Showing posts with label Fikir-fikirkan. Show all posts
Showing posts with label Fikir-fikirkan. Show all posts

Thursday, 2 April 2020

2020C19


Bismillahirrahmanirrahim.

Gerak hati nak menulis dalam blog ni. Sesuatu yang penting mungkin.
Apa yang berlaku sekarang ialah semua penduduk bumi sedang dalam ketakutan dengan virus Covid-19. Kerdil manusia ni. Lebih kerdil sebenarnya dari virus. Lemah.

Semua hanya boleh duduk didalam rumah masing-masing tanpa boleh bergerak bebas seperti biasa..yang dulu rasa dunia ini aku yang punya. Tetapi sekarang merasakan dunia ini ada Kuasa lain yang punya.

Masih awal tahun, tahun yang dinanti-nanti suatu ketika dulu, tahun 2020
Siapa sangka,hujung Januari satu mesej diterima supaya kembalilah kepada Tuhanmu dan berhati-hati untuk perjalanan seterusnya.

Bersyukurlah dan bertaqwalah untuk selamat.

---
12.44am
3/4/2020
PKP C19.


Friday, 24 October 2014

Bomba Sentiasa Menang

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Nak ucapkan juga Selamat Tahun Baru,1 Muharam 1436 semua. Sama-sama muhasabah amal setahun yang lalu dan merancang amal yang diredhai untuk tahun ini.

Pada diri saya, tahun ni nak sempurnakan azam tahun lepas yang masih belum selesai.
Ingatkan diri jangan putus asa dengan pertolongan dari Allah dalam setiap ujian yang dihadapi.
Teringat cakap seorang pakcik ni beri nasihat. Katanya, "Bomba sentiasa menang!". Bila dengar saya senyum dan hati kembali berbunga-bunga bersemangat.

Kekadang ujian persekitaran membuatkan kita berubah. Daripada seorang yang lembut menjadi seorang yang keras. Seorang yang penyabar menjadi pemarah. Daripada seorang yang rajin kepada sombong.
Apabila ujian yang datang daripada orang-orang yang selalu bersama kita boleh jadi suami, mak ayah, adik beradik, anak atau kawan-kawan, tanpa disedari merekalah yang telah menjadi agen pengubah diri  .Ujian demi ujian itu akan membentuk diri kita samada semakin baik atau tidak.

Seorang sahabat mengingatkan saya bila saya kata saya inginkan diri saya yang suatu ketika dahulu. Dengan ikhlas dia pesan, kalau nak saya yang dahulu jangan hadkan kesabaran.
Seorang sahabat mengingatkan saya jika tidak kerana masa lalu kita tidak akan berada disini.

Sangat bersyukurnya saya dikelilingi sahabat-sahabat yang ikhlas. Sahabat yang berkata benar walaupun pahit kerana perasaan sayang kat kita tanpa mengharapkan balasan. Semoga Allah memberkati kamu sahabat.

#taksukakawanyangpujiwalaupunkitasalah
#kawanosembawakesyurga
#agenpengubahygbaik
#Hijrah1436







Thursday, 2 February 2012

tua..


Bila dengar pengalaman dan melihat kawan-kawan menjaga ibu bapa yang sudah tua bukanlah mudah dan sangatlah menguji kesabaran. Apatah lagi sekiranya ingatan mereka telah lemah dan ditambah lagi kita yang jaga,  kita juga dimarah-marah dan diperintah-perintah. Jika tiada belas kasihan dan kesabaran tentu sahaja orang tua itu tidak dipedulikan.



Saya terfikir akhlak dan kesabaran Rasulullah dalam kisah bila Rasulullah menyuapkan makanan setiap hari kepada seorang tua yang buta. Sabarnya Rasulullah walaupun orang tua itu bukan darah daging, bukan Islam pun dan bila disuapkan makanan , apa yang diterima dari mulut perempuan tua itu adalah cacian dan tuduhan terhadap diri Rasulullah. Namun Rasulullah tetap datang setiap hari dan menyuapkan makanan tanpa sedikit pun rasa marah.

Bagaimana akhlak kita menjaga orang tua apatah lagi orang tua itu adalah ibu bapa sendiri?


Lagi satu bila tengok orang tua-tua, terfikir macam manalah jika tua nanti..

Pertama suka tengok orang-orang tua yang bersih mukanya, kurus dan sihat dan boleh beribadat dan kuat ingatan. Kedua takut dan sedih jika bila tua dan kerana keuzuran terbuka segala aib diri. Amalan kita yang mana yang lebih sebati dan dominan itulah yang akan terzahir dengan sendirinya.
Jika baik amatlah beruntung dan teramat hina jika sebaliknya.

Mudah-mudahan kita manfaatkan masa muda untuk mengadun dan sebatikan diri dengan amalan soleh, agar kita menjadi orang tua yang soleh dan solehah yang sejuk mata memandang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...