Cuti easter kali ini, kami rancang nak pergi Snowdonia. Perancangan dibuat awal sebulan . Kami akan tidur di Plas Gwyn Holiday Park selama 3 hari 2 malam.
1 April 2010, sabtu
Tabiat baru bila duduk uk ni, selalu jer tengok weather forecast sebelum plan nak buat apa..malah nak sidai baju esok hari pun nak tengok weather forecast, beza di malaysia tak ambil peduli pun macam mana cuaca esok, buat apa sahaja aktiviti yang dirancang, esok apa-apa berlaku bersedia. Mungkin cuaca disini cepat berubah , boleh jadi satu hari boleh ada 4 musim..:). Hari Khamis tengok weather forecast di north wales, Jumaat dan Sabtu hujan, cuma Ahad sahaja cerah. Awal-awal suami dah pesan mungkin jalan-jalan kali ni batal sebab weather forecast. Dalam hati rasa sedih juga, dan persiapan pun 50-50, tapi jauh disudut hati Allah yang tentukan cuaca esok, itu cuma ramalan. Tapi memandangkan yang memandu tak beri harapan saya pun dah takder semangat.
Namun kepercayaan apa yang saya rasa..pagi-pagi Jumaat saya tanya lagi samada pergi atau tidak?
Pagi-pagi tulah saya kemas-kemas baju dan sediakan makanan untuk 3 hari dua malam. Saya perap ayam, daging dan kambing, masak nasi lemak dan sambal tumis. Saya bawa 6 pot beras dan tepung yang siap uli dan inti untuk buat karipap disana..:) Pagi-pagi tu apa yang saya fikir saya terus capai masuk dalam beg plastik.
Jumaat, 2 April 11 pagi,
Kami bertolak dari Sheffield lebih kurang pukul 11 pagi. Jika ikut nasihat suria ikut jalan snowdonia national park, pemandangan gunung ganang cantik. Tapi memandangkan cuaca hari Jumaat tu pun mendung kami ikut sahaja jalan tepi laut, sheffield-manchester-chester-conwy-bangor-caernarfon-llanberis. Perjalanan mengambil masa 3 jam.
Akhirnya dalam pukul 2.30 petang kami sampai di Llanberis. Hujan rintik-rintik. Dari jauh gunung snowdon sayup sayup diselaputi putih salji. Dalam hati masih berharap cuaca esok cerah.
Akhirnya kami sampai ke destinasi pertama kami untuk bermalam. Nak cari tempat ni tak susah dan tidak terlalu ceruk kampung, lain masa kami pergi camping pembrookshire tahun lepas. Tempat ni memang strategik dan comel. Setelah solat, masing-masing dah terasa lapar, suami pun terus berbbq, kerana jika tunggu malam takut hujan. Seronok Jannah menemani ayah dia mengipas. Setelah mengisi perut yang kosong, dalam pukul 4 petang kami keluar ke Llanberis. Semua tempat yang menarik tertumpu di Llanberis seperti Padarn Lakeside dan Snowdon Mountain Railway. Perjalanan dalam 10 minit sahaja. Petang tu hanya ronda-ronda dalam kereta sebab awan semakin gelap dan hujan gerimis. Petang tu cuma nak tahu tempat untuk dituju esok.
Setelah menuju ke Llanberis, kami menuju ke Caernarfon. Perjalanan mengambil masa 15 minit. Kami pusing-pusing disekitar bandar Caernarfon dan berhenti di Doc Victoria.
Tengah-tengah syok ambil gambar bateri kamera habis. Cuaca pun tak mengizinkan untuk pusing-pusing di Caernarfon castle. Namun bila masuk sahaja dalam kereta dan cuba menghidupkan Sat Nav. Gamin…hang, Disinilah canggih mana ciptaan manusia pasti ada kurang. Akhirnya terpaksa menggunakan sat nav yang ori…daya ingatan dan sign board. Disebabkan Caernarfon dan Llanberis tidak jauh akhirnya kami sampai ke caravan walaupun 1001 kerisauan suami kerana penunjuk jalan utama telah tiada….
Hari pertama betul-betul menguji kesabaran saya dan mood saya. Rasa macam dah hilang mood….
Malam tu hujan turun dengan lebat dan terasa sejuk juga didalam caravan. Kami tarik tilam dan tidur di ruang tamu. Sebelum tidur Jannah tanya saya
‘’what we can do tomorrow mama?’’Persoalan Jannah seolah-olah esok akan hujan, dan dia rasa bimbang dia akan rasa bosan hanya duduk di caravan. “InsyaAllah tomorrow we will going to climb up the mountain by train” dalam mas ayang sama ,hati saya juga mengharapkan esok akan cerah.
3 April 2010, Sabtu.
Jannah buka langsir…alhamdulillah cuaca terang diluar. InsyaAllah rancangan untuk naik keretapi ke puncak snowdon tercapai. Setelah saya masak nasi goreng dengan berencahkan bawang dan sambal tumis nasi lemak kami pun bertolak ke Llanberis dalam pukul 10 pagi. Pagi tu orang tidak ramai mungkin sebab ramalan cuaca katakan hujan. Saya terus beratur dan beli 3 tiket. Sepatutnya perjalanan kami dari Llanberis station-Hebron-Halfway-Rocky Valley-Clogwyn Station-Summit.Namun orang yang jual tu kata perjalanan hari ni tak sampai Summit, puncak snowdonia sebab salji penuh, kami hanya sampai stesyen terakhir sebelum sampai ke puncak iaitu hanya sampai di Clogwyn Station.
Pukul 11.30 pagi bermulalah perjalanan mendaki gunung dengan keretapi. Penumpang semua dapat tempat duduk dan selesa, tidak berhimpit-himpit. Dalam perjalanan terfikir macam mana orang putih ni boleh buat jalan keretapi dilereng gunung ni sejak 1869...?
Dalam perjalanan lebih kurang dua jam saya sempat mengambil gambar dari dalam train sahaja. Hari tu penumpang tidak dibenarkan keluar…terkilan juga rasa dihati namun keselamatan lebih utama.
Keindahan ciptaan Allah,SubhanAllah memang cantik dan gahnya banjaran gunung ni berdiri diatas bumi Wales. Namun begitulah juga lebih Maha Hebat penciptanya.
Didalam saya sibuk mengambil gambar, Jannah mengeluarkan buku notanya dan cuba mencari posisi yang sesuai untuk menulis. Akhirnya dengan beralaskan lutut Jannah menulis. InsyaAllah untuk mengetahui apa yang Jannah tulis…tunggu! Jannah akan menulis semula apa yang ditulis didalam buku notanya kedalam blog notakecil-ini…:)
Selepas rasa pening-pening naik keretapi gunung ni…kami pulang semula ke caravan untuk solat dan makan tengahari. Perjalanan seterusnya saya akan sambung….
No comments:
Post a Comment