Wednesday 20 May 2009

Tiada Pelangi Tanpa Hujan


Adik-adikku yang kurindui dan yang kusayangi
perjalanan hidup kita terlalu jauh
perjalanan yang jauh pasti akan melalui jalan yang berliku
dan itu telah pasti kerana Allah jadikan dunia untuk kita diuji
sepanjang jalan itulah membuatkan kita jatuh dan bangun dan kadangkala ada masa kita terduduk keletihan dan putus asa
namun kakakmu yakin adik-adikku ada kekuatan yang Allah kurniakan
untuk terus berjalan dan mencari sinar disana

Kekadang bila kita bertemu..
pasti akan keluar kata-kata bestnya kalau mak ada..
tetapi telah ditakdirkan mak pergi dulu
sebelum sempat melihat kita membesar
yakinlah pasti ada hikmahnya
adakala ada perkara diluar kawalan
itulah manisnya Muslim
tiada yang sedih dalam hidupnya
kerana percaya qada' dan qadar.

Walaupun kita tiada siapa yang meleteri
menasihati berulang kali
memujuk menyokong beri tunjuk ajar
jangan lupa
kita masih ada Allah
yang tersangat hampir
lebih hampir dari urat dileher
yang sangat Pengasih
yang sangat Penyayang
yang sangat Pengampun

Mohonlah
Mengadulah
Mengharaplah
kepadaNya yang Esa.

kerana Dia pencipta kita
Dia yang lebih mengenali kita
suburkan iman didalam diri
kerana bekal kekuatan didalam perjalanan
yang tidak tahu bila penghujungnya.

Doa kakakmu sentiasa bersamamu.
Salam sayang adik-adikku.

Monday 18 May 2009

The Heart of A Muslim

I love this nasyeed so much and I dedicate to you all...:)

Sunday 17 May 2009

Jom!!..Kita gi camping

InsyaAllah pada 31 Julai hingga 2 Ogos MSM akan menganjurkan satu perkhemahan di Wales. Kepada anda yang berada di UK....jangan lepaskan peluang ini untuk bersama keluarga dan anak-anak dan pakat-pakat dengan kawan-kawan yang berada di UK...membuat temujanji di PERKEMAS'09..:) Kita berkenal-kenalan dan bertukar khabar berita disamping beraktiviti bersama.

JOM...

Perkhemahan santai bersama keluarga di

Perkhemahan Musim Panas 2009, PERKEMAS 09

Pada 31 Julai- 2 Ogos 2009.

perkemasPTT-final1


Friday 15 May 2009

Rindu nak tengok pantai...

Tinggal di bumi UK ni susah cket nak tengok pantai..ada pantai tapi jauhhhh dari Sheffield. Sejak dua menjak ni saya rindu dengan pantai..

Masa bank holiday yang lepas..sehari lepas main netball..saya berkesempatan untuk singgah di tepi pantai di Pembrokeshire. Sebenarnya perjalanan saya dan keluarga ada tugas yang perlu diselesaikan.

Tugas kami adalah di Pembrokeshire, Wales....tapi sebelum sampai kesana kami singgah bermalam di Cardiff. Ohhh...rasa jauh juga...kami bertolak pukul 2.30 ptg dan sampai di Cardiff 5.30 ptg. Jannah dalam kereta tido bangun tido bangun tak sampai-sampai...bila terjaga jer tanya.." kami nak pergi mana mama.." soalan berulang-ulang kali, sempat ayah dia betulkan tatabahasa lagi "bukan kami..kita, kita nak pergi mana ?". Itulah budakbudak Melayu di UK, sekolah tak belajar Bahasa Malaysia.

Bila masuk sahaja Wales...setiap sign board ada dua bahasa..satu English satu lagi pelik cket..tak reti nak sebut..itulah bahasa Welsh. Lagi satu yang saya perasan orang-orang Wales sangat peramah dan mudah hulurkan pertolongan.

Bila dah nak masuk Cardiff...kami melalui




Terus kepala teringat kat Malaysia...macam jambatan pulau pinang jer.

Kemudian kami jumpa sesuatu yang sangat biasa di Malaysia...Jannah pun ingat..benda yang pertama kali jumpa selama hampir 3 tahun duduk UK...


"Mama macam kat Malaysia kat ni...kena bayar kan..kan mama?"

" Ini TOL jannah..macam kita nak pergi rumah Wan kat Bangi, " saya cuba mengingatkan Jannah. Bayaran tol adalah 3.50 pound.

Akhirnya kami bermalam di hotel Express Holiday Inn..hotel yang paling murah yang kami dapat, 50.00 pound semalam.

Keesokkan pagi kami bertolak dari Cardiff ke Pembrokeshire...perjalanan lebih kurang dalam 3 jam . Semasa kami breakfast di hotel..kami berkenalan dengan dua orang tua..sangat peramah..dia yang start tegur..dan tanya kami dari Malaysia?? Bila kami kata ya, panjanglah cerita dia. ..Dia pernah ke Malaysia dan selalu juga bercuti ke Singapura, Johor dan Kuala Lumpur...semasa borak-borak tu..(English orang Wales senang paham..dia guna standard English)... saya tanya dia kat mana pantai yang berdekatan..
lepas tu dia cuba meneka.."I think you miss Malaysia's beach??"..hehehe macam tahu tahu jer dia ni. Dalam pukul 10 pagi kami bertolak ke Pembrokeshire.




Di tepi hotel..sempat posing

Bila dah dekat-dekat Pembrokshire...kami melalui pantai.

"Mama I want to go to beach..promise mama..??"tanya jannah berulang-ulang kali...rupa-rupanya Jannah pun sama dengan saya rindu dengan pantai. Saya mengiyakan..tapi ayah dia disebelah tengah pening-pening sebab tak yakin dengan tom-tom..:)

Akhirnya sebelum balik sempat kami singgah Whitesands di St. David, Pembrokeshire.
Sempat main-main air..dan lepaskan rindu...bila tengok pantai teringat satu peribahasa..

"Jika takut di pukul ombak jangan berumah di tepi pantai"

Baik-baik Jannah...




Masa di Pembrokeshire..kami berjumpa Mr. Ian dan Mrs Judy untuk selesai beberapa tugas, Setelah semuanya selesai, kami dijemput makan ..kami dihidangkan dengan..Fish Pie..pastinya mereka tahu kami Muslim. Sempat saya tanya resepi..sebab nak tahu apa yang dia bubuh kat dalam makanan tu sebenarnya...dengan ramah Mrs Judy beri tahu saya macam mana nak buat fish pie..iaitu ikan kod, cheese souce, kentang dan sedikit parsley..pastu bakar dalam oven..Ohh itu jer..senang juga nak buatnya.
Kami pun makan dengan yakin.
Terima kasih Mr. Ian dan Mrs Judy dan anak-anak dia yang peramah. Yang adik nama dia Gwen dan kakak saya tak ingat...:D

InsyaAllah awal Ogos kami datang lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...