Friday 24 October 2014

Bomba Sentiasa Menang

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Nak ucapkan juga Selamat Tahun Baru,1 Muharam 1436 semua. Sama-sama muhasabah amal setahun yang lalu dan merancang amal yang diredhai untuk tahun ini.

Pada diri saya, tahun ni nak sempurnakan azam tahun lepas yang masih belum selesai.
Ingatkan diri jangan putus asa dengan pertolongan dari Allah dalam setiap ujian yang dihadapi.
Teringat cakap seorang pakcik ni beri nasihat. Katanya, "Bomba sentiasa menang!". Bila dengar saya senyum dan hati kembali berbunga-bunga bersemangat.

Kekadang ujian persekitaran membuatkan kita berubah. Daripada seorang yang lembut menjadi seorang yang keras. Seorang yang penyabar menjadi pemarah. Daripada seorang yang rajin kepada sombong.
Apabila ujian yang datang daripada orang-orang yang selalu bersama kita boleh jadi suami, mak ayah, adik beradik, anak atau kawan-kawan, tanpa disedari merekalah yang telah menjadi agen pengubah diri  .Ujian demi ujian itu akan membentuk diri kita samada semakin baik atau tidak.

Seorang sahabat mengingatkan saya bila saya kata saya inginkan diri saya yang suatu ketika dahulu. Dengan ikhlas dia pesan, kalau nak saya yang dahulu jangan hadkan kesabaran.
Seorang sahabat mengingatkan saya jika tidak kerana masa lalu kita tidak akan berada disini.

Sangat bersyukurnya saya dikelilingi sahabat-sahabat yang ikhlas. Sahabat yang berkata benar walaupun pahit kerana perasaan sayang kat kita tanpa mengharapkan balasan. Semoga Allah memberkati kamu sahabat.

#taksukakawanyangpujiwalaupunkitasalah
#kawanosembawakesyurga
#agenpengubahygbaik
#Hijrah1436







Tuesday 7 October 2014

sombong bila tidak bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim.
Harini terasa nak kongsi satu notakecil yang tersemat dalam fikiran saya kepada pembaca.

notakecil : Bersyukur itu susah dan perlu diminta supaya kita sentiasa ingat untuk menjadi hamba yang bersyukur. Rasa syukur dapat bersihkan diri daripada sifat mazmumah seperti sikap sombong, keluh kesah, hasad dengki,mengumpat,berdendam, putus persaudaraan dan akhirnya membawa kepada kehinaan dunia dan akhirat. 

"..Dan amat sedikit dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur." (Surah Saba', 34:13)
"..akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur ." (Surah al-Baqarah,2:243)

Doa yang indah untuk kita amalkan supaya kita tidak tergolong didalam golongan yang tidak bersyukur. Doa Nabi Sulaiman As terdapat dalam Al Quran surah An Naml:19

Firman Allah : maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo’a: Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni’mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS An Naml: 19)
Nabi Sulaiman yang menjadi raja ketika itu tetap menjaga dirinya supaya tidak leka dengan kekayaan dan menjaga dirinya supaya tetap rasa hamba yang bersyukur. Apatah lagi kita yang kerdil ini..
Rasa syukur dapat meningkatkan kualiti jiwa hamba meskipun tidak berharta. Memburu harta tidak salah, tetapi jangan dipinggirkan iman dan persaudaraan dalam pemburuan itu…  (Genta Rasa)
.ok nak sambung tulis report..jumpa lagi :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...