Tuesday 18 November 2014

Percaya


You're the chosen one to lead and learn something..believe it !! 
Help me Allah .

Friday 24 October 2014

Bomba Sentiasa Menang

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Nak ucapkan juga Selamat Tahun Baru,1 Muharam 1436 semua. Sama-sama muhasabah amal setahun yang lalu dan merancang amal yang diredhai untuk tahun ini.

Pada diri saya, tahun ni nak sempurnakan azam tahun lepas yang masih belum selesai.
Ingatkan diri jangan putus asa dengan pertolongan dari Allah dalam setiap ujian yang dihadapi.
Teringat cakap seorang pakcik ni beri nasihat. Katanya, "Bomba sentiasa menang!". Bila dengar saya senyum dan hati kembali berbunga-bunga bersemangat.

Kekadang ujian persekitaran membuatkan kita berubah. Daripada seorang yang lembut menjadi seorang yang keras. Seorang yang penyabar menjadi pemarah. Daripada seorang yang rajin kepada sombong.
Apabila ujian yang datang daripada orang-orang yang selalu bersama kita boleh jadi suami, mak ayah, adik beradik, anak atau kawan-kawan, tanpa disedari merekalah yang telah menjadi agen pengubah diri  .Ujian demi ujian itu akan membentuk diri kita samada semakin baik atau tidak.

Seorang sahabat mengingatkan saya bila saya kata saya inginkan diri saya yang suatu ketika dahulu. Dengan ikhlas dia pesan, kalau nak saya yang dahulu jangan hadkan kesabaran.
Seorang sahabat mengingatkan saya jika tidak kerana masa lalu kita tidak akan berada disini.

Sangat bersyukurnya saya dikelilingi sahabat-sahabat yang ikhlas. Sahabat yang berkata benar walaupun pahit kerana perasaan sayang kat kita tanpa mengharapkan balasan. Semoga Allah memberkati kamu sahabat.

#taksukakawanyangpujiwalaupunkitasalah
#kawanosembawakesyurga
#agenpengubahygbaik
#Hijrah1436







Tuesday 7 October 2014

sombong bila tidak bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim.
Harini terasa nak kongsi satu notakecil yang tersemat dalam fikiran saya kepada pembaca.

notakecil : Bersyukur itu susah dan perlu diminta supaya kita sentiasa ingat untuk menjadi hamba yang bersyukur. Rasa syukur dapat bersihkan diri daripada sifat mazmumah seperti sikap sombong, keluh kesah, hasad dengki,mengumpat,berdendam, putus persaudaraan dan akhirnya membawa kepada kehinaan dunia dan akhirat. 

"..Dan amat sedikit dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur." (Surah Saba', 34:13)
"..akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur ." (Surah al-Baqarah,2:243)

Doa yang indah untuk kita amalkan supaya kita tidak tergolong didalam golongan yang tidak bersyukur. Doa Nabi Sulaiman As terdapat dalam Al Quran surah An Naml:19

Firman Allah : maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo’a: Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni’mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS An Naml: 19)
Nabi Sulaiman yang menjadi raja ketika itu tetap menjaga dirinya supaya tidak leka dengan kekayaan dan menjaga dirinya supaya tetap rasa hamba yang bersyukur. Apatah lagi kita yang kerdil ini..
Rasa syukur dapat meningkatkan kualiti jiwa hamba meskipun tidak berharta. Memburu harta tidak salah, tetapi jangan dipinggirkan iman dan persaudaraan dalam pemburuan itu…  (Genta Rasa)
.ok nak sambung tulis report..jumpa lagi :)


Friday 27 June 2014

Ramadhan,do our best

Happy Ramadhan al Mubarak to all readers.
List to do:
-Set the goal and proper planning to make difference.
-Lets make a wish in every minute and believe you wish will come true.
-Time to recharge our iman with reading ,listening and understanding Quran.
p.s Grab the chances to achieve the 'highest profit' and may our Patience and Strength take us closer to Allah.



Sunday 11 May 2014

pertengahan tahun 2014

Assalamualaikum wrt.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Syukur keatas segala kurniaan yg Esa kepada saya dan pembaca notakecil-ini semuanya.
Last entry saya 12 January 2014, hari ni 12 May 2014..lagi 30 hari kita akan sampai ke pertengahan tahun.
Recall back apa set target ..usaha dah sampai mana??

My Roles n Responsibilities
Mother
Wife
Student
Daie
Businesswomen
Daughter
Sister

Tahun ni nak habiskan study..plan awal  by june submit thesis tapi ni baru jer dapat final result so due date  extend to August inshaAllah.
Bisnes saya so far Alhamdulillah banyak benda baru yang saya belajar. Thanks to  co. Refubee byk mengajar dan mendorong dan memberi inspirasi :) Pertengahan tahun ni saya tidak target untung ribu-ribu tetapi lebih kepada marketing network :)..InshaAllah habis study boleh all out bisnes.

As daie kena tingkatkan mutabaah amal esp. solat malam. Target min. twice a week and reading quran 1 juz a day  ..inshaAllah.

As mother,wife,daughter and sister nak banyak memberi dan menolong .

Last but not least peringatan untuk diri sendiri tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada. Perbaiki urusan masa!!

In sha Allah , semoga dipermudahkan dan diberi pengakhiran yang baik. Amin.

Ramadhan semakin hampir...

Tips berpagi2..

As muslim berlumba2 bangun awal utk Tahajud dan Tadabbur Quran jgn lupa :)

Sunday 12 January 2014

cerita awal 2014

Pejam celik hampir pertengahan bulan Januari 2014 sudah. Semestinya kita ada azam yang nak dicapai. Paling tidak pun kita ingin berjaya. Macam tu juga saya.. Feb 2013 saya telah menapakkan kaki untuk sambung master by research...ketika saya berani menapakkan kaki azam saya pastinya nak grad dan terbayang hari konvokesyen saya...my dream :)

Saya rasa begitu cepat masa berlalu setahun sudah berlalu dan bulan depan setahun saya belajar..apa progress saya? tahap mana dah saya ni? berapa peratus lagi nak habis? dah stage mana?
Awal tahun sewaktu saya nak pergi ke surau seorang rakan saya tegur..
"yati..tahun ni habiskan..bln 9 konvo?" kata Amir.
Saya selamba menjawab" inshaAllah boleh".

Jika nak tahu orang yang sama pernah menyapa saya sewaktu hari terakhir saya mengemas barang-barang dilab 2008, tinggalkan Malaysia.
"yati..habiskan study..jangan ko termasuk dalam statistik MIA"..kata Amir juga.
Saya sengih jer masa tu..sekali tu kata-kata Amir benar..masin mulut dia ni..hihi.

Harapan saya mudah-mudahan kata-kata semangat Amir pada awal tahun ini akan menjadi kenyataan. Amin. Jadinya azam saya yang pertama ialah berusaha submit final draft bulan  Jun.

Tahun ni..09 Januari 2014 saya telah membuka kedai. Kepada pembaca notakecil-ini saya menjemput anda semua datang ke kedai saya yang saya namakan N.J shoppe ..nak tahu kedai saya dimana..kedai saya terletak x jauh boleh datang bila-bila masa yang anda rasa anda free..

Jemput ke kedai  alam maya  Facebook.
 https://www.facebook.com/pages/NJ-Shoppe/177272809150586
..jangan lupa like :)..
Jika ingin merasa kenakkan pretzels sama ada sebagai snek, hadiah birthday..hadiah konvo..hadiah untuk mak bolehlah membelinya di N.J shoppe. Terima kasih.




Sementara ni kedai saya baru jual satu product..inshaaAllah masa-masa depan mana tahu ada produk lain..tapi buat masa ni biarlah fokus dan pepatah cina kalau nak berniaga jangan tamak.

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran jangan lupa ..dengan segala limpah nikmat yang diberikan...yang penting masih merasai nikmat Iman dan Islam kan. Semoga tahun 2014 menjadikan kita lebih bersyukur dan berazam untuk tingkatkan amal-amal menuju kesyurga..kerana tiada kejayaan yang lebih tinggi selain dijemput ke syurga. Amin.

Semoga tidak berhenti berusaha..nak berjaya kena berkorban !
2014 bermula...................................................................tamat.
Isikan tempat kosong dengan sesuatu yang memberi impak positif..yuk!
Terima kasih lagi sebab datang dan membaca blog notakecil-ini..;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...