Sejak sebulan dua ini saya sangat berminat untuk belajar berenang. Kebetulan di Sheffield ada satu kolam renang yang berdekatan iaitu di Upperthope dalam 15 minit dari rumah saya. Istimewanya kolam renang disini ia menyediakan sesi untuk wanita dan kanak-kanak sahaja dan ia tertutup. Dan saya ,mengambil peluang ini untuk bermain-main air bersama jannah..:) sebelum kami pandai berenang. Buat masa ni nak latih jannah supaya tidak takut dengan air.
Minggu lepas saya telah mengajak anak-anak usrah saya untuk pergi berenang bersama-sama kebetulan cuti sekolah selama dua minggu. Biasanya saya hanya pergi dengan Jannah sahaja, tetapi niat ingin berkongsi membuatkan saya mengajak anak-anak usrah saya dan beberapa kawan yang lain. Pagi-pagi kami telah berkumpul sebabnya sesi tu bermula dari pukul 9.15 pagi hingga 10.15 pagi. Semasa menunggu tu ada seorang anak usrah saya bertanya,
"Yati, suami saya tanya..takder hari lain ker nak pergi swimming?"
"Kenapa ? " Saya cuba mendapatkan kepastian apa yang mengelirukan dia.
"Takderlah suami saya kata hari nikan hari jumaat..sepatutnya untuk beribadat, ini pergi swimming" jelas kawan saya bagi pihak suaminya.
"Sebenarnya sesi ni ada hari selasa dan hari jumaat, saya pilih hari ni sebab kebetulan cuti sekolah . Kita boleh bawa anak-nak sekali" saya menjawab.
"Swimming ni bukan satu ibadat ker?" Saya cuba mengujinya. Dia hanya diam dan tersenyum.
Selepas daripada itu dari awal menaiki tram dari Attercliff ke Infirmary Road otak saya berfikir-fikir. Kenapa ada soalan yang macam ni?? Apa yang mereka maksudkan 'ibadah'?? Ibadah hanya diatas sejadah sahaja ker??
Kemudian dalam perjalanan kesana saya ditanya soalan lagi daripada anak usrah yang sama.
"Yati, swimming suit yang awak jual ni dari orang Islam kan? Suami saya kata entah-entah swimming suit yang awak jual tu bukan orang Islam yang buat, buat apa nak beli, mengkayakan orang kafir. " Terdiam saya seketika apabila mendengar soalan tersebut.
Sekali lagi suaminya telah membuatkan isterinya iaitu anak usrah saya keliru walaupun sebelum ini saya telah beritahu dia bahawa swimming suit ini daripada kawan saya yang diimport dari Malaysia dan direka oleh orang Islam sendiri sebagai alternatif untuk wanita Islam yang bukan sahaja mencapai standard swimming suit tetapi yang penting mencapai standard Allah.
"Betullah kata awak tu, memang baju ni orang Islam yang buat, " saya menyakinkan anak usrah saya. Kemudian saya balas dengan satu soalan supaya dia berfikir dan berharap suaminya juga berfikir.
"Kenapa awak pergi carboot?" soalan saya kepadanya dan dia menjawab
"Suami saya tak suka pergi carboot, " jawabnya bersahaja. Saya hanya tersenyum dan berdiam, tidak terkeluar soalan lain walaupun ada soalan nak tanya.
Semasa didalam kolam renang sehingga balik, satu hari saya berfikir, berbagai-bagai reaksi jika orang Islam ingin memulakan perniagaan, ini baru kecil sekadar import sahaja, belum lagi import eksport.
Lagi satu perkara yang saya fikir kenapa pula berenang tidak dikira sebagai satu ibadat Rasulullah s.a.w ada berpesan didalam satu hadith
"Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang." (Riwayat Thabarani)
Walaupun saya tidak mengambil pengajian Islam tetapi saya sentiasa berfikiran Islam adalah agama Allah, Allah yang telah menciptakan manusia dan dan Islam menyediakan suatu sistem kehidupan yang terbaik dan lengkap serta relevan sepanjang zaman untuk manusia.
Ajaran Islam tidak mengenal satu hari yang khusus untuk beribadat, sehingga dihari itu orang berhenti bekerja. Dalam Islam jika kita melakukan dengan bersungguh-sungguh dengan niat kerana Allah malah bangun malam menyediakan susu untuk anak juga merupakan suatu ibadah. Hari Jumaat adalah hari besar dalam Islam, tiadalah dihari itu kita berhenti melakukan sesuatu dan semata-mata duduk diatas sejadah melainkan sesudah mendengar azan dan hingga selesai solat Juma'at.
Kita hayati ayat-ayat Allah didalam surah Al Jum'ah 9-10
"Hai orang-orang yang beriman! Apabila dipanggil untuk mengerjakan sembahyang di hari Jumaat, maka segeralah kemu mengingati Allah dan tinggallah jual beli" Itu lebih baik bagi kamu, kalau kamu mengetahuinya. Dan apabila selesai mengerjakan sembahyang bertaburanlah di muka bumi dan carilah kurnia Allah (rezeki) dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu beruntung".Berenang di hari Jumaat menjadi tarbiyyah untuk saya, supaya sentiasa meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang Iman dan Kehidupan..:)
2 comments:
ironinya, masa aku mula2 dgr tentang baju renang muslimah yg dikomersilkan dtg dari Australia bukan sebuah negara Islam tp tak pastilah pereka fesyen dan pengeluarnya muslim atau tidak.
pengeluaran sijil halal pon sama, Malaysia pon bukan negara pertama kan? kita selalu tak ambil indah, mentang2 kita ni kategori 'negara islam'. tp sbnrnya bnyk makanan2 import yg tak halal. bukan tu je, hotel 5 bintang kat malaysia ni pon berapa ketulje yg ada cert halal
terima kasih awa, kita dapat lihat sekarang semua orang dah nak barang2 yang halal...maksudnya semua peniaga akan letak tanda halal..kekadang tak faham apa maksud halal tu sebenarnya.
Kekadang wa..orang non muslim dah jelas dia non muslim..kita tahu..dan kadangkala sikap dia lebih dari muslim. Tetapi yang takut adalah nampak muslim tapi dialah yang tidak suka muslim.
Post a Comment