Monday, 8 December 2008

Eid Adha 2008

Eid Adha-erti sebuah pengorbanan.
Semasa baca Quran surah As-Saffat,hati begitu tersentuh dan ohh..
diri ini begitu takjub dengan dengan mutiara ayat-ayat quran yang terkandung di dalam surah As-Saffat. Ayat-ayat nya ringkas dan dalam satu surah pelbagai episod cerita yang ada yang Allah ceritakan kepada kita. Cerita tentang syaitan yang sentiasa mencuri-curi dengar pembicaraan malaikat, sifat orang musyrik yang sentiasa memperolok-olokkan tanda kebesaran Allah dan mengatakan semuanya sihir,nikmat syurga dan azab neraka dan kisah beberapa para nabi.

Di dalam surah ini Allah menceritakan tentang kisah Nabi Nuh ayat ke 75-82. Kemudian Allah menceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim iaitu bermula ayat 84- 99 dan ayat yang sangat berkaitan sempena eid Adha adalah ayat 101-103, bermula nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail dan bermulalah dialog antara bapa dan anak pada ayat 102:
Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, Ibrahim berkata,"Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia Ismail menjawab,"Wahai ayahku! lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu;insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar".Kemudian Allah menceritakan kisah nabi Ishak, nabi Musa dan Harun, nabi Ilyas,nabi Lut, dan nabi Yunus.
Dan tiga ayat terakhir yang selalu kita baca pada pengakhiran setiap doa, iaitu 180-182 yang bermaksud:
Mahasuci Tuhanmu, Tuhan Yang Mahaperkasa dari sifat yang mereka katakan. Dan selamat sejahtera para rasul dan Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.
Setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah. Syurga menagih pengorbanan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...