Showing posts with label jannah. Show all posts
Showing posts with label jannah. Show all posts

Thursday, 11 April 2019

Thursday, 19 May 2011

bersama si PemburU

semalam baru dapat hardcopy gambar dengan cik owl dan pak eagle dari sekolah jannah. Inilah hasilnya yang telah dihitam putihkan oleh mamajannah ,jadik nostalgia nanti lagi 20 tahun ;)

Wednesday, 4 May 2011

aktvt diSeKolAH

Pagi ni saya pergi sekolah jannah untuk sertai sesi ambil gambar dengan burung-burung penyerang.

Sampai disekolah

" I know you will come because I made wish" jannah dengan senyuman lebar sambil memegang tangan saya erat. Lepas tu mulalah bercerita tentang helang dan burung hantu dengan penuh semangat.

"It is very bigggggg mama, it can eat three goose, mouse,chicken..eagle so strong.." cerita dengan semangat.


Seronok sertai aktiviti disekolah ni , saya nak tengok kreativiti mereka dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah macam mana mereka stimulate keinginan dan motivasi murid-murid untuk belajar secara tidak formal. Kali ni belajar tentang binatang dan cikgu bawak live burung tu. Mereka boleh pegang dan rasa berat burung tu sendiri. Masa saya pergi tadi dapat tengok ada murid-murid yang berani dan ada yang takut-takut. Tapi cikgu-cikgu sabar jer menunggu sampai murid tu tenang dan sedia untuk bergambar. Mereka ada jurufoto sendiri tapi yang ni saya minta tolong cikgu ambilkan dengan kamera biasa saya. Saya siap-siap bawa kamera sebab nakkan soft copy :)


saya dan jannah @ greenlands school.

Tuesday, 3 May 2011

kISaH 3 sEkaWan



Tadi ptg dah pinjam buku kat k su dan malam ni nak baca buku...tp tangan gatal nak edit satu gambar yg disnap semalam . Saya suka tengok lukisan..tapi nak melukis tak pandai jadinya gunalah apa yang saya pandai supaya hasilnya ala-ala sebuah lukisan.
Saya suka dengan gambar mereka bertiga ni, terkenang zaman kanak-kanak..hepi jer selalu :)

istimewa untuk jannah,atikah dan ezzati.

one day at 4 o'clock

"atkah are you bored ?"

" i am bored "

5 minutes later..

"assalamualaikum ..ni jannah"

"assalamualaikum .. ni ezzati"

"assalamualaikum..ni atikah "

------------to be continued

ok2 nak baca buku esok malam ada usrah sebelum tu saya suka tengok citer ni


mula-mula tengok kartun ni teringat mereka bertiga.. lps tu berangan best jugak jika kisah mereka bertiga dikartunkan meti sgt kiut..bila nak pandai buat kartun ni :)

ok2 tutup2...baca buku.

Saturday, 26 February 2011

happy..happy..happy 7th birthday



Isnin,21022011- Jannah secara rasminya 7 tahun. Balik kerja terus singgah wilkinson, tak tahu nak bagi hadiah apa, akhirnya cari punya cari... dapat idea, baik beli kotak, boleh Jannah simpan barang-barang berharga dia untuk dibawa balik. Sebelum sampai rumah singgah rumah Ida dulu balut hadiah siap-siap nak buat surprise untuk Jannah. Sampai rumah Jannah dah
menunggu didepan pintu..tersenyum-senyum dia gembira. Masa tu juga dia nak buka tapi ayah dia kata nanti malam baru buka ok, buat jannah lagi gerammmm.


Tiba masanya..happy..happy..happy birthday Jannah.


Jumaat,25022011 - Saya buatkan sedikit jamuan untuk meraikan hari lahirnya bersama-sama kawan-kawan. Lagipun ini yang terakhir sambut hari lahir di bumi Sheffield selepas ni dah balik Malaysia. Malam tu Jannahlah paling gembira untuk tiup belon dan gantung kat dinding. sampai tertidur diatas sofa menunggu sampai siap. Esoknya saya buat surprise, dress up dia ala-ala Princess Bell. mula-mula ok tapi bila kawan-kawan dah datang, punyalah tak sabar nak buka sebab bila pakai baju tu tak boleh nak berlari-lari..habis jer seisi bergambar naik atas cabut tak sempat nak tunggu dua orang lagi kawan sekolah sakinah dan sofea..erm sabar jerlah.


Jannah n friends :) very sweet.


Mulalah fasa baru bagi seorang anak perempuan. Wahai puteriku sayang,semoga menjadi mujahidah cerdik yang solehah , lagi besar tanggungjawab mama dan ayah sekarang untuk mendidik.




Wednesday, 8 December 2010

nota untuk jannah..


nurul jannah, macam mana mama dan ayah dapat nama ni yer? Mama teringat seorang kawan mama di Newcastle masa tu ayah buat master tahun 2003, panggilan dia jannah. Orangnya baik dan telahpun berumahtangga dan ada dua cahaya mata , mama dan ayah suka nama ni dan terus letak nama ni untuk dirimu, mudah-mudahan dirimu seindah cahaya syurga..:)

sekarang jannah dah hampir 7 tahun lagi dua bulan jannah 7 tahun..semakin besar semakin banyak ragamnya...lagi-lagi dah duduk uk ni..memang sangat berani bertanya..why?why?..mencabar juga minda mama nak jawab.

kekadang kelakar dan manja..menari-nari, menyanyi-nyayi...sangat suka membaca dan menulis, tapi matematik mama belum nampak lagi kecenderungan buat masa ni.
mengaji..alhamdulillah cepat dapat, tapi susahnya nak suruh tekun..ada jer helahnya, ok mama untill this line..this line...dia pula yang jadi cikgu...:)

solat pula..dah pandai baca fatihah dan surah pendek..tapi bila angin baik solat teratur jer, tapi bila angin pusing..I don't want to take wudu'..I don't want to follow you, you late..sabar jer mama..tapi mama ingatkan jannah bila umur jannah 7 tahun mama dah boleh pukul jannah jika jannah tak solat..amaran ni.

sangat yakin dengan diri sendiri dan suka berkawan dan tak suka duduk-duduk tak buat apa, mama what can i do..i'm bored...

oklah jannah ni nota untuk jannah..mungkin satu hari bila jannah dah besar jannah akan baca. Harapan mama jadi anak yang solehah dan bijak dunia dan akhirat...i luv u so much.

Kenangan sekolah di Sheffield, 2010.


depan rumah sebelum pergi sekolah


dalam perjalanan ke sekolah meredah salji december 2010.

depan sekolah, Greenland Nursery Infant School.

Monday, 12 April 2010

what do you do at the caravan

inilah yg jannah sempat taip…cian tengok dia menaip guna satu jari…tu yg tak abis..nanti mama hantar jannah kelas menaip yer..(suka tengok cik amy menaip takyah tengok keyboard:)

“takper jannah nanti sambung k” ..

tak tahu bila dia kan sambung sebab sekarang cuti sekolah pastuu cuaca cerah ..asyik2 nak pergi rumah atiqah….main mak-maklah,hotel-hotellah,casher la…

semalam ayah dia tanya “dah besar jannah jadi doktor yer..”

jawab jannah “jannah taknak jadi doktor..jannah suka menulis doktor tak suka…”

ok..nilah tulisan dari buku nota jannah..

100_2696

____________________________________________________________

at the caravan i do some barberceu things. and then i eat and praye.at the aftnoon i go out to see the sea.it was buytifull.all the bird is well.then we got  back we put on the heater becuase it'cold in the caracan.and then we sleep in the caravan.today its'satday we was very exciting day becuase we are going on a train thats' go up a mountain. but we haft' to buy the tickit first and then we line up  and go  to the train.

Tuesday, 2 February 2010

sorry mama..

Seperti biasa selepas balik kerja dan segala kerja dah siap saya terus ke attic untuk tengok emel dikomputer...dalam leka membaca emel, mata memandang ke jam..3 petang, dalam kepala Jannah.. Saya terus kebawah capai tudung dan jaket dan berlari-lari anak ke sekolah Jannah. Sampai dipintu gate..saya ternampak seorang ibu membimbit beg plastik 'wilkinson'...ohh terus saya teringat semalam Jannah ingatkan saya supaya selepas ambil dia dari sekolah dia nak pergi kedai..wilkinson sebab nak beli fairy colouring book, tapinya saya terlupa bawa duit...oh mesti dia marah

"mama jom pergi Wilkinson" ajak Jannah bila keluar dari pintu kelas.
"sorry jannah mama tak bawa duit hari ni lagipun mama dah belikan kakak minggu lepas, belum habis pun kakak warna buku tu" saya meminta maaf dan cuba memujuk.
"no..no..kita balik ambil duit lepas tu kita pergi kedai beli" Jannah berkeras juga.
"I'm tired Jannah" jawab saya.

Sepanjang jalan dia menangis nak juga beli buku tu, puas saya cuba memujuk dan saya cuba tidak menuruti kehendaknya sahaja. Jannah meronta dan menangis sampai kerumah. Sampai dirumah tangisannya semakin kuat dan saya minta dia masuk bilik. Di bilik dia baling-baling semua buku dan saya kurang sabar saya cubit kaki dia dan minta dia senyap. Tapi Jannah tetap menangis dan menjerit panggil saya. Saya diam dan biarkan dia dalam bilik saya taknak layan, akhirnya dia tertidur dengan pakaian sekolah. Dalam pukul 5 petang saya tengok dia dalam bilik dia berselubung bawah duvet..saya panggil nama dia dan tickle pinggang dia..

"Jannah tak sayang mama ker? Jannah marah-marah mama?" tanya saya.
"urghh..urghh" bunyi yang selalu Jannah keluarkan bila dia taknak jawab.
"eee...macam bunyi lembu jer" saya cuba buat dia tersenyum kemudian saya keluar dan solat maghrib dibilik. Senyap-senyap Jannah datang..

"tukar baju Jannah dan kemas bilik , nanti ayah balik.."pesan saya.
Terus dia tukar baju dan kemas semula bilik. Memang saya akui Jannah memang pandai mengemas bilik.

"I'm finish mama, you can see" kata Jannah dengan bangga.
Memang betul semuanya telah seperti biasa,"Thank you Jannah" puji saya.

Malam tu sebelum tidur saya melayan dia diatas katil sambil mewarna buku yang telah saya beli seminggu lepas. Tengah sibuk saya mewarna..

"how tu spell 'here' mama"tanya Jannah. Saya cuba tengok apa yang dia tulis tapi dia tak bagi.

"This is for you mama" sambil hulurkan satu kad yang dia buat sendiri.Tersentuh hati saya bila membacanya..

I love you too..itulah anak..kekadang buat saya terseyum kekadang buat saya hilang sabar.

Tuesday, 26 January 2010

semakin dewasa...

Pejam celik, pejam celik jannah dah besar...

jika dulu sentiasa duduk berhimpit dengan mama sekarang dah pandai bawa diri bermain,
dulu asyik menangis sekarang asyik bertanya..
dulu makan apa sahaja yang mama masak sekarang dah pandai 'order'
dulu suka warna pink sekarang..'I don't like pink, that is baby colour'
dulu tidur bersama mama dan ayah sekarang "too squash mama" (dah berani tidur dibilik sendiri)
dulu baca alif ba ta sekarang dah boleh hafal doa dan surah pendek
dulu tak pandai menilai sekarang...

satu hari semasa duduk diatas katil sebelum tidur..

Jannah : mama who is your boyfriend?
Mama :ayah, you can have boyfriend too.
Jannah :really mama.
Mama :but after you get married.
Jannah :do you get married mama?
Mama :yess..with ayah, who do you want to get married jannah?
Jannah :hehehe.. someone , cool and handsome like alang (her uncle),sambil telukup muka kat bantal malu-malu..

Sekarang mama dah sedar Jannah dah besar dan bertambah matang..Itu tandanya corak didikan juga kena sesuai dengan kematangan dirimu.

Ya Allah,


Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al Baqarah:128

_________________________________________


sedikit tips dari bacaan di dakwatuna.com,

Mendidik Anak Meraih Sukses Keluarga

Step to step-nya seperti ini. Mulailah kedua orang tua, yaitu kita, memperbaiki diri. Lalu, hadirkan untuk anak Anda lingkungan terbaik dan hindarkan mereka dari lingkungan yang merusak. Beri mereka makanan yang terjamin gizi dan kehalalannya. Berikan pendidikan yang berkualitas sesuai dengan visi dan misi keluarga. Tentu saja siapkan anggaran yang cukup. Setelah itu, bertawakalah kepada Allah swt. Doakan selalu anak Anda.

Dalam memberikan pendidikan kepada anak, yang harus menjadi titik tekan adalah:

1. Mengikatnya dengan (suasana) Al-Qur’an

2. Menjadikannya terus menerus merasa dalam pengawasan Allah swt.

3. Menumbuhkan cinta kepada Nabi saw., keluarga dan para sahabatnya. Menjadikan mereka sebagai sumber panutan dan rujukan hidup

4. Membiasakannya mencintai segala hal yang diridhai Allah; dan menjadikanya benci terhadap yang dimurkai Allah.

5. Membekalinya dengan keterampilan memimpin dan berjuang.

6. Membekalinya dengan keterampilan hidup.

7. Membekalinya dengan keterampilan belajar.

8. Menjadikannya mampu menggunakan berbagai sarana kehidupan (sain dan teknologi).


Saturday, 2 January 2010

Cuti-cuti UK..


Cuti-cuti UK, 26 - 28 December 2009
Chessington World Adventures & Zoo, Surrey.

Boxing day,26 dec- pepagi kul 7 pergi shopping dulu kat meadowhall..beli apa ek? dapatlah beli jacket ayah dan seluar jeans 2 helai...entah rasa macam tak best jer...sebab banyak baju-baju jer, salah tempat kot rasa shopping kat meadowhall ni. Dalam kul 11 pagi balik dan siap-siap untuk perjalanan 4 jam ke london. Hari tu juga puasa Asyura, mula-mula cik abang kata takyah masak-masak nanti singgah london, saya senyap jer..fikir-fikir memang tak sempat nak singgah mana-mana, terus gak ke dapur buat apa yang ada, sempatlah masak nasik tomato goreng..(lebih nasi tomato semalam kat rumah kak su..:) pastu goreng ayam salut tepung..satu spices satu original untuk jannah. Belum kuar sheffield tom-tom rosak, singgahlah kat halford beli tom-tom baru...kebetulan ada sale,belilah juga jika tak, tak sampailah london. Dalam perjalanan ke arah nott kami berbuka di services dengan bekalan yang ada...laku jug anasi goreng yang saya masak tadi..:). Setelah perut terisi kami meneruskan perjalanan hingga ke london. Di london singgah rumah zaid dan manihah sebab nak tengok baby harith yang comel dan tumpang solat sekali. Selepas borak-borak sambil makan kerepek pisang dan tempeyek..(sedapnya rasa dah lama tak rasa kerepek malaysia ), perjalanan diteruskan , sebelum tu kat rumah zaid ni banyak kedai-kedai halal jadinya kami singgahlah beli 2 biji burger, takut-takut malam nanti lapar. Dalam pukul 11 malam kami sampai di Holiday Inn, Leatherhead,Surrey..lega rasanya. Kami punya bilik ada 2 single bed tempat asing dengan double bed dan sofa bed, Jannah adalah orang yang paling gembira sebab dapat katil sendiri siap tv lagi tapi mama dia tetap kena tido sebelah dia . Malam tu dua kali dia terjaga..lepas tu tanya saya ..mama dah siang ker? Saya tengok jam baru kul 2 pagi ..lepas sejam bangun lagi tanya...akhirnya baru tido sampai kul 8 pagi.

Dengan senyum lebar..jannah tanya,"dah morning ker mama..?"
"Cepatlah mandi pastu kita boleh gi zoo " tahu sangat jannah memang tak sabar-sabar nak gi zoo. Selepas breakfast dengan burger yang tak sempat makan semalam kami pun berjalan kaki ke zoo, tak jauh pun kat sebelah hotel jer.
jalan-jalan di zoo uk time winter..:D

\






Tetapi yang paling special adalah lukisan karikatur Jannah..mama hadiahkan untuk anak mama ..:)

Masa artist tu lukis diam jer jannah menunggu muka dia diabadikan diatas kertas, adalah dalam 20 minit. Hasilnya...hehehe,



Setelah puas lawat zoo...tangan pun dah hampir beku...dalam pukul 12 tengahari,kami balik ke hotel lagipun Jannah pun dah rengek-rengek sebab sejuk sangat, gloves plak tertinggal ...ermm. Setelah solat zuhur dan asar jama' kami terus ke Guildford..he3 jalan-jalan shopping, pattern city dan kedai-kedainya nyer sama jer macam kat sheffield. Sempatlah beli jacket jannah kat next dengan handbag,hehehe. Perut dah lapar kemudian terus ke arah london semula carik kedai halal. Akhirnya kami sampai ke satu restoran parsi. Makanan parsi memang takder yang pedas..akhirnya kami makan starter..takingat nama dia apa..tapi dia masak terung yang dilenyek, sekali pandang macam mince meat tapi bukan. Kemudian kami order dua menu...boleh makan tapi tak serasi sangat dengan tekak melayu kami ni, cukuplah sekali datang situ. Selepas makan-makan balik semula ke hotel...tidur.

Pengalaman di zoo..saya rasa lebih mengenali setiap ahli keluarga...saper yang penakut dan berani dengan tiny wineyy monkey.... siapa yang cepat lemah semangat sekiranya ribut taufan melanda. Siapa agaknya antara kami bertiga?He3...hanya ahli sahaja yang tahu..:D

Keesokkan pagi terus ke Birmingham, jengah Stoke on Trent. Jalan sesak sebab hari dah mula berkabus. Tapi ada satu peristiwa yang berlaku masa dalam perjalanan. Sebuah kereta di lane kanan potong kami...tetiba kereta tu berpusing-pusing didepan mata...nyaris-nyaris nak terlanggar kereta kami yang berada di lane tengah, tapi alhamdulillah tidak terkena dan kereta tu masih dapat di kawal dan berhenti di lane sebelah kiri, tiada kemalangan yang berlaku, Alhamdulillah selamat. Perjalanan yang sebenarnya mengambil masa 40 minit menjadi 2 jam. Sampai di stoke turun dari kereta Jannah muntah, tak pernah dia muntah dalam mana-mana perjalanan, habis jaket dan tudung. Alhamdulillah beli jaket baru, dapat salin jika tidak sejuk bekulah Jannah. Dua hari tu kami tidur di Birm...

Rasa seronok trip kali ni...,alhamdulillah ke Surrey terus ke Birm...di Birm lagi seronok, terisi minda dan rohani..:)

Friday, 27 November 2009

Lilly and The Rabbit by NJ


Cerita untuk anak mama...

Masa Jannah umur 5 tahun...masa tu kita di uk masa tu anak mama ni Year 1 di Greenland School. Jannah terpilih dengan 3 orang kawan yang lain untuk pergi ke Darnall Library dan bertemu dengan seorang penulis buku. Mama tak ingat nama dia sebab Jannah pun tak ingat bila mama tanya masa tu.

Mama dapat surat seminggu awal , Jannah akan pergi ke Library pada 24 November..setiap hari Jannah tanya mama bila nak pergi sebabnya masa tu mama belikan Jannah boot, tapi mama bagi syarat Jannah boleh rasmikan masa pergi library nanti..because it's for your special day..:)

Selasa 24 November 2009, seperti biasa pagi -pagi Jannah dah siap dan begitu gembira sekali sebab dapat pakai boot baru ke sekolah ;)

Bila petang tu mama ambil Jannah dari sekolah tak habis-habis Jannah cerita tentang trip ke Library. Jannah cerita pasal author yang Jannah jumpa..dia bacakan buku cerita yang dia tulis kemudian dia bawa baby...she very cute mama..!!I like she..:)

Kemudian sampai dirumah Jannah keluarkan buku kecil yang kosong...Jannah cakap dengan mama Jannah boleh jadi penulis buku cerita.

Satu hari yang membanggakan..

Hari Jumaat tu Jannah bila Jannah balik rumah Jannah keluarkan sesuatu dari beg...
"mama look, I got something because of my effort.. " sambil keluarkan sesuatu dari book bag..

Jannah dapat dua sijil,
sijil pertama sebab buat buku


sijil kedua sebab kedatangan 100%


Kemudian Jannah keluarkan buku cerita yang ditulis hasil ideanya sendiri..dalam usia 5 tahun..:)


Tittle: Lilly and The Rabbit
Author : Nurul Jannah


page 1

page 2


page 3

page 4



page 5

The End

__________________________

-....NJ suatu ketika...-



fashion show family day sheffield..


masa hari lahir yang ke 4
___________

" mama, be patience..be concentrate "
NJ 2009
______________________________

Friday, 23 October 2009

phonics..ohh phonics

Semalam ada perjumpaan dengan cikgu kelas Jannah. Masuk-masuk jer kelas, Mrs Palmer senyum memanjang. Belum sempat saya tanya apa-apa Mrs Palmer dah cakap dulu

"I have nothing to comment, Jannah is very clever, clever little girl"

Jannah yang duduk disebelah senyum jer.

"She is very good in reading and writing" puji Mrs Palmer lagi.

"yeahh, she can write but the spelling is not good" saya cuba nak tahu sebenarnya standard sekolah, macam mana yang dikatakan bagus.

Kemudian panjang lebarlah Mrs Palmer terangkan. Dia kata pada umur Jannah sekarang apa yang difokuskan adalah boleh membaca dan menulis dengan baik . Maksud menulis dengan baik ni kita boleh baca walaupun ejaan tak betul ini disebabkan kaedah phonic yang digunakan. Salah satu kesannya adalah boleh menulis dan kita boleh faham apa yang ditulis mengikut bunyi.

Mrs Palmer tunjukkan buku latihan Jannah dan bandingkan dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya, memang Jannah berbeza, cumanya ada benda yang kena ditekankan pada penggunaan capital letter pada permulaan ayat.

"Don't let she feel down because of the spelling" peringatan Mrs Palmer pada saya.

Dalam hati saya itulah sistem pendidikan disini memang sentiasa positif pada anak-anak, yang baik perlu di highlight kan dan yang lemah diperbaiki..:)

Bila tengok Jannah menulis saya teringat masa saya pergi kelas phonic di sekolah Jannah, ada dalam tulisan yang lepas.. Belajar membaca

Masih ingat lagi, dalam kelas tu kami diberi satu cerita dan kami dikehendaki membacanya dan menulis semula dengan ejaan yang betul..terkial-kiallah saya nak membacanya.


Itu cerita semalam,

Hari ini....

"Mama...can you send me to Izzati house?" tanya jannah pada saya yang sedang duduk mengadap pc.

"Mama...can you send me to Izzati's house..? please!" tanya lagi sebab saya tak layan.

"I want to give this card to Izzati " sambil tunjukkan kad yang dibuat daripada kertas A4 yang diambil dalam laci ayah...:) (habislah kertas ayah..)

Inilah kad yang dibuatnya..sepanjang duduk disebelah mamanya yang sibuk mengadap pc.


(tak perasan tarikh tak set betul..)

Ada lukisan dan sedikit nota .



close up..try to read

Seimbas lalu macam pernah jumpa gaya penulisan ni..:) . Inilah tulisan anak-anak acuan phonics .

reeyley >> really
hoaw>>whole
wid>>wide
meetyg>>meeting



inilah dia tuan punya tulisan..:)>>

Wednesday, 7 October 2009

Jannah..kemalangan di hari raya


Ahad lepas kami buat open house sempena raya ni...keputusan nak buat ni buat lambat...entah macam mana saya dan suami buat keputusan untuk buat. Open House bermula dari pukul 12.30 petang hingga 5.30 petang. Saya berperang didapur selepas maghrib hari Sabtu, itupun lepas balik beraya....sampailah ke pukul 5 pagi. Hehehe maklumlah setahun sekali masak banyak-banyak. Menu saya mee kayam (kari + tomyam) satu periuk besar untuk 60 orang makan, rendang 3 kilo, rojak buah , nasi empit, pulut kuning dan kek coklat. Pagi tu memanglah sangat sibuk untuk siapkan hidangan semua dan sampailah pukul 12.00 tengahari dah ad atetamu yang datang. Kemudian tak henti-hentilah orang datang berziarah dihari raya ni. Suasana sangat meriah termasuklah Jannah dan kawan-kawannya.

Kebetulan dihadapan rumah saya rumah kak su...dia pun buat open house jadinya memang ramailah orang dilorong kawasan rumah kami.

"yati...yati.." ada suara yang memanggil, saya didapur sibuk menambah rojak buah. Saya segera keluar dari rumah.

"yati..jannah..jannah" muka suZ pucat yang cuba memberitahu saya sesuatu.

"Jannah kena langgar kereta", dalam masa yang sama Jannah menangis berlari kearah saya. Air mata saya dah turun tanpa disedari, saya peluk jannah dan buka tudung yang dia pakai sebab dalam kepala saya periksa kepala dia jika berdarah. Alhamdulillah tiada.

Suami saya terus dokong Jannah bawa keatas untuk pujuk kerana Jannah dalam keadaan terperanjat dan ketakutan. Kebetulan dalam rumah saya ada seorang doktor dan dialah yang memeriksa Jannah jika ada apa-apa kecederaan yang dialami. Alhmdulillah tiada apa yang cedera. Cuma tangan ada sedikit bengkak tapi setiap jari masih berfungsi dengan baik.

Suasana dirumah bertukar senyap sepi....pelbagai rasa sedih , ngeri syukur jannah takder apa2.

Apa yang berlaku kepada Jannah sebenarnya...

Dalam ramai-ramai tu saksi yang melihat adalah abang shukri , jiran kami selang beberapa buah rumah kebetulan memang berada ditepi jalan melihat budak-budak bermain.
Jannah nak melintas jalan dari rumah kak su kerumah saya..dia tengok ke kiri dan kekanan, belum sempat dia melintas ada sebuah kereta putih datang dengan laju dan bahagian belakang kereta terkena bahagian kanan belakang jannah dan jannah berpusing dan terjatuh. Kemudian jannah bangun dan berlari sambil menangis mencari saya. Semua yang nampak memang mengatakan ngeri.

Kawan-kawan telefon ambulan dan polis. Kereta yang melanggar Jannah adalah seorang anak muda berbangsa Pakistan dan jiran dihadapan rumah kami.
Pendek cerita ambulan sampai, saya dan jannah dibawa ke hospital kanak-kanak untuk pemeriksaan doktor. Dalam menunggu lebih kurang 3 jam sebelum berjumpa doktor jannah bermain-main, melompat-lompat , gelongsor di tempat bermain dengan gembiranya. Saya memerhati dari jauh...bila tengok jannah gembira seolah-olah tiada apa berlaku pada dia....ahhh itulah budak namanya, dalam hati saya berkata.

"Nurul Mohd Luqman" nama dipanggil.

Kami masuk dan doktor buat pemeriksaan seluruh badan jannah, tulang dan jika ada bengkak-bengkak. Semuanya normal cuma sedikit sahaja bengkak di tangan. Kemudian kami dibenarkan balik tetapi doktor meminta saya mengawasi jannah jika dia ada rasa sakit selepas itu.

Semasa didalam kereta

"Ayah..tadi jannah naik ambulan, ayah tak naik" kata jannah dengan nada gembira...

Saya dan ayahnya hanya tersenyum.

Sampai dirumah, suasana dirumah kosong, makanan didapur dan di atas meja telah berkemas, semua makanan dibawa ke rumah kak su, sayu juga dihati saya. Terima kasih yang terhingga kepada sahabat-sahabat yang membantu dan mendoakan keadaan jannah, jazakallahu khairan kasira. Maafkan kami kerana kedatangan tetamu yang tidak sempat disambut. Kejadian sekelip mata mengubah suasana.

Setelah jannah berehat dan makan malam saya bertanya pada jannah apa yang berlaku,

" I play police-police, my friend want to catch me and my two friends already crossed the road, I look right and left and I saw a white car very fast and then that car hit me" jannah cerita pada kami.
"I'm scared mama when the car hit me" saya peluk jannah.

Keesokkan hari jannah ngadu dia sakit belakang...saya sapu minyak gamat dan dia rasa ok, tapi saya dan suami rasa tak sedap hati dan dalam pukul 12 tengahari kami bawa dia ke hospital lagi. Semasa menunggu badan jannah panas, dia terbaring atas riba saya dan dia kata dia mengantuk dan tertidur sampailah doktor panggil.

Sampai dibilik doktor minta jannah melakukan beberapa pergerakkan, jannah dengar arahan dengan baik..:), cumanya doktor kata suhu badan jannah tinggi telah mencecah 37 cdan doktor terus bagi dia paracetemol dan kena duduk play area beberapa jam untuk pastikan suhu turun. Doktor sempat lagi tanya nak air jus tak? Jannah kata dia nak orange jus...:) Kami pun duduklah hospital sehingga suhu badan jannah turun. Kali kedua nurse datang periksa suhu..namun suhu badan jannah tak turun juga dan jannah diberi ubat demam yang agak kuat, kami tunggu lagi dua jam. Akhirnya dalam pukul 5 petang setelah suhu badan jannah turun kami dibenarkan pulang.

Malam tadi semasa tidur Jannah terjaga-jaga dan menangis..mama scared...
saya peluk dia cuba tenteramkan perasaan takut dan badan jannah panas, ayah jannah bagilah ubat demam dan minta jannah minum air banyak-banyak. Kami pun kejap-kejap bangun risaukan jannah.

Selepas ini pasti jannah tahu kenapa mama dan ayah tak bagi jannah bermain diluar....because we love u very much.

Monday, 20 July 2009

Trip - Darnall- Grindleford

Pagi-pagi Jannah dengan penuh semangat bersiap-siap untuk ke sekolah sebabnya hari ini dia ada trip ke Grindleford dengan menaiki keretapi daripada Darnall. Saya pula berpeluang menyertainya sebagai pembantu. Yang seronoknya disini setiap kali sekolah membuat trip bukan sahaja anak-anak , malah ibu bapa akan juga diberi peluang untuk turut serta sebagai pembantu (helper).

Setiba disekolah, Mrs Ord , cikgu kelas Jannah, memberikan saya senarai nama pelajar yang perlu saya jaga sepanjang trip, kesemuanya seramai 4 orang 2 lelaki 2 perempuan. Jannah cuba ingin menyertai kumpulan saya tetapi Mrs Ord awal-awal lagi melarangnya, dengan rela terpaksa Jannah telah dimasukkan dibawah pengawasan Mrs Ord.

Mereka semua tidak sabar-sabar nak pergi, bersemangat dengan mendokong beg masing-masing dibelakang dengan bekalan air dan makanan, bersiap sedia untuk mengembara.

Jam 9.00 pagi lebih kurang 30 pelajar yang berumur 4-5 tahun beratur berdua-dua bersama-sama 6 orang dewasa termasuk cikgu dan ibu bapa. Saya perhatikan gerakan mereka sangat tersusun dan terkawal. Setiap anak-anak dikehendaki menjaga kawannya dengan berpegangan tangan sepanjang perjalanan dan mesti berada didalam kumpulan masing-masing dengan pengawasan seorang dewasa. Setiap kumpulan tidak boleh memotong barisan walaupun kumpulan dihadapan lambat. Ada juga anak-anak yang nakal terus kedepan...kemudian pasti ada suara yang memanggilnya.

Bila ada yang perlahan atau terjatuh...

''wait..'

bila ada yang tak peduli kawannya

"hold your partner's hand.."

bila ada yang keletihan

"come on we're nearly finish.."

Didalam barisan ada seorang ketua...nama dia Hassan berumur 5 tahun. Berkulit putih seakan-akan arab tapi berbangsa Pakistan. Peranan Hassan ialah pastikan kawan-kawannya dapat melintas dengan dengan selamat. Apabila tiba untuk melintas jalan Mrs Ord dan Miss Sill akan jaga dikiri kanan jalan untuk menghalang kenderaan...macam polis trafik. Kemudian

"Ok Hassan..." Hassan pun cepat-cepat melintas dan berhenti ditempat yang disuruh cikgu...dan tanganya akan mendepa bagi menghalang kawan-kawanya melebihi kawasan yang ditetapkan.

"Excellent , good leader, very sensible, good job" itulah diantara kata-kata pujian yang tak pernah lekang daripada mulut cikgu-cikgu untuk Hassan dan kawan-kawanya.

Perjalanan kami bermula dengan menaiki keretapi dari Darnall ke City Centre. Kemudian daripada City Centre terus ke Grindleford. Apa yang dapat saya lihat disepanjang menunggu keretapi tiba...mereka akan duduk di kaki lima, jadinya tiada siapa yang berkejar-kejar atau bermain-main. Jika tidak pasti tak terkawal maklumlah budak-budak riang ria. Cara ini sangat berkesan ...tapi untuk dibuat di Malaysia rasa macam tak sesuai sebabnya kebersihan tidak seperti disini.


Kemudian sampai di Grindleford kami berjalan menyelusuri kawasan hutan dan perkampungan. Pelajar-pelajar sangat gembira sebab sepanjang jalan mereka dapat melihat sungai, hutan, dan bintang ternakan seperti biri-biri, lembu dan juga llama. Macam-macam soalan yang mereka tanya tetapi cikgu-cikgu mereka tetap melayan dan menjawab dengan muka yang ceria. Setelah berjalan lebih kurang satu jam, akhirnya kami sampai ke destinasi akhir iaitu dikawasan sekolah tadika di Grindleford yang akan dibuka.

Kawasannya sangat bersih dengan hamparan hijau yang luas berlatar belakangkan kawasan kampung yang bersih dan pemandangan yang sangat cantik. Kami pun berhenti untuk berehat dan makan tengahari.


makan bekalan masing-masing

bermain bersama

Setelah penat bermain dalam pukul 2 petang kami bertolak pulang. Pada masa inilah kesian saya tengok anak-anak ni mereka terpaksa berjalan didalam keletihan. Tetapi sokongan daripada cikgu-cikgu untuk sampai ke destinasi tak pernah putus. Mereka berusaha walaupun kepenatan.

Setelah sampai tempat menunggu keretapi mereka lupa kepenatanyang dirasai dan terus duduk menunggu sampai keretapi sampai. Semasa menunggu sempat cikgu ajak bermain teka teki...

I spy with my little eye something beginning with....


sabar menunggu untuk pulang, Grindleford ke Sheffield


Pengalaman yang indah buat saya.Banyak benda yang dapat saya pelajari terutama layanan cikgu-cikgunya yang tegas dalam kelembutan..:) Semasa saya berbual-bual..seisi taaruf dengan cikgu kelas Jannah baru saya tahu tarikh lahir saya dan cikgunya adalah sama tarikh bulan dan tahun. Kebetulan masa tu ada pelajar yang tanya pada Mrs Ord siapa saya, terus Mrs Ord menjawab

"She is my twin" terus pelajar tu terpinga-pinga ...:) Comel jer.


Wednesday, 1 April 2009

Belajar membaca..

Pengalaman yang best kat UK ni ialah banyak aktiviti untuk ibu bapa secara percuma. Semalam adalah minggu terakhir saya mengikuti Family Learning - Reading Matters Course selama 12 minggu anjuran Greenland School. Kursus ni hanya untuk ibu bapa yang anak-anak dalam nursery dan reception. Bagi yang nursery anak-anak berumur 3 tahun dan reception anak-anak berumur 5 tahun.

Banyak ilmu yang saya dapat...terutamanya saya tahu bagaimana pengajaran dan pembelajaran anak-anak di UK. Jika dibandingkan di Malaysia anak-anak di UK yang berumur 3-6 sangat seronok ke sekolah dan mereka sangat kreatif dan yakin diri yang sangat tinggi. Mereka boleh mengeluarkan pendapat dan rasa tidak setuju pendapat orang dewasa secara terus tanpa takut-takut. Begitulah mereka dengan cikgu di sekolah..macam kawan-kawan. Itu secara positif mereka sangat yakin dan tetapi ibu bapa disini juga kena imbangkan ..disebabkan terlalu tinggi keyakinan dia.. mereka tidak ada rasa hormat dengan orang lebih tua.

Pada saya peluang disini adalah mengutip pengalaman dan ilmu yang baik untuk diamalkan dan di sempurnakan dengan kehendak Islam.
Pada awalnya suami tak berapa setuju...

"orang datang UK buat master ke phD, mama buat sijil tadika" kata suami saya.

saya hanya tersenyum..pada saya ilmu tu luas tak semestinya Master atau phD, tapi yang bernilai adalah pengalaman ilmu yang tidak boleh dicari dimana-mana.

Tujuan utama saya mengikuti kursus pendek ini adalah untuk tahu dan saya tidak ketinggalan dengan ilmu yang jannah dapat disekolah. Dan pastinya pembelajaran anak-anak pada masa sekarang adalah jauh beza dengan 30 tahun yang lepas. Jadinya inilah cabaran bagi saya...dan serba sedikit saya dapat membantu jannah di rumah.

Selain daripada tu saya belajar skill bagaimana membaca buku cerita dengan lebih menarik. Jadinya serba sedikit kena memahami maksud gaya penyusunan gambar-gambar di didalam buku dan perkataan-perkataan yang ditulis. Contohnya..jika perkataan itu di bold..intonasi kena tekankan kat perkataan tu..contohnya jika gambar tu di pecah-pecahkan..intonasi kena satu demi satu..bagi suspend. Selain daripada itu juga saya belajar bagaimana bacaan secara phonics. Serba sedikit jika jannah baca secara phonics ia menjadi tidak pelik bagi saya..:)

Saya juga berpeluang buat sendiri permainan dan dibawa balik.

"Mama..cikgu mama bagi apa hari ini ?" tanya jannah.

Itulah soalan setiap kali dia tahu saya ada kelas di Rainbow Room yang terletak dibelakang kelas jannah. Jannah sangat suka jika saya buat permainan untuk dia.

"I have made a new game this morning..hard one" me said.

"Let me try"..jannah said.

Beberapa minit kemudian..

"mama..look..done..it is very easy mama.."..:)

jannah yang tak nak mengalah...:)

Sangat menarik jika kita tahu dan anak-anak pun boleh baca buku cerita walaupun dia tak tahu membaca...bagaimana? Daripada kursus inilah saya dapat tahu teknik bercerita melalui gambar...jadinya bukan saja-saja gambar tu diletak di setiap muka surat.

Kita marah anak-anak tengok tv lama-lama..tapi pernah tak kita cuba fikirkan bagaimana nak buat membaca lebih seronok berbanding tengok tv..??
Itulah cabarannya kita sebagai ibu bapa..kena juga kreatif.

Jom..cuba baca cerita ni..jika anda dapat membacanya..hehehe..anda memang genius..:) jika tidak suruh anak anda baca..:)

Walaupun kursus ini tentang Reading Matters..daripada ilmu selama 12 minggu ni saya juga boleh praktikkan dalam pembelajaran IQRA' dirumah..:) boleh main game daripada buku iQRA'.

Di dalam kursus itu juga kami berpeluang bersama-sama anak-anak ke Muzium Sheffield. Istimewanya lawatan ini adalah hanya untuk ibu bapa yang mengikuti kursus ini sahaja dan anak-anak dibenarkan dibawa keluar dalam waktu sekolah..secara percuma.
Dapat keluar berjalan-jalan memang menyeronokkan bagi jannah dan kawan-kawannya.
Diantara pameran yang ada disana adalah pameran haiwan..seperti musang, beruang, buaya yang diawet. Banyak benda yang ditanyanya, antara soalan lazim..


"Is it real mama?":)





Manfaatkan ruang dan peluang yang ada selagi nyawa dikandung badan..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...