Thursday 2 February 2012

tua..


Bila dengar pengalaman dan melihat kawan-kawan menjaga ibu bapa yang sudah tua bukanlah mudah dan sangatlah menguji kesabaran. Apatah lagi sekiranya ingatan mereka telah lemah dan ditambah lagi kita yang jaga,  kita juga dimarah-marah dan diperintah-perintah. Jika tiada belas kasihan dan kesabaran tentu sahaja orang tua itu tidak dipedulikan.



Saya terfikir akhlak dan kesabaran Rasulullah dalam kisah bila Rasulullah menyuapkan makanan setiap hari kepada seorang tua yang buta. Sabarnya Rasulullah walaupun orang tua itu bukan darah daging, bukan Islam pun dan bila disuapkan makanan , apa yang diterima dari mulut perempuan tua itu adalah cacian dan tuduhan terhadap diri Rasulullah. Namun Rasulullah tetap datang setiap hari dan menyuapkan makanan tanpa sedikit pun rasa marah.

Bagaimana akhlak kita menjaga orang tua apatah lagi orang tua itu adalah ibu bapa sendiri?


Lagi satu bila tengok orang tua-tua, terfikir macam manalah jika tua nanti..

Pertama suka tengok orang-orang tua yang bersih mukanya, kurus dan sihat dan boleh beribadat dan kuat ingatan. Kedua takut dan sedih jika bila tua dan kerana keuzuran terbuka segala aib diri. Amalan kita yang mana yang lebih sebati dan dominan itulah yang akan terzahir dengan sendirinya.
Jika baik amatlah beruntung dan teramat hina jika sebaliknya.

Mudah-mudahan kita manfaatkan masa muda untuk mengadun dan sebatikan diri dengan amalan soleh, agar kita menjadi orang tua yang soleh dan solehah yang sejuk mata memandang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...