa yang sama Jannah menangis berlari kearah saya. Air mata saya dah turun tanpa disedari, saya peluk jannah dan buka tudung yang dia pakai sebab dalam kepala saya periksa kepala dia jika berdarah. Alhamdulillah tiada.

Suami saya terus dokong Jannah bawa keatas untuk pujuk kerana Jannah dalam keadaan terperanjat dan ketakutan. Kebetulan dalam rumah saya ada seorang doktor dan dialah yang memeriksa Jannah jika ada apa-apa kecederaan yang dialami. Alhmdulillah tiada apa yang cedera. Cuma tangan ada sedikit bengkak tapi setiap jari masih berfungsi dengan baik.

Suasana dirumah bertukar senyap sepi....pelbagai rasa sedih , ngeri syukur jannah takder apa2.

Apa yang berlaku kepada Jannah sebenarnya...

Dalam ramai-ramai tu saksi yang melihat adalah abang shukri , jiran kami selang beberapa buah rumah kebetulan memang berada ditepi jalan melihat budak-budak bermain.
Jannah nak melintas jalan dari rumah kak su kerumah saya..dia tengok ke kiri dan kekanan, belum sempat dia melintas ada sebuah kereta putih datang dengan laju dan bahagian belakang kereta terkena bahagian kanan belakang jannah dan jannah berpusing dan terjatuh. Kemudian jannah bangun dan berlari sambil menangis mencari saya. Semua yang nampak memang mengatakan ngeri.

Kawan-kawan telefon ambulan dan polis. Kereta yang melanggar Jannah adalah seorang anak muda berbangsa Pakistan dan jiran dihadapan rumah kami.
Pendek cerita ambulan sampai, saya dan jannah dibawa ke hospital kanak-kanak untuk pemeriksaan doktor. Dalam menunggu lebih kurang 3 jam sebelum berjumpa doktor jannah bermain-main, melompat-lompat , gelongsor di tempat bermain dengan gembiranya. Saya memerhati dari jauh...bila tengok jannah gembira seolah-olah tiada apa berlaku pada dia....ahhh itulah budak namanya, dalam hati saya berkata.

"Nurul Mohd Luqman" nama dipanggil.

Kami masuk dan doktor buat pemeriksaan seluruh badan jannah, tulang dan jika ada bengkak-bengkak. Semuanya normal cuma sedikit sahaja bengkak di tangan. Kemudian kami dibenarkan balik tetapi doktor meminta saya mengawasi jannah jika dia ada rasa sakit selepas itu.

Semasa didalam kereta

"Ayah..tadi jannah naik ambulan, ayah tak naik" kata jannah dengan nada gembira...

Saya dan ayahnya hanya tersenyum.

Sampai dirumah, suasana dirumah kosong, makanan didapur dan di atas meja telah berkemas, semua makanan dibawa ke rumah kak su, sayu juga dihati saya. Terima kasih yang terhingga kepada sahabat-sahabat yang membantu dan mendoakan keadaan jannah, jazakallahu khairan kasira. Maafkan kami kerana kedatangan tetamu yang tidak sempat disambut. Kejadian sekelip mata mengubah suasana.

Setelah jannah berehat dan makan malam saya bertanya pada jannah apa yang berlaku,

" I play police-police, my friend want to catch me and my two friends already crossed the road, I look right and left and I saw a white car very fast and then that car hit me" jannah cerita pada kami.
"I'm scared mama when the car hit me" saya peluk jannah.

Keesokkan hari jannah ngadu dia sakit belakang...saya sapu minyak gamat dan dia rasa ok, tapi saya dan suami rasa tak sedap hati dan dalam pukul 12 tengahari kami bawa dia ke hospital lagi. Semasa menunggu badan jannah panas, dia terbaring atas riba saya dan dia kata dia mengantuk dan tertidur sampailah doktor panggil.

Sampai dibilik doktor minta jannah melakukan beberapa pergerakkan, jannah dengar arahan dengan baik..:), cumanya doktor kata suhu badan jannah tinggi telah mencecah 37 cdan doktor terus bagi dia paracetemol dan kena duduk play area beberapa jam untuk pastikan suhu turun. Doktor sempat lagi tanya nak air jus tak? Jannah kata dia nak orange jus...:) Kami pun duduklah hospital sehingga suhu badan jannah turun. Kali kedua nurse datang periksa suhu..namun suhu badan jannah tak turun juga dan jannah diberi ubat demam yang agak kuat, kami tunggu lagi dua jam. Akhirnya dalam pukul 5 petang setelah suhu badan jannah turun kami dibenarkan pulang.

Malam tadi semasa tidur Jannah terjaga-jaga dan menangis..mama scared...
saya peluk dia cuba tenteramkan perasaan takut dan badan jannah panas, ayah jannah bagilah ubat demam dan minta jannah minum air banyak-banyak. Kami pun kejap-kejap bangun risaukan jannah.

Selepas ini pasti jannah tahu kenapa mama dan ayah tak bagi jannah bermain diluar....because we love u very much.

Wednesday, 16 September 2009

Majlis Warna-Warni Muslimah 2009

Nantikan kemeriahannya...

WWM 2008..:)..berkenalan dengan warga Sheffield
saya suka lagu latar video ni...;)

Thursday, 9 April 2009

Nota Kecil Untuk Sahabat


Kedatangan saya dibumi Sheffield akan meninggalkan satu kenangan yang sangat bermakna . Disini Allah mengizinkan saya merasai semula pertautan yang kuat yang telah sekian lama saya merinduinya. Syukur pada Allah dibumi Shefield ini saya merasainya kembali.

Disini saya diperkenalkan dan dibawa kedalam usrah oleh seorang sahabat. Pada awal perkenalan, dia selalu mengajak saya dan suami makan-makan dirumahnya..lauk yang dia hidangkan yang masih saya ingat adalah ayam masak lemak cili api dan sedikit kuih bakar, kebetulan kami memang menggemarinya. Maka bermulalah serba sedikit saya mengenali dia dan dia mengenali saya. Kami sebaya tetapi dia lebih senior didalam tarbiyyah dan dakwah.

Masih tercatat didalam diari lama yang masih saya simpan, didalam ruangan kalendar 19 Novembar 2007 tercatat tulisan saya iaitu 1st time usrah. Dan apabila saya selak helaian seterusnya tercatat nota saya yang pertama..

19/11
usrah
Huraian Surah Al Furqan ayat 63-77
Ciri-ciri seorang Hamba Allah
1. berjalan diatas bumi dengan rendah hati
2.Apabila orang-orang jahiliyyah menyapa mengucapkan kata-kata yang baik
3. Malam hari bersujud dan berdiri untuk Allah
.
.
16. Bersabar


Sejak dari itu dialah naqibah saya yang mendidik dan membentuk saya kearah yang lebih baik . Personaliti ..dia seorang yang garang dan sentiasa bersemangat didalam usrah dan tidak pernah jemu-jemu menasihati anak-anak usrahnya tentang tarbiyyah dan dakwah.

"sokmo saya yang telefon awak..awak ni..tapi awak takder kredit takperlah.." itulah kata-kata dia apabila ada perkara yang dia risaukan dan perlu berbincang dengan saya. Dia tidak pernah jemu mengingatkan saya jika ada perkara yang saya terlepas pandang. Terima kasih sahabatku.

Hakikat sebuah persahabatan tidak semuanya indah belaka..pastinya ada terkecil hati atau terkasar bahasa, namun sikap berlapang dada dan bermaaf-maafan dan berfikir setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan membuatkan persahabatan kami terus kekal abadi.



gambar ni mak naqibah bagi:), salah satu kesukaannya berkreatif dengan gambar ;)

Semalam yang bertarikh 8 April 2009 adalah hari terakhir dan bermakna selama 1 tahun 5 bulan dia menjadi naqibah saya...sayu rasa dihati anak-anak usrahnya.
Pengisian yang terakhir daripadanya adalah tentang Hadith ke 18 iaitu Taqwa dan Berakhlak Mulia. Dan diakhir pertemuan saya semalam dia memberi sedikit pesanan

"Saya harap awak semua lebih baik daripada saya."

"Jika kita berjauhan dan bila dah balik Malaysia nanti selalulah contact antara satu sama lain..jangan biarkan sahabat kita leka, hanyut dan jauh dari tarbiyyah dan dakwah."

"Saya sayang kamu semua kerana Allah." kata-kata terakhir dia kepada kami.

Syahdunya rasa dihati saya dan kemudian dia keluarkan satu persatu hadiah dari begnya yang saya fikir setiap hadiah adalah mengikut personaliti dan minat anak-anak usrah dia. Dan ini adalah hadiah yang saya terima..sebuah nota kecil:)

hadiah terakhir

Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupa, iaitu dalam satu majlis tukar-tukar hadiah..setiap kami dikehendaki mencabut nama..dan bila tiba giliran saya...saya telah mendapat nama naqibah saya..Dan tanpa diduga bila tiba giliran dia untuk mencabut nama...dia telah mencabut nama saya..:)
Ada seorang kakak cakap kami berdua macam ada chemistery..:)

Jazakallahu khairan kasira dan uhibbukifillah sahabatku, semoga kita bersama teguh dijalan ini.

Sang Murabbi

Thursday, 5 February 2009

Snow..



Februari 2 2k9, saat-saat yang ditunggu untuk melihat kurniaan yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa sampai jua akhirnya. Merasa salji turun dan menyapa pipi adalah saat-saat yang sangat indah, takjub dan bersyukur atas ciptaan-Nya.Rasa gembira di hati,mengukirkan senyuman dibibir pada setiap orang dipagi itu. ..:)




Hari Pertama 2/2/2k9


main snow ball..kat sekolah


ready...

Monday, 8 December 2008

Eid Adha 2008

Eid Adha-erti sebuah pengorbanan.
Semasa baca Quran surah As-Saffat,hati begitu tersentuh dan ohh..
diri ini begitu takjub dengan dengan mutiara ayat-ayat quran yang terkandung di dalam surah As-Saffat. Ayat-ayat nya ringkas dan dalam satu surah pelbagai episod cerita yang ada yang Allah ceritakan kepada kita. Cerita tentang syaitan yang sentiasa mencuri-curi dengar pembicaraan malaikat, sifat orang musyrik yang sentiasa memperolok-olokkan tanda kebesaran Allah dan mengatakan semuanya sihir,nikmat syurga dan azab neraka dan kisah beberapa para nabi.

Di dalam surah ini Allah menceritakan tentang kisah Nabi Nuh ayat ke 75-82. Kemudian Allah menceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim iaitu bermula ayat 84- 99 dan ayat yang sangat berkaitan sempena eid Adha adalah ayat 101-103, bermula nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail dan bermulalah dialog antara bapa dan anak pada ayat 102:
Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, Ibrahim berkata,"Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia Ismail menjawab,"Wahai ayahku! lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu;insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar".Kemudian Allah menceritakan kisah nabi Ishak, nabi Musa dan Harun, nabi Ilyas,nabi Lut, dan nabi Yunus.
Dan tiga ayat terakhir yang selalu kita baca pada pengakhiran setiap doa, iaitu 180-182 yang bermaksud:
Mahasuci Tuhanmu, Tuhan Yang Mahaperkasa dari sifat yang mereka katakan. Dan selamat sejahtera para rasul dan Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.
Setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah. Syurga menagih pengorbanan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...