Tuesday, 26 April 2011

tazkirah untuk tuan rumah dan tetamu

Rasa nak kongsi sesuatu yang saya rasa menarik sebagai peringatan. Adab kita jika kita menjadi tuan rumah dan adab kita sebagai tetamu. Mungkin perkara ini biasa dan mungkin juga kita terlupa.

Perkara ni disebut dalam Hadith ke -15 iaitu Memelihara Ucapan, Hak Tetamu dan Jiran, daripada buku Syarah 40 hadith Imam Nawawi.

Hadith yang bermaksud

" Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Baragsiapa beriman dengan Allah dan akhirat maka hendaklah berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak hendaklah berdiam sahaja. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Dalam huraian hadith ni perkara memuliakan tetamu adalah perkara yang terakhir dihuraikan manakala dua perkara pertama ialah berkata dengan baik jika tidak lebih baik diam dan memuliakan jiran. Semuanya saling berkait dan penting dalam kesempurnaan Islam sebagai cara hidup.

Kita tahu tetamu kena diutamakan dan dimuliakan. InsyaAllah selepas ini kita tahu daripada mana sumber amalan ini dan bagaimana cara sebaiknya yang diajari oleh Rasulullah SAW.


Peringatan yang pertama jika ada orang nak datang ziarah, apa perkara yang perlu kita buat sebagai tuan rumah ni ?

1. Hendaklah kita melayan tetamu dengan wajah yang ceria dan berkata-kata dengan perkara yang baik-baik dengan tetamunya.

walaupun penat cuba senyum dan ceria,insyaAllah mujahadah pasti diberi ganjaran Allah swt.

2. Hendaklah kita bersegera menyediakan makanan dan minuman dan apa sahaja yang ada dirumah.

Cepat-cepat hidangkan air jangan sampai berborak dah dekat 1 jam tapi air tak keluar-keluar, tetamu nak minta mestilah segankan.

Seterusnya sangat penting kita ingat dan buat,


3. Hendaklah kita menambahkan menu untuk tetamu kita lebih dari kebiasaan yang disediakan untuk ahli keluarga untuk selama sehari semalam.

Dalam dua hari berikutnya hendaklah kita menjamu tetamu dengan makanan biasa yang kita hidangkan untuk ahli keluarga tanpa merasa bebanan atau kemudaratan keatas mereka.

Telah diriwayatkan oleh Muslim dari sabda Rasuluullah SAW yang bermaksud:" Melayanlah tetamu itu adalah selama tiga hari dan sehari semalam hendaklah dilayan dengan seistimewa-mewanya, maka apa sahaja yang selain dari itu maka ia adalah sedekah baginya."

Sebagai tuan rumah cuba sedaya upaya untuk menghidangkan menu yang luar biasa dan lebih dari kebiasaan tidak kiralah samada kita beli atau masak sendiri, yang penting tetamu kena dilayan seperti vip pada hari pertama dan hari seterusnya apa yang biasa kita makan seharian dan ia adalah sedekah untuk tetamu itu. Janganlah terperanjat jika hari kedua tuan rumah hidang ikan goreng dengan sayur sebab mungkin itu adalah makanan biasa baginya.

Itu jika kita menjadi tuan rumah ,manakala adab kita sekiranya menjadi tetamu pula macam mana?

Jangan susahkan atau menyulitkan tuan rumah dengan tinggal dirumahnya melebihi tiga hari atau tinggal dirumahnya sedangkan tahu bahawa tuan rumah tidak mempunyai apa-apa untuk menghidangkannya.

Telah diriwayatkan oleh Muslim daripada hadith Abu Syuraih r.a. yang bermaksud :" Tidak halal ke atas seorang lelaki muslim untuk tinggal di sisi saudaranya sehingga menyebabkan saudaranya berdosa." Para sahabat bertanya :"Ya Rasulullah ! Bagaimanakah yang menyebabkan saudaranya berdosa?" Sabda Rasulullah SAW : "Beliau tinggal di sisi saudaranya sedangkan saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa untuk menjamunya."

Dalam buku ni kata jika keadaan ini berlaku si tuan rumah boleh meminta saudaranya itu berpindah dari rumahnya,khususnya selepas dari tiga hari menunaikan kewajibannya.

Jadinya kita kenalah faham tentang keadaan tuan rumah walaupun tetamu kena dimuliakan tetapi ingat hanya tiga hari...

Dedulu dan sampai sekarang mak selalu pesan bawa buah tangan bila datang rumah orang , sebelum baca hadith ni selalu ingat biasalah orang melayu kaya dengan adab sopan budi bahasa , tapi bila baca huraian hadith ni lagi lebih faham..jika kita bawak buah tangan kita dapat elakkan tuan rumah daripada dapat dosa..manalah tahu masa kita datang tu betul-betul takder makanan yang istimewa sekurang-kurangnya tuan rumah boleh hidangkan buah tangan yang kita bawa. Dan janganlah pula bila tuan rumah keluarkan apa yang kita bawa, bila balik kita mengata apalah dia keluarkan itu atau ini jer...atau kita beli untuk dia dia keluarkan balik untuk kita. Jangan sampai ziarah kita menjadi modal untuk mengumpat,nauzubillah.

Dan sebagai tuan rumah pula perlu bersedia lebih awal untuk memberi yang paling istimewa untuk hari pertama kepada tetamu. Dan tetamu lebih manis beritahu awal untuk datang agar kedua-duanya mendapat ganjaran rahmat dan kasih sayang Allah.

Sekiranya setiap kita mengamalkan apa yang Rasulullah pesan dalam hadith bukan kerana budaya insyaAllah kita akan lebih beriltizam untuk melakukannya dengan sebaik mungkin dan tidak timbul hasad dengki dan sebagainya.

Islam cara hidup kita.



6 comments:

anon suria said...

oh..betul lah dituntut bagi makanan yang istimewa buat tetamu lain dari kebiasaanyer..selagi tidak membebankan. ish..su ni selalu nak pikir ckp org..buat apa nak hidang istimewa..biasa-biasa dahlah. thanks sharing this. lebih rasa yakin nak hidangkan mknn buat tetamu..tetamu gembira kita pun happy. tetamu kan bawa berkat kat rumah..;p

anon suria said...

oh lagik satukan..su suka hidangkan terus mknn yang tetamu bawa. makan bersama-sama ngan tetamu. su rasa tetamu lg happy..mknnnya dihargai. tapi tak tahulah pandangan org lain mcm mana...

mamajannah said...

tu yg bila baca terus rasa nak share ilmu ni..masa sy kecik2 selalu kena tegur ngan mak.. byk pantang larang..air basuh tangan mana? sapu tangan mana? cawan beralas..angkat cawan dgn kuih guna dulang..yg saya angkat satu2...jgn letak periuk2 terus atas meja hidang..ermm mcm2 lah. Tapi tak paham rasa buat mcm terpaksa..tp bila tahu hadith ni insyaAllah hepi nak buat supaya lyn tetamu sehabis baik...:)

mamajannah said...

sy pun ok jer klu org kuarkan apa yg sy bawa dan makan sama2..at least sy tak susahkan tuan rumah :)

Unknown said...

tie,, thanks for sharing this... aku suka baca posting ni. buat aku suka memmasak macam2 kalau orang datang...

yan

mamajannah said...

alhamdulillah,
best mcm ni nak dtg rumah ko yan..:) insyaAllah yan kita tak dpt pergi perang kita berperang didapurlah yer..lillahi ta'ala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...