Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Nak ucapkan juga Selamat Tahun Baru,1 Muharam 1436 semua. Sama-sama muhasabah amal setahun yang lalu dan merancang amal yang diredhai untuk tahun ini.
Pada diri saya, tahun ni nak sempurnakan azam tahun lepas yang masih belum selesai.
Ingatkan diri jangan putus asa dengan pertolongan dari Allah dalam setiap ujian yang dihadapi.
Teringat cakap seorang pakcik ni beri nasihat. Katanya, "Bomba sentiasa menang!". Bila dengar saya senyum dan hati kembali berbunga-bunga bersemangat.
Kekadang ujian persekitaran membuatkan kita berubah. Daripada seorang yang lembut menjadi seorang yang keras. Seorang yang penyabar menjadi pemarah. Daripada seorang yang rajin kepada sombong.
Apabila ujian yang datang daripada orang-orang yang selalu bersama kita boleh jadi suami, mak ayah, adik beradik, anak atau kawan-kawan, tanpa disedari merekalah yang telah menjadi agen pengubah diri .Ujian demi ujian itu akan membentuk diri kita samada semakin baik atau tidak.
Seorang sahabat mengingatkan saya bila saya kata saya inginkan diri saya yang suatu ketika dahulu. Dengan ikhlas dia pesan, kalau nak saya yang dahulu jangan hadkan kesabaran.
Seorang sahabat mengingatkan saya jika tidak kerana masa lalu kita tidak akan berada disini.
Sangat bersyukurnya saya dikelilingi sahabat-sahabat yang ikhlas. Sahabat yang berkata benar walaupun pahit kerana perasaan sayang kat kita tanpa mengharapkan balasan. Semoga Allah memberkati kamu sahabat.
#taksukakawanyangpujiwalaupunkitasalah
#kawanosembawakesyurga
#agenpengubahygbaik
#Hijrah1436
No comments:
Post a Comment