selepas naik gunung dengan keretapi klasik tu …petang kami pergi ke tepi tasik Padarn. Tasik ni kat Llanberis juga, memang sangat cantik…
Padarn Lakeside
Selepas berehat sebentar di tepi tasik kami keluar dr Llanberis terus ke Caernarfon untuk melihat castle yang tak sempat kami pergi masa hari pertama…
Caernarfon castle
Dah puas bergambar kami singgah di Morrison beli ikan untuk makan malam.
Hari terakhir…
Rasa taknak balik jer…macam nak tidur semalam lagi, tapi apa kan daya kena balik juga. Selepas berkemas-kemas dalam pukul 10.30 pagi, destinasi kami adalah bawa Jannah main roller coaster..setiap malam asyik tanya bila dan bila..
Akhirnya tak sampai lima minit kami sampai. Kedatangan kami disambut dengan si bunny yang comel ni..
Kemudian benda pertama yang kami cari ialah green dragon…Jannah paling suka dan naik lagi…tapi ayahnya yang taknak...:)
Luas juga park ni..lepas satu satu...aktiviti seterusnya..
lompat tinggi-tingi sampi pucuk atap..bila besar nanti pandai baca kitab…
dalam hutan ni pun boleh dayung sampan..
sungguh-sungguh bapak dan anak ni mendayung..
Lompat dah dayung pun dah…lepas ni kita belajar memanah pula. Dalam hidup saya ada tiga benda yang saya nak cuba iaitu berenang, memanah dan menunggang kuda. Belajar berenang dah. Kali ni saya berpeluang pula belajar memanah. Mula-mula saya sorang jer yang nak cuba,selepas tu Jannah pun nak cuba sama. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar kerabat robin hood tu ,percubaan pertama saya tidak tersasar, panah masih mengena didalam lingkaran sasaran cuma belum dapat yang tengah-tengah. Apa yang boleh saya cakap memanah memerlukan ketenangan dan fokus.
Selepas memanah..masa ni pula nak tengok skill jannah memandu..
good job Jannah…
Selepas ber adventure..dalam pukul 1.00 petang kami mulakan perjalanan pulang. Sebelum tu kami singgah di Bangor cari masjid. Berpusing-pusing juga kami di bandar kecil Bangor cari masjid…tomtom bagi tahu dah sampai. Akhirnya kami telefon penjaga masjid tu. Sesiapa yang melalui bangor bolehlah solat di Bangor Islamic Centre.
Selepas solat cik abang tanya saya nak pergi mana…saya pun terfikir Menai Bridge..dah dekat ni..
Kami pun melintasi Menai Bridge…dan dihujung Menai Bridge kami nampak welcome to Isle of Anglesey..
“ooh kita dah sampai Anglesey lah bang” kata saya dengan tersenyum lebar.
“pandai ehh” kata suami.
“apa lagi bang alang-alang dah sampai ni jom kita gi jenjalan cni” sambil cari-cari map Anglesey, tak jumpa pula tu dalam beg mana tahu ada. Tapi baru teringat saya dah tinggalkan kat caravan sebba tak rancang pun nak masuk Anglesey.
“Ok takper kita ikut papan tanda..Beaumaris Castle” kata suami memberi cadangan.
Saya okkan jer. Dalam perjalanan pemandangan lagi cantik. Diseberang laut masih nampak gahnya gunung snowdon. Akhirnya kami sampai di Beaumaris…
SubhanaAllah..memang sangat cantik..laut biru berlatarbelakangkan gunung..
Rasa tak puas mata menatap lukisan alam di Beaumaris, namun masa tetap cemburu dengan kami. Kami terpaksa bertolak pulang sebelum hari gelap.
Snowdonia ..kami akan kembali
2 comments:
dah lama tak bukak blog. bnyk cerita kawan-kawan.
alhamdulillah..hari ketiga yati kat snowdon cuaca cerah. but tak sangka lak ...snowdon tu dilitupi salji. ingat dah tak der sbb time kami pergi hari tu..mmg clear! unpredictable.
mmg tak puas gi snowdonia. kalo leh nak gi lagik...tp ntah bila. mcm tak sempat jer...
tulah su alhamdulillah hari ke3 ceria..tp tulah masa naik tu kami takleh kuar just amik gambar dr dalam train...tu yg tak puas.
btul su rasa nak pegi lg..tp nak round2 anglesey plak. tp mcm su entah bila...
iA su ada masa lagi nak jjln.
su selamat berehat di ma'sia yer..:)
Post a Comment