Tuesday, 27 April 2010

kedekutkah kita ?

Sabtu lepas saya sempat menghadiri Sesi dan Charity Dinner Misi Kasih Palestin.

Antara ucapan yang terkesan dihati saya adalah ucapan daripada Pengarah PACE.

Sekiranya rakyat Palestine bersedia menjadi saff dihadapan untuk mempertahankan tanah suci Islam, siapakah yang akan menjadi saff dibelakang jika tidak diri kita. Adakan kita masih boleh bergelak ketawa dan masih tidak peduli jika sekarang pihak musuh sedang cuba merobohkan Al Aqsa dan menggantikannya dengan kuil-kuil mereka. Apa yang akan kita jawab dihadapan Allah kelak?

Adakah hanya dengan malam ini sahaja sumbangan yang kita berikan untuk Palestin??? Berilah bantuan berterusan dengan rezeki gaji yang diperolehi untuk peruntukan menyara dan mengambil anak angkat Palestine yang suatu hari nanti akan menjadi mujahid. Sekiranya kita tidak mampu berjihad insyaAllah saham anak-anak mujahid ini akan kita perolehi di akhirat kelak

Sesuatu yang saya terfikir dan muhasabah untuk diri sendiri juga. Beruntungnya rakyat Palestine Allah memilih mereka untuk mempertahankan tanah suci Islam lebih daripada nyawa mereka. Tidakkah kita rasa malu jika kita hanya sibuk dengan urusan seharian, hanya berada didalam zon selesa, kita tidak peduli saudara-saudara Islam yang memerlukan kita. Berkirakah kita untuk mengeluarkan wang untuk menderma dan dan masa untuk menghadiri dan merancang program-program kesedaran Palestine ini.

Kadangkala kita selalu berkira masa untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang memberi kita sentuhan, peringatan dan kefahaman tentang Islam, lebih-lebih lagi jika ia dihujung minggu. Kadangkala ia hanya seminggu sekali atau sebulan sekali….tetapi itulah kita seolah-olah telah habis masa kita untuk bersama keluarga,bershopping kita dan berehat kita. Kita lupa detik nafas dan masa adalah pemberian Allah. Seolah-olah masa itu adalah milik kita 100%. Kedekutnya kita….kita tidak mahu keluar dari zon selesa. Bayangkan mereka di Palestine adakah sempat untuk mereka memikirkan itu semua yang ada hanya masa untuk syahid.

Benarlah sebagaimana Allah berfirman didalam surah Al Asr “Demi Masa Sesungguhnya manusia didalam kerugian…”


Kenangan manis di Charity Dinner Misi Kasih Palestine anjuran MSM Sheffield 2010.



charity dinner mkp

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

5 comments:

Pena Biru said...

salam. ana copy and paste petikan en shahool ya. jzkk

mamajannah said...

wsalam wrt,akhi silakan.waiyyaki.

anon suria said...

Bila keluar dari kepompong malaysia...bnyk aktiviti NGO seperti ini.Tak perlu pergi jauh-jauh..lihat saja aktiviti kat university university di malaysia termasuk UTEM....berapa bnyk aktiviti seperti ini diadakan? Viva Palestin?sebab itu rakyat malaysia kegersangan bab ini.Bercakap senang..tapi nak laksanakan..Ya Allah..bantulah hambamu ini.Su blm jumpa lagik tabung untuk Palestin di masjid / surau-surau. yang bnyk adalah tabung derma untuk masjid / surau itu sendiri.....Kat Sheff..tabung bergerak palestine tu insyaAllah sentiasa ada.

mamajannah said...

semalam dalam usrah baca tafsir al zalzalah...Allah menilai kebaikan dan kejahatan walaupun seberat zarah.

tanggungjawab sebenarnya lebih daripada masa yang ada.sejauh mana kita dah sampaikan kesedaran Islam pada masyarakat lebih-lebih lagi yang paling hampir dengan kita...
setiap perkara Allah akan nilai...masa kita banyak habis dimana.

iA..jom su kita buat sesuatu di UTEM..:)
sama-sama kita berdoa Allah kurniakan kita kekuatan.Kita saling ingat mengingati.

"Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya "(al-Hajj:40)

anon suria said...

yati: InsyaAllah.nanti roger roger su bila kita dah kat melaka nanti. smlm ada tanya mak..ada tak kutipan palestin kat surau? dia kata, ada..tapiiiiiiii dah lama dah....!

tahniah yati.keep up your good work.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...