Assalamualaikum wrt,
Komputer anak perempuan kesayangan saya rosak...bila on tak masuk windows...hanya ada skrin gelap..
"mama my computer is not working.."
dalam hati, habislah mesti saya punya komputer akan jadi mangsa...nanti mesti dia kacau...
memang betul sangkaan saya, bila komputer dia rosak..apa lagi komputer saya lah akan dipinjamnya. Saya mengalah dan bagi dia pinjam.
Dengan ilmu komputer yang tidak seberapa ni saya pun godek-godek lah komputer dia..apa masalah komputer dia ni...
bila saya tengok..ada masalah dengan windows dan kena `repair.` Saya pun ambil lah windows xp dan nak install...alamak takleh reboot..ermm..kenalah pergi kat BIOS SETUp..bila nak tukar setting tak boleh...sebab ada password...lo apa plaklah password dia ni..maklumlah komputer ni beli 2nd hand dari kedai pakistan...
disebabkan perangai saya yang memang tak boleh jumpa masalah..esp. masalah komputer mesti nak settlekan jugak...apa lagi carilah kat mr GOOgle..macam mana nak reset password. Bila baca2 kena cabut salah satu jumper RESET PASSWORD kat motherboard...
ok..apalagi mulalah aktiviti membuka casing cpu..
tiba-tiba timbul plak masalah lain...macam mana plak nak bukak cpu ni..bukan apa biasa saya bukacasing cpu senang jer...ada skru dan bukak kiri kanan casing..
yang ni lain macam plak..ermm..ni DELL mesti lain..
sekali lagi cakap kat jannah..."jap jannah mama nak cari something..jap je ok.."
jari jemari menaip kat mr Google..macam mana nak bukak casing DELL..alhamdulillah jumpa.
Akhirnya cuba punya cuba dalam 20 minit sebab nyer manual takder gambar...payah juga saya nak menggambarkan macam mana, akhirnya berjaya dan macam nilah rupanya...
macam buka buku.
Setelah reset password...dapatlah saya tukar setting BIOS dan dapatlah saya install windows. Alhamdulillah pc jannah dah ok.
Bila cakap ngan ayah dia..jannah punya pc dah ok..
dia balas.."abang tahu..mama kan technician..".Lepas tu dia gelak.. Sabar jerlah..
Tapi itulah saya, masa saya praktikal dulu lagi..saya memang suka bab-bab teknikal ni...asyik godek komputer jer..supervisor pelik..sebab dia kata jarang student perempuan suka benda-benda ni....saya senyum jer..dah nama budak sains komputer..:D,kenalah tahu.
Kesannnya.. kerana minat saya ni, bukan sajer jadi house wife sayalah juga technician komputer di rumah.:D.
1 comment:
hehehe... alang, how to connect router, modem, fast enthernet switch, computer a and b?
Post a Comment