Thursday 28 November 2013

-ve VS +ve

Semalam semasa didalam bulatan gembira saya, dalam satu perbincangan berkaitan kepentingan dakwah,

"untuk meneutralkan satu cas -ve kena ada 3 charge +ve " kata shu, pelajar yang sedang menuntut dalam master kejuruteraan elektrik.

Teringat didalam kepala saya yang cuba mengaitkan ilmu sains ni dengan ilmu dakwah . Apabila kita berhadapan dengan dua keadaan diantara mencegah kemungkaran dan melakukan kebaikan, didalam kitab hadiths HIKAM yang mana satu kita kena buat dulu,kita hendaklah mencegah kemungkaran terlebih dahulu sebabnya  keburukan lebih mudah tersebar daripada kebaikan. Dan keburukan itu susah ingin dibersihkan jika ia berlaku.
Cantik susunan Allah..untuk meneutralkan semula cas -ve perlu ada 3 cas +ve. Kalau tidak cukup cas positif maka yang negatif akan lebih berkuasa .

Jika kita ingin berubah kearah yang lebih baik kita disuruh untuk berhijrah ketempat yang lebih baik dan berkawan dengan kawan-kawan beramal soleh dan solehah...lebih banyak cas positif lebih baik.

Semalam
Hantar pretzels di jj melaka...menempah pretzels untuk di jual di boothnya. Sampai-sampai boothnyer sangat mengujakan saya..ada durian crepe, cupcake, cheese cake, moist cake dan pretzels..feveret saya cheese cake. Bertemu saling berkenalan, ramah dan terbuka.. walaupun baru pertama kali bertemu terasa macam dah lama kenal. Banyak juga dia bercerita berkongsi pengalaman bagaimana dia berhenti kerja dan berniaga.  Sebelum balik saya cakap kat dia saya rasa macam dah lama kenal jer. Kemudian dia balas

"kak fikiran kita hati kita kena POSITIF, bila positif orang yang datang kat kita pun positif dan jaga hubungan dan niat nak tolong tu penting, rezeki tidak kan putus" .

Saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kerana memberi saya tips yang sangat berguna dan sebelum balik saya ingin membeli sebekas cheese cake, tetapi duit saya ditolak .."saya bagi percuma".
Jazakillahu khairan katheera.

Syukur kepada Allah kerana pertemukan saya dengan mereka. Semalam mesej yang sama saya dapat daripada penyampai yang berbeza...hebatnya cas +ve.

------------------------------------------------------------------
Hari ini,
Syukur kepada Allah, permohonan saya diterima dan Refubee Pretzels telah dijual dikoperasi uni.


Positif selalu , yang -ve masukkan dalam botol tutup rapat-rapat dan dibuang jauh-jauh..(tips dari majalah solusi edisi 61).

Ya Rabb,bimbingilah diriku kejalan yang lurus dan jalan yang diredhai.
Salam Jumaat.
mood..rindu jannah.






Tuesday 12 November 2013

Mesej IsTimeWa

Datang ke fakulti macam biasa..dah set dalam fikiran taknak fikir perkara yang buat saya sedih.

Pepagi dapat mesej dari seorang daripada research group nak bincang. Selepas tu  ketua research saya pula yang datang , tanya saya  progress.
Saya tunjukkan apa yang telah saya buat dan apa yang saya jumpa. Banyak juga yang tersimpul dikepala saya dapat dileraikan kemudian dia belanja saya makan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.


Tengahari
Solat zohor macam biasa dibilik solat. Dalam rakaat ketiga datang seseorang menjadi makmum.
Selesai solat..
Ya Allah berderai air mata .
Ya Allah Kau pertemukan diriku dengan dia..disaat aku ingin melupakan rasa sedih.. Kau membuatkan ku teringat sebelas tahun yang lalu...ya Allah
Kau mempertemukan diriku dengan dia mesti ada satu 'mesej' ingin disampaikan.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Terlerai semuanya.

I'm not alone.

Teringat seseorang yang saya sayang berkata..

Mengadulah semuanya pada Allah, tapi tidaklah Dia boleh berkata-kata bagi jawapan..
Jawapan Dia ada disekeliling kita.

----
Letih..

Sekali lagi sesorang yang saya sayang ingatkan saya,

Jika kamu buat kerana Dia kamu tidak akan rasa letih.
Mintalah dengan Dia supaya kamu dapat lalui ujian ini dengan baik.

----
Itulah  'mesej' yang sangat istimewa buat saya :)


Thursday 7 November 2013

1435 Hijriah

Assalamualaikum wrt.
Selamat pagi.
Salam Jumaat yang penuh keberkatan.
Alhamdulillah masih bernafas dan dikurniakan kesihatan yang baik disamping mereka yang kita sayang.

Di hari jumaat di tahun yang baru..jom kita sama-sama perbaharui niat untuk setahun ni..umpama kita nak sambut Ramadhan kita niat sebulan tapi ni kita niat setahun...niat kita nak buat dan nak dapat apa dalam setahun ni. InshaaAllah mudah-mudahan yang kita niatkan itu bukan untuk diri kita sahaja tetapi dapat memberi kebaikan untuk orang yang disekeliling kita juga. Selari dengan sebab kita diciptakan untuk menjadi hamba dan khalifah. Jika kita benar-benar faham tujuan kita diciptakan oleh Maha Pencipta..sesorang muslim adalah seorang yang hebat.

 'Sesungguhnya kamu adalah sebaik-baik kejadian'.

Kita dah biasa dengan perkataan hamba dan khalifah sejak sekolah rendah dah belajar. Kita pun tahu kita adalah sebaik-baik kejadian.

Tetapi pandangan setiap kita berbeza apabila menterjemahkan kedua-dua ayat ni dan perbezaan itu membuatkan tindakan kita juga berbeza.


Macam kita ambil gambar ...cuba kita ambil gambar dengan kamera biasa, function wide angle masih boleh tetapi gambar yang jauh masih kabur. tetapi bila kita guna kamera yang canggih yang ada lens tambahan, pandangannya sangat luas dan setiap satu objek yang diambil sangat jelas.

Milikilah 'mata' yang hebat jika tidak



Input - > Proses - > Output

-------------------------------------------
Apa yang terilham dikepala saya di pagi-pagi ni..untuk dikongsi pembaca notakecil ini.
Semoga Allah permudahkan segala urusan, tidak persulitkan dan diberi pengakhiran yang baik. Amin




Thursday 27 June 2013

langit tak sentiasa kelabu

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana banyaknya nikmat yang diberikan.

Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah

Hari ni pergi fakulti macam biasa.
Selesai sudah presentation saya di uniten semalam, saya telah buat yang terbaik dan telah dapat feedback dr seorang penonton dari AIS, UTMKL dan cadangan yang sama sebenarnya dari supervisor saya..cuma saya belum menulis lagi bahagian tu :) InshaaAllah next stage.

Hari ni pergi melapor diri kepada supervisor..masuk-masuk bilik dia senyum jer (memang selalu senyum pun..hopefully senyum sebab progress saya mencapai tahap yang sepatutnya..:). Bincang apa yang saya dapat dan apa yang saya perlu buat, buat saya berfikir..dalam hati banyak jer lagi. Hati saya macam Dr. S boleh baca jer..dia terus cakap hari ni awak rehat dulu nanti minggu depan baru start. Saya senyum dan ucapkan terima kasih..lega sikit.

Bila Dr. kata macam tu, so I decide to dived my mind from heavy thinking to light thinking.
Buat apa lagi menulis nota kecil kesayangan saya ni.

________________________________________

Ceria hari ni.
Dari tingkap bilik ni saya dapat lihat awan.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang diturunkan hujan membasahi bumi dan memberi nikmat udara yang bersih semula kepada kita . Dari kelabu telah kembali biru. Namun jangan leka dan lalai untuk kita sentiasa mensyukuri dan menjaganya dengan baik. Beringat sebelum buat.

Teringat ayat Allah dalam surah Ar Rum ayat 33 yang bermaksud
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan kembali bertaubat kepadaNya;kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya.

Berusaha..berehat jangan lama-lama nanti takut terleka.

___________________________________________

Balik awal  nak masak mee bandung, lipat baju dan layan jannah cakap..mesti dia banyak cerita nak bagi tahu saya maklumlah dah dua malam sleep over rumah bffe dia :)

Esok study :)

Sunday 23 June 2013

Tadabbur Alam

Duduk dalam bilik study kat fakulti menghadap tingkap..mata memerhati udara yang kelabu asap

Terdetik dalam hati..
Betapa kasihnya Allah kepada kita telah mengurniakan udara yang bersih tanpa perlu kita bayar satu sen pun. Tetapi manusia telah mencemarkannya. Manusia jua yang telah menzalimi dirinya sendiri.

Dalam hati hanya Allah jua yang boleh menurunkan hujan  membersihkan semula udara ni.. Ampunilah kami Ya Allah.

Allah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud
Telah nampak kerosakkan didarat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia. Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar).

__________________

Sya'ban dah hampir kepenghujung bermakna Ramadhan semakin hampir. Rasa tak sabar nak menyambut Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan Allah beri kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan. Amin.

__________________

Hidup ni orang kata putaran roda kekadang diatas kekadang dibawah..dan akan sentiasa bergerak tanpa menunggu sesiapa..

Bila saya berpeluang membentangkan kertas penyelidikan saya di symposium pada hari Rabu ni..buat saya
teringat, 6 tahun yang lepas last saya bentang kertas penyelidikan  dan itulah kali pertama dan rezeki saya masa tu menang the best presenter. Lepas tu terus terbang..kenangan.

Peluang itu datang kembali..

Supervisor saya kata pelan-pelan target local dulu..pada saya semuapeluang yang datang  itu baik untuk saya saya dapat panaskan enjin yang dah beku selama 6 tahun.. tak berdiri kat depan bercakap..berdebar.
Walaubagaimana pun  ini sebagai permulaan dan inshaaAllah akan lakukan yang terbaik.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan, jangan engkau persulitkannya, sempurnakanlah dengan kebaikan.

Teruskan berlari jangan putus asa !


Saturday 27 April 2013

pilihan

Assalamualaikum,

sekarang demam pilihanraya,
sana sini bendera..
tadi lalu kat ayer keroh.. dah ada bendera jatuh..merbahaya.
fikir, ada kesan ker bendera dengan pilihan pengundi.
masa kat uk ada pilihanraya tapi cool jer..takder bendera satu pun.
cuma dalam suratkhabar jer cerita calon tu kempen kat mana kat mana dan apa yang dijanjikan kalau pilih dia, itu saya rasa ada kesan..lihat , dengar dan fikir
kalau bendera kesan dia tak tahu pula...membazir pun yer jugak.

tapi itulah suasana dinegaraku
jom sama-sama mengundi.
lepas ni takyah pasang bendera
sekarang
zaman internet,
setakat bendera tak mempengaruhi pilihan,
yang penting maklumat yang diterima, dibaca dan dibincangkan.
kita dah bijak pandai..bukan dolu-dolu.
buatlah undian yang boleh buat perubahan

save our planet :)



Saturday 16 February 2013

satu episod



Setiap apa yang kita lalui adalah telah diatur olehNya. Setiap detik pahit manis semuanya ada hikmah sekiranya kita berfikir dan merenung hikmah yang Allah nak beri pada kita.
Sekiranya gembira kita bersyukur dan sekiranya sedih pun bersyukur kerana lebih banyak hikmah yang kita dapat.
Alhamdulillah genap dua tahun saya bekerja di kilang. Walaupun sekejap tetapi banyak benda yang saya belajar apabila bekerja didalam industri yang dimiliki oleh Jepun terutamanya.Budaya kerja adalah menepati masa dan rajin.  Kerja memang sentiasa ada,  kena tahan mental dan fizikal. Politik kerja memang tidak dapat dielakkan namun saya bersyukur kerana dapat kawan dan juga bos yang jelas matlamat bekerja. Bekerja dengan ikhlas rezeki,  Allah yang beri kekadang ia datang tanpa disangka. Dengan kerja saya dapat memiliki kereta MyV, dapat kereta sendiri yang memang selama ini saya inginkan sebabnya taknak susahkan orang hantar dan ambil saya. Saya nak dan Allah permudahkan. Kemudian saya dapat berkenalan dengan seorang adik yang sentiasa buat saya gembira dengan lawak dia bila saya tengah stress...rasa sayang kerana Allah buat dia berubah kearah yang lebih baik...itu adalah hadiah yang sangat bermakna buat saya.
Saya dapat memahami selok belok bisnes dan ragam manusia. Bila banyak kerja kita tidak ada masa nak bercerita tentang orang, tiada masa nak bandingkan jenama beg apa yang orang lain pakai dan tiada masa nak buat sesuatu yang tidak dapat untung. Semua perkara perlu difikir kenapa dan kenapa dan berani buat keputusan dan menanggung risiko. Orang yang berjaya adalah tidak akan dipengaruhi oleh persekitaran sebaliknya dia yang mencorak persekitaran. Mempengaruhi persekitaran yang terbaik adalah bermula dengan akhlak kita. Menepati masa, amanah, rajin, jujur, berdaya saing, positif, tidak mengambil tahu hal ehwal orang lain yang keterlaluan, kemas dan bersih adalah akhlak seorang muslim dan sedih jika bangsa lain selalu melabelkan melayu dengan malas..dan jika melayu mestilah Islam. Bila didalam industri yang bermacam bangsa saya dapat lihat bagaimana perspektif mereka dan jika kita lain mereka akan hormat. Namun kita bekerja bukanlah nakkan pujian manusia tetapi keberkatan rezeki dari Allah.

Maulidur Rasul tahun 2013 saya berhenti bekerja. Kenapa? Kerana saya isteri. Orang lain jadi isteri tetapi boleh bekerja dengan cemerlang. Lain orang lain ragamnya. Bersyukur dan bersabar dan hati saya terbuka untuk sambung semula belajar buat Master. Lepas tu kerja ? In shaa Allah ada rezeki ada. Tapi fokus saya saya mesti habiskan dengan cemerlang. Kawan saya nasihatkan saya supaya cekalkan hati dan bersedia mental dan fizikal.

Mudah-mudahan langkah ke 2013 memberikan kejayaan dunia dan akhirat,
Kuatkan kesabaran dan solat.
Dunia adalah pentas lakonan.

Sunday 27 January 2013

REHLAH Bulatan Gembira


Di Tasek Ayer Keroh
26 Jan 2013
"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana."(surah Al-anfal, 8:63)

Tuesday 1 January 2013

Invisible

jannah n ayah 
Mama last night I have bad dream..tetiba jannah bercerita , duduk mengadap saya melipat baju.
Jannah mimpi apa? tanya saya.
About palestine..
Orang palestin mama..
Israel tembak ker? Tanya saya tak sabar
Tak..orang Palestin jadi invisible .
Oo..lepas tu..
Orang Israel tak nampaklah..lepas tu orang palestin pukul Israel mama.
Saya tersenyum..wah bestnyer mimpi jannah.  Macam cerita Tom n Jerry :)
Inilah kesan dari saya bawa Jannah di Booth Aqsa Syarif di PICC Putrajaya. Masa tayangan  video Jannah tak sanggup nak tengok..sedih bercampur takut.

Agaknya sampai semalam mungkin dia asyik fikir macam mana nak kalahkan Israel tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Begitulah imiginasi kanak-kanak.Kesan daripada pendedahan dan pengalaman baru akan membuatkan dia lebih berfikir.

Free Al Aqsa Free Palestine!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...