Thursday, 9 April 2009

Nota Kecil Untuk Sahabat


Kedatangan saya dibumi Sheffield akan meninggalkan satu kenangan yang sangat bermakna . Disini Allah mengizinkan saya merasai semula pertautan yang kuat yang telah sekian lama saya merinduinya. Syukur pada Allah dibumi Shefield ini saya merasainya kembali.

Disini saya diperkenalkan dan dibawa kedalam usrah oleh seorang sahabat. Pada awal perkenalan, dia selalu mengajak saya dan suami makan-makan dirumahnya..lauk yang dia hidangkan yang masih saya ingat adalah ayam masak lemak cili api dan sedikit kuih bakar, kebetulan kami memang menggemarinya. Maka bermulalah serba sedikit saya mengenali dia dan dia mengenali saya. Kami sebaya tetapi dia lebih senior didalam tarbiyyah dan dakwah.

Masih tercatat didalam diari lama yang masih saya simpan, didalam ruangan kalendar 19 Novembar 2007 tercatat tulisan saya iaitu 1st time usrah. Dan apabila saya selak helaian seterusnya tercatat nota saya yang pertama..

19/11
usrah
Huraian Surah Al Furqan ayat 63-77
Ciri-ciri seorang Hamba Allah
1. berjalan diatas bumi dengan rendah hati
2.Apabila orang-orang jahiliyyah menyapa mengucapkan kata-kata yang baik
3. Malam hari bersujud dan berdiri untuk Allah
.
.
16. Bersabar


Sejak dari itu dialah naqibah saya yang mendidik dan membentuk saya kearah yang lebih baik . Personaliti ..dia seorang yang garang dan sentiasa bersemangat didalam usrah dan tidak pernah jemu-jemu menasihati anak-anak usrahnya tentang tarbiyyah dan dakwah.

"sokmo saya yang telefon awak..awak ni..tapi awak takder kredit takperlah.." itulah kata-kata dia apabila ada perkara yang dia risaukan dan perlu berbincang dengan saya. Dia tidak pernah jemu mengingatkan saya jika ada perkara yang saya terlepas pandang. Terima kasih sahabatku.

Hakikat sebuah persahabatan tidak semuanya indah belaka..pastinya ada terkecil hati atau terkasar bahasa, namun sikap berlapang dada dan bermaaf-maafan dan berfikir setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan membuatkan persahabatan kami terus kekal abadi.



gambar ni mak naqibah bagi:), salah satu kesukaannya berkreatif dengan gambar ;)

Semalam yang bertarikh 8 April 2009 adalah hari terakhir dan bermakna selama 1 tahun 5 bulan dia menjadi naqibah saya...sayu rasa dihati anak-anak usrahnya.
Pengisian yang terakhir daripadanya adalah tentang Hadith ke 18 iaitu Taqwa dan Berakhlak Mulia. Dan diakhir pertemuan saya semalam dia memberi sedikit pesanan

"Saya harap awak semua lebih baik daripada saya."

"Jika kita berjauhan dan bila dah balik Malaysia nanti selalulah contact antara satu sama lain..jangan biarkan sahabat kita leka, hanyut dan jauh dari tarbiyyah dan dakwah."

"Saya sayang kamu semua kerana Allah." kata-kata terakhir dia kepada kami.

Syahdunya rasa dihati saya dan kemudian dia keluarkan satu persatu hadiah dari begnya yang saya fikir setiap hadiah adalah mengikut personaliti dan minat anak-anak usrah dia. Dan ini adalah hadiah yang saya terima..sebuah nota kecil:)

hadiah terakhir

Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupa, iaitu dalam satu majlis tukar-tukar hadiah..setiap kami dikehendaki mencabut nama..dan bila tiba giliran saya...saya telah mendapat nama naqibah saya..Dan tanpa diduga bila tiba giliran dia untuk mencabut nama...dia telah mencabut nama saya..:)
Ada seorang kakak cakap kami berdua macam ada chemistery..:)

Jazakallahu khairan kasira dan uhibbukifillah sahabatku, semoga kita bersama teguh dijalan ini.

Sang Murabbi

2 comments:

ana muslim said...

assalamualaikum yati,

Syahdunya membaca notakecil ini...mungkin namanya nota kecil, tapi amat besar maknanya buat insan yg kerdil ini...tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...

Moga terus tsabat di jalan ini..dan nasihat-nasihatlah sahabatmu ini jika tersalah atau terlalai..

Jazakillahu khayran dear ukthti...

mamajannah said...

wa'salam,
pada Allah sahaja yang tahu isi hati saya untukmu sahabat.

Barakallahu feek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...