Sunday 4 September 2011

di Aidilfitri 2011

Masih belum terlambat nak ucapkan salam aidilfitri mubarak kepada semua yang sudi membaca blog saya yang sgt kecil ni. Mohon maaf jika ada salah silap terkasar bahasa yang buat rasa tak senang hati.

Syukur kepada Allah s.w.t diatas nikmat merasa kemanisan silaturrahim terutama antara ahli keluarga yang sangat saya rindui. Ditentukan olehNya tahun saya ni saya beraya tanpa suami disisi kerana dia ada tugas yang perlu diselesaikan di uk. Sedih tapi dalam masa yang sama gembira. Saya dapat meluangkan masa yang lama bersama ayah dan mak, adik beradik dan anak-anak buah yang ceria di kampung. Bayangkan setelah 4 tahun tak bersua muka dan kali ini dapat berkumpul dan berkongsi rasa dan cerita, memang masa yang sangat berharga. Jazakumullahu khairan katheera kepada ayah yang banyak berkorban dan mendidik kami yang kekadang buat ayah menitis air mata, semoga segala jasa ayah Allah membalas dengan syurga. Ayah membuatkan kami sangat berdikari dan berani dalam meniti kehidupan, mungkin ayah bekas tentera tu sebab kami macam ayah :) Ayah tak banyak cakap tapi kami dapat rasa ayah tahu apa yang kami rasa...ingat kami dalam doa ayah yer. Sayang ayah sangat...

Hidup ini sentiasa berpusing dan masa kan berlalu. Bersabar dan sentiasa buat baik dengan ibu bapa walau apa pun keadaan insyaAllah ada sinar dihujung sana.




3 comments:

jannah said...

ini bila jannah dgn mama raya rumah atok jannah bes dapat makan banyak kuih raya

anon suria said...

selamat ari raya yati. walau lokman tiada di sisi raya pertama..tapi dia bawak balik hadiah paling best- phd! tahniah dan alhamdulillah. doakan kami yer...

mamajannah said...

selamat hari raya pada su juga dan mohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan dan hak2 yg tak tertunai sbg sahabat,alhamdulillah atas kurniaan Allah su, bukan senang nak senangkan..InsyaAllah hadiah tu pun akan su miliki saya doakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...