Isnin,21022011- Jannah secara rasminya 7 tahun. Balik kerja terus singgah wilkinson, tak tahu nak bagi hadiah apa, akhirnya cari punya cari... dapat idea, baik beli kotak, boleh Jannah simpan barang-barang berharga dia untuk dibawa balik. Sebelum sampai rumah singgah rumah Ida dulu balut hadiah siap-siap nak buat surprise untuk Jannah. Sampai rumah Jannah dah
menunggu didepan pintu..tersenyum-senyum dia gembira. Masa tu juga dia nak buka tapi ayah dia kata nanti malam baru buka ok, buat jannah lagi gerammmm.
Tiba masanya..happy..happy..happy birthday Jannah.
Jumaat,25022011 - Saya buatkan sedikit jamuan untuk meraikan hari lahirnya bersama-sama kawan-kawan. Lagipun ini yang terakhir sambut hari lahir di bumi Sheffield selepas ni dah balik Malaysia. Malam tu Jannahlah paling gembira untuk tiup belon dan gantung kat dinding. sampai tertidur diatas sofa menunggu sampai siap. Esoknya saya buat surprise, dress up dia ala-ala Princess Bell. mula-mula ok tapi bila kawan-kawan dah datang, punyalah tak sabar nak buka sebab bila pakai baju tu tak boleh nak berlari-lari..habis jer seisi bergambar naik atas cabut tak sempat nak tunggu dua orang lagi kawan sekolah sakinah dan sofea..erm sabar jerlah.
Jannah n friends :) very sweet.
Mulalah fasa baru bagi seorang anak perempuan. Wahai puteriku sayang,semoga menjadi mujahidah cerdik yang solehah , lagi besar tanggungjawab mama dan ayah sekarang untuk mendidik.
2 comments:
Alamak..tersama pulak hadiah auntie su untuk jannah. tak tau nk beli apa..beli storage box pink. Ayuni pun ada satu. sama pulak pikiran mama jannah ngan auntie su.;)
tulah su...sama plak idea kita..;) thankssss auntie su senang jannah nak mengemas.
Post a Comment