“Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan ” (At-Tahrim :6)
______________________________________________________
“mama nanti usrah rumah saper ” jannah bertanya.
“ibu, today is tuesday, takder usrah ke?’’ dina bertanya.
“umi usrah lagi bila? “ farhan bertanya.
Alhamdulillah usrah saya bersama-sama sahabat-sahabat yang tinggal berdekatan rumah, sekali seminggu telah menjadi agenda yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Alhamdulillah ‘usrah’ bukan menjadi perkataan asing bagi anak-anak kecil kami. Walaupun berusrah bersama anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Kami berusrah mereka bermain, gelak ketawa dan ada yang merengek malah menangis kerana tersepit pintu. Namun hati ibu yang telah alah dengan suasana begini tetap sabar dan memberi tumpuan dan berusaha untuk menghidupkan suasana usrah yang baik.
Bagi memberi anak-anak turut merasa apakah usrah yang sebenar kami berenam telah mengatur perancangan untuk anak-anak juga berusrah. Setelah membuat perbincangan didalam usrah kami setuju setiap kali cuti sekolah kami akan adakan usrah aulad. Harapan kami anak-anak ni tidaklah menghabiskan masa bermain dan menghadap komputer 24 jam, Walaupun 3 jam ada sesuatu yang mereka tahu dan mendengarnya tentang asas-asas Islam.
buka majlis, Al-Fatihah
Semalam, adalah kali kedua kami mengadakan usrah aulad. Usrah aulad kali ni dibuat dirumah kak niza dan diketuai oleh kak aidah. Kami membuat giliran untuk sampaikan pengisian untuk anak-anak kami, akhlak, akidah, ibadah dan seerah. Cuti sekolah kali ini kami ambil topik akidah.
Jazakillah kak aidah kerana sediakan bahan yang cukup lengkap tentang rukun islam dan rukun iman serta ama’ul husna. Berebut-rebut anak-anak memilih warna kulit nota yang mereka suka.
Usrah kami dimulakan dengan membaca Al-Fatihah beramai-ramai. Kemudian kak aidah terangkan rukun islam. Selepas terangkan semua rukun Islam, ibu-ibu menjadi fasi dan bahagikan kumpulan untuk sesi ujian bacaan syahadah. Susah juga anak-anak ni nak sebut bacaan arab, maklumlah lidah anak-anak kecik ini dah longhat mat saleh. Kemudian bagi mereka mudah mengingat syahadah kami buka nasyid raihan…baru laju mereka mengingat. Setelah bernasyid masa jawab soalan. Kami beri dia soalan yang mana Islam ajar dan yang mana tidak.
Kemudian kami berehat satu jam untuk solat asar dan minum petang. Setelah masing-masing kenyang dengan juadah pisang goreng dan kek coklat, sesi seterusnya adalah mengetahui rukun iman. Mereka tidak banyak bertanya kerana mereka masih belum memahami. Namun kami kami beri penekanan untuk memperkenalkan nama-nama Allah kepada mereka. Anak-anak ini begitu teruja kerana Allah ada 99 nama. Mereka bergilir-gilir menyebut 99 nama tersebut, di nota yang kak aidah beri ada bahasa melayu dan berusahalah mereka untuk menyebutnya dan tekun menulis nombor disetiap nama sampai ada yang tersalah-salah nombor maklumlah 1-99….comel tengok gelagat anak-anak ni .
Selepas mengetahui semua nama Allah , kami sambung dengan sesi mewarna. Ada yang teliti dan ada yang asal warna sebab nak main. Setelah fasi kumpulkan kertas dan kami pilih siapa yang mewarna dengan cantik akan dilaminate. Akhirnya gembiralah bagi siapa yang buat cantik-cantik dan sedikit kesal diwajah mereka yang main-main…:)
Akhirnya kami sudahi dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.
Itulah hidup dinegara mat saleh ni yang menjadi cabaran adalah didikan agama anak-anak. Alhamdulillah dari usrah ibu telah membuahkan usrah anak. Kadang-kadang tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak oversea ni…
bila cakap bahasa melayu terpinga-pinga tak tahu apa-apa…tapi bila tukar english..OOO I Know!
Jazakumullah khairan kathira kak aidah..siap scan buku dari Malaysia, ume…banyak membantu mengawal anak-anak ni, kak niza..chef bihun goreng..:) dan tak lupa yang tidak dapat datang namun idea yang diberi..kak zu dan su serta ayuni yang berada di Malaysia..:)
No comments:
Post a Comment