Dalam seminggu saya akan pergi ke kelas English sebanyak dua kali dan pastinya kelas free. Kelas saya ada dalam 20 pelajar dalam lingkungan 25-35 tahun. Majoriti adalah terdiri daripada Pakistan dan Bangladesh..almaklumlah kelas saya ni di Darnall bukan di City Centre..:)
Dua hari lepas cikgu saya , iaitu Mrs Mumtaz berasal dari Pakistan tapi ada kacukan Belanda dan lama menetap di London, bertanya pelajar-pelajar apa yang kamu buat pada hujung minggu, termasuklah diri saya. Kebanyakkan menjawab duduk rumah dan shopping. Kemudian saya berkongsi dengan semua saya mengatakan yang saya menyertai perlawanan badminton antara wanita Malaysia Sheffield dan mendapat tempat ketiga. Dalam hati saya ialah bukan untuk berbangga tetapi ingin membuka minda wanita-wanita Muslim Pakistan supaya wanita Muslim juga boleh beriadah walaupun telah berkahwin...:)
Sebabnya sepanjang saya bersama-sama mereka , budaya Pakistan masih lagi menganggap wanita hanya duduk di dapur sahaja. Saya pernah berbual-bual dengan kawan satu kelas English, dah lama saya perhatikan dia..dia datang ke kelas hanya sebuah tas tangan yang kecil..dan semua nota yang bersaiz A4 dilipat dua supaya muat-muat dalam tas tangan . Saya tanya dia kenapa. Kemudian dia mulalah beri tahu dia taknak suami dia tengok dia bawa buku atau nota sebabnya suami dia tak suka..jika dia pergi kekelas suami dia tak pernah tanya dia kemana dan tanya apa dia belajar. Bila balik dia hanya sambung buat kerja rutin harian seperti biasa. Pada mulanya saya rasa pelik tetapi itulah hakikatnya.
Saya mengatakan saya bermain di Concord Sport Centre dan dianjurkan oleh masyarakat Malaysia disini. Kemudian tidak sangka cikgu saya begitu mengkagumi Malaysian"I know Malaysian here is very well organised," Saya hanya mengucapkan terima kasih dan tersenyum bangga sebagai rakyat Malaysia..:)Alhamdulillah imej yang baik.
Berbalik cerita bermain badminton..saya sebenarnya tidak pernah menyertai mana-mana perlawanan badminton sejak sekolah rendah ataupun universiti..masa belajar dulu yang pernah saya main adalah softball. Lepas tingkatan 4 hingga ke universiti tidak pernah pun menyertai mana-mana sukan..
Entah macam mana di Sheffield segala-galanya bermula..aura ingin mencuba sesuatu yang baru sangat tinggi. Itulah hikmahnya duduk di perantauan saya rasa , bila kita di luar comfort zone..kita akan lebih mengenali diri kita dan keupayaan diri yang sebenar.
Didalam usrah juga, telah mengajar saya supaya berusaha mencapai 10 ciri-ciri individu muslim..:) Salah satunya membentuk individu yang sihat tubuh badan, pastinya menjadi target saya.
Percubaan pertama saya bermain badminton dengan enam pasukan..:)
Terima hadiah daripada pengurus sukan, Kak Ayu dan partner beregu saya iaitu Suria dan juga penyokong setia kami Ayuni dan Jannah..:)
Jangan takut untuk mencuba..asalkan memberi kebaikan...:)
5 comments:
wa..tahniah..tahniah
ibu aunis..terima kasih..:)
tahniah kak yati.. bags2 bersukan.. boleh diteruskan di Malaysia nanti.. leh kita main sama-sama... :)
main sofball eh.. kenangan kenangan.. hehe
ko percaya tak aku sekrang dah pandai pegi gym hehe
tapi kan ti, walaupon lelaki2 malaysia tak adalah mcm lelaki pakistan, tapi wanita2 malaysia ni jrg mengambil kesempatan atas kelebihan ni (maksud aku bila dah berkeluarga). masing2 beri alasan sibuk! tak payah lah nak cakap pasal bersukan, atau pergi kelas bahasa, nak membaca yang tak payah bergerak tu pon tak sempat
ita..terima kasih..;) insyaAllah ita nanti kita kat Ma'sia boleh main sama..boleh ajak farah sekali..:)
awa..he3.Tulah kenangan kat STABP.
awa..itulah masa aku takder blog dulu aku suka jer baca blog ko..aku ada baca entry ko kalau tak silap ko ada ambil gambar jb dr tingkap gym..itu yang teruja aku tu ko pergi gym..:)itu yang ko dah slim tu.
btul apa ko cakap tu wa..bila aku duduk kat uk ni macam banyak jer masa..tak rushing..banyak benda boleh buat. Kebanyakkan kawan2 aku kat sini pun rasa macam tu. Semua cakap..bila balik Ma'sia sibuk...takut juga jadi kat diri aku ni...
Tapi aku rasa balik pada diri sendiri..nak ke taknak, setiap manusia Allah bagi waktu yang sama iaitu 24 jam...takder yg 30 jam..ke 48 jam sehari.Lagi satu kita kena pandai curi masa..tapi jangan curi tulang..;)
Post a Comment