Tuesday, 27 April 2010

kedekutkah kita ?

Sabtu lepas saya sempat menghadiri Sesi dan Charity Dinner Misi Kasih Palestin.

Antara ucapan yang terkesan dihati saya adalah ucapan daripada Pengarah PACE.

Sekiranya rakyat Palestine bersedia menjadi saff dihadapan untuk mempertahankan tanah suci Islam, siapakah yang akan menjadi saff dibelakang jika tidak diri kita. Adakan kita masih boleh bergelak ketawa dan masih tidak peduli jika sekarang pihak musuh sedang cuba merobohkan Al Aqsa dan menggantikannya dengan kuil-kuil mereka. Apa yang akan kita jawab dihadapan Allah kelak?

Adakah hanya dengan malam ini sahaja sumbangan yang kita berikan untuk Palestin??? Berilah bantuan berterusan dengan rezeki gaji yang diperolehi untuk peruntukan menyara dan mengambil anak angkat Palestine yang suatu hari nanti akan menjadi mujahid. Sekiranya kita tidak mampu berjihad insyaAllah saham anak-anak mujahid ini akan kita perolehi di akhirat kelak

Sesuatu yang saya terfikir dan muhasabah untuk diri sendiri juga. Beruntungnya rakyat Palestine Allah memilih mereka untuk mempertahankan tanah suci Islam lebih daripada nyawa mereka. Tidakkah kita rasa malu jika kita hanya sibuk dengan urusan seharian, hanya berada didalam zon selesa, kita tidak peduli saudara-saudara Islam yang memerlukan kita. Berkirakah kita untuk mengeluarkan wang untuk menderma dan dan masa untuk menghadiri dan merancang program-program kesedaran Palestine ini.

Kadangkala kita selalu berkira masa untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang memberi kita sentuhan, peringatan dan kefahaman tentang Islam, lebih-lebih lagi jika ia dihujung minggu. Kadangkala ia hanya seminggu sekali atau sebulan sekali….tetapi itulah kita seolah-olah telah habis masa kita untuk bersama keluarga,bershopping kita dan berehat kita. Kita lupa detik nafas dan masa adalah pemberian Allah. Seolah-olah masa itu adalah milik kita 100%. Kedekutnya kita….kita tidak mahu keluar dari zon selesa. Bayangkan mereka di Palestine adakah sempat untuk mereka memikirkan itu semua yang ada hanya masa untuk syahid.

Benarlah sebagaimana Allah berfirman didalam surah Al Asr “Demi Masa Sesungguhnya manusia didalam kerugian…”


Kenangan manis di Charity Dinner Misi Kasih Palestine anjuran MSM Sheffield 2010.



charity dinner mkp

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Thursday, 22 April 2010

jadilah golongan yang sedikit...

Semoga kita banyakkan kesyukuran keatas Allah s.w.t diatas nikmat yang banyak dan tidak terhingga. Janganlah biarkan hati dipenuhi dengan perasaan sedih, kecewa dan tidak puashati semata-mata kerana nikmat yang tidak diperolehi. Hiduplah dengan nafas yang tenang dan sentiasa berbaik sangka , itulah yang terbaik yang telah Allah tetapkan untuk kita.

Hidup ini terlalu singkat dan penuhilah kehidupan yang sihat ini dengan sesuatu yang boleh menjadi penolong di akhirat kelak.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah...




Monday, 12 April 2010

what do you do at the caravan

inilah yg jannah sempat taip…cian tengok dia menaip guna satu jari…tu yg tak abis..nanti mama hantar jannah kelas menaip yer..(suka tengok cik amy menaip takyah tengok keyboard:)

“takper jannah nanti sambung k” ..

tak tahu bila dia kan sambung sebab sekarang cuti sekolah pastuu cuaca cerah ..asyik2 nak pergi rumah atiqah….main mak-maklah,hotel-hotellah,casher la…

semalam ayah dia tanya “dah besar jannah jadi doktor yer..”

jawab jannah “jannah taknak jadi doktor..jannah suka menulis doktor tak suka…”

ok..nilah tulisan dari buku nota jannah..

100_2696

____________________________________________________________

at the caravan i do some barberceu things. and then i eat and praye.at the aftnoon i go out to see the sea.it was buytifull.all the bird is well.then we got  back we put on the heater becuase it'cold in the caracan.and then we sleep in the caravan.today its'satday we was very exciting day becuase we are going on a train thats' go up a mountain. but we haft' to buy the tickit first and then we line up  and go  to the train.

Friday, 9 April 2010

Snowdonia,North Wales

selepas naik gunung dengan keretapi klasik tu …petang kami pergi ke tepi tasik Padarn. Tasik ni kat Llanberis juga, memang sangat cantik…

pictures10

Padarn Lakeside

Selepas berehat sebentar di tepi tasik kami keluar dr Llanberis terus ke Caernarfon untuk melihat castle yang tak sempat kami pergi masa hari pertama…

pictures11

Caernarfon castle

Dah puas bergambar kami singgah di Morrison beli ikan untuk makan malam.

Hari terakhir…

Rasa taknak balik jer…macam nak tidur semalam lagi, tapi apa kan daya kena balik juga. Selepas berkemas-kemas dalam pukul 10.30 pagi, destinasi kami adalah bawa Jannah main roller coaster..setiap malam asyik tanya bila dan bila..

Akhirnya tak sampai lima minit kami sampai. Kedatangan kami disambut dengan si bunny yang comel ni..

pictures12

Kemudian benda pertama yang kami cari ialah green dragon…Jannah paling suka dan naik lagi…tapi ayahnya yang taknak...:)

Downloads

Luas juga park ni..lepas satu satu...aktiviti seterusnya..

pictures15pictures13

lompat tinggi-tingi sampi pucuk atap..bila besar nanti pandai baca kitab…

pictures14

dalam hutan ni pun boleh dayung sampan..

pictures16

sungguh-sungguh bapak dan anak ni mendayung..

Lompat dah dayung pun dah…lepas ni kita belajar memanah pula. Dalam hidup saya ada tiga benda yang saya nak cuba iaitu berenang, memanah dan menunggang kuda. Belajar berenang dah. Kali ni saya berpeluang pula belajar memanah. Mula-mula saya sorang jer yang nak cuba,selepas tu Jannah pun nak cuba sama. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar kerabat robin hood tu ,percubaan pertama saya tidak tersasar, panah masih mengena didalam lingkaran sasaran cuma belum dapat yang tengah-tengah. Apa yang boleh saya cakap memanah memerlukan ketenangan dan fokus.

pictures17 fokus…

Selepas memanah..masa ni pula nak tengok skill jannah memandu..

pictures18

good job Jannah…

Selepas ber adventure..dalam pukul 1.00 petang kami mulakan perjalanan pulang. Sebelum tu kami singgah di Bangor cari masjid. Berpusing-pusing juga kami di bandar kecil Bangor cari masjid…tomtom bagi tahu dah sampai. Akhirnya kami telefon penjaga masjid tu. Sesiapa yang melalui bangor bolehlah solat di Bangor Islamic Centre.

Selepas solat cik abang tanya saya nak pergi mana…saya pun terfikir Menai Bridge..dah dekat ni..

pictures19

Kami pun melintasi Menai Bridge…dan dihujung Menai Bridge kami nampak welcome to Isle of Anglesey..

“ooh kita dah sampai Anglesey lah bang” kata saya dengan tersenyum lebar.

“pandai ehh” kata suami.

“apa lagi bang alang-alang dah sampai ni jom kita gi jenjalan cni” sambil cari-cari map Anglesey, tak jumpa pula tu dalam beg mana tahu ada. Tapi baru teringat saya dah tinggalkan kat caravan sebba tak rancang pun nak masuk Anglesey.

“Ok takper kita ikut papan tanda..Beaumaris Castle” kata suami memberi cadangan.

Saya okkan jer. Dalam perjalanan pemandangan lagi cantik. Diseberang laut masih nampak gahnya gunung snowdon. Akhirnya kami sampai di Beaumaris…

SubhanaAllah..memang sangat cantik..laut biru berlatarbelakangkan gunung..

100_2852

100_2858 pictures22

pictures21pictures20

Rasa tak puas mata menatap lukisan alam di Beaumaris, namun masa tetap cemburu dengan kami. Kami terpaksa bertolak pulang sebelum hari gelap.

Snowdonia ..kami akan kembali

pictures24

Wednesday, 7 April 2010

uSraH AuLad kami..

“Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan ” (At-Tahrim :6)

______________________________________________________

“mama nanti usrah rumah saper ” jannah bertanya.

“ibu, today is tuesday, takder usrah ke?’’ dina bertanya.

“umi usrah lagi bila? “ farhan bertanya.

Alhamdulillah usrah saya bersama-sama sahabat-sahabat yang tinggal berdekatan rumah, sekali seminggu telah menjadi agenda yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Alhamdulillah ‘usrah’ bukan menjadi perkataan asing bagi anak-anak kecil kami. Walaupun berusrah bersama anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Kami berusrah mereka bermain, gelak ketawa dan ada yang merengek malah menangis kerana tersepit pintu. Namun hati ibu yang telah alah dengan suasana begini tetap sabar dan memberi tumpuan dan berusaha untuk menghidupkan suasana usrah yang baik.

Bagi memberi anak-anak turut merasa apakah usrah yang sebenar kami berenam telah mengatur perancangan untuk anak-anak juga berusrah. Setelah membuat perbincangan didalam usrah kami setuju setiap kali cuti sekolah kami akan adakan usrah aulad. Harapan kami anak-anak ni tidaklah menghabiskan masa bermain dan menghadap komputer 24 jam, Walaupun 3 jam ada sesuatu yang mereka tahu dan mendengarnya tentang asas-asas Islam.

pictures7

buka majlis, Al-Fatihah

Semalam, adalah kali kedua kami mengadakan usrah aulad. Usrah aulad kali ni dibuat dirumah kak niza dan diketuai oleh kak aidah. Kami membuat giliran untuk sampaikan pengisian untuk anak-anak kami, akhlak, akidah, ibadah dan seerah. Cuti sekolah kali ini kami ambil topik akidah.

Jazakillah kak aidah kerana sediakan bahan yang cukup lengkap tentang rukun islam dan rukun iman serta ama’ul husna. Berebut-rebut anak-anak memilih warna kulit nota yang mereka suka.usrahaulad2

Usrah kami dimulakan dengan membaca Al-Fatihah beramai-ramai. Kemudian kak aidah terangkan rukun islam. Selepas terangkan semua rukun Islam, ibu-ibu menjadi fasi dan bahagikan kumpulan untuk sesi ujian bacaan syahadah. Susah juga anak-anak ni nak sebut bacaan arab, maklumlah lidah anak-anak kecik ini dah longhat mat saleh. Kemudian bagi mereka mudah mengingat syahadah kami buka nasyid raihan…baru laju mereka mengingat. Setelah bernasyid masa jawab soalan. Kami beri dia soalan yang mana Islam ajar dan yang mana tidak.

usrahaulad3

Kemudian kami berehat satu jam untuk solat asar dan minum petang. Setelah masing-masing kenyang dengan juadah pisang goreng dan kek coklat, sesi seterusnya adalah mengetahui rukun iman. Mereka tidak banyak bertanya kerana mereka masih belum memahami. Namun kami kami beri penekanan untuk memperkenalkan nama-nama Allah kepada mereka. Anak-anak ini begitu teruja kerana Allah ada 99 nama. Mereka bergilir-gilir menyebut 99 nama tersebut, di nota yang kak aidah beri ada bahasa melayu dan berusahalah mereka untuk menyebutnya dan tekun menulis nombor disetiap nama sampai ada yang tersalah-salah nombor maklumlah 1-99….comel tengok gelagat anak-anak ni .

usrahaulad4 Selepas mengetahui semua nama Allah , kami sambung dengan sesi mewarna. Ada yang teliti dan ada yang asal warna sebab nak main. Setelah fasi kumpulkan kertas dan kami pilih siapa yang mewarna dengan cantik akan dilaminate. Akhirnya gembiralah bagi siapa yang buat cantik-cantik dan sedikit kesal diwajah mereka yang main-main…:)

Akhirnya kami sudahi dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.

Itulah hidup dinegara mat saleh ni yang menjadi cabaran adalah didikan agama anak-anak. Alhamdulillah dari usrah ibu telah membuahkan usrah anak. Kadang-kadang tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak oversea ni…

bila cakap bahasa melayu terpinga-pinga tak tahu apa-apa…tapi bila tukar english..OOO I Know!

Jazakumullah khairan kathira kak aidah..siap scan buku dari Malaysia, ume…banyak membantu mengawal anak-anak ni, kak niza..chef bihun goreng..:) dan tak lupa yang tidak dapat datang namun idea yang diberi..kak zu dan su serta ayuni yang berada di Malaysia..:)

Monday, 5 April 2010

jln2 uk ,snowdonia,north wales

Cuti easter kali ini, kami rancang nak pergi Snowdonia. Perancangan dibuat awal sebulan . Kami akan tidur di Plas Gwyn Holiday Park selama 3 hari 2 malam.

mappls gwyn

1 April 2010, sabtu

Tabiat baru bila duduk uk ni, selalu jer tengok weather forecast sebelum plan nak buat apa..malah nak sidai baju esok hari pun nak tengok weather forecast, beza di malaysia tak ambil peduli pun macam mana cuaca esok, buat apa sahaja aktiviti yang dirancang, esok apa-apa berlaku bersedia. Mungkin cuaca disini cepat berubah , boleh jadi satu hari boleh ada 4 musim..:). Hari Khamis tengok weather forecast di north wales, Jumaat dan Sabtu hujan, cuma Ahad sahaja cerah. Awal-awal suami dah pesan mungkin jalan-jalan kali ni batal sebab weather forecast. Dalam hati rasa sedih juga, dan persiapan pun 50-50, tapi jauh disudut hati Allah yang tentukan cuaca esok, itu cuma ramalan. Tapi memandangkan yang memandu tak beri harapan saya pun dah takder semangat.

Namun kepercayaan apa yang saya rasa..pagi-pagi Jumaat saya tanya lagi samada pergi atau tidak?

Pagi-pagi tulah saya kemas-kemas baju dan sediakan makanan untuk 3 hari dua malam. Saya perap ayam, daging dan kambing, masak nasi lemak dan sambal tumis. Saya bawa 6 pot beras dan tepung yang siap uli dan inti untuk buat karipap disana..:) Pagi-pagi tu apa yang saya fikir saya terus capai masuk dalam beg plastik.

Jumaat, 2 April 11 pagi,

Kami bertolak dari Sheffield lebih kurang pukul 11 pagi. Jika ikut nasihat suria ikut jalan snowdonia national park, pemandangan gunung ganang cantik. sheffiled-walesTapi memandangkan cuaca hari Jumaat tu pun mendung kami ikut sahaja jalan tepi laut, sheffield-manchester-chester-conwy-bangor-caernarfon-llanberis. Perjalanan mengambil masa 3 jam. wales1

Akhirnya dalam pukul 2.30 petang kami sampai di Llanberis. Hujan rintik-rintik. Dari jauh gunung snowdon sayup sayup diselaputi putih salji. Dalam hati masih berharap cuaca esok cerah.

Akhirnya kami sampai ke destinasi pertama kami untuk bermalam. Nak cari tempat ni tak susah dan tidak terlalu ceruk kampung, lain masa kami pergi camping pembrookshire tahun lepas. Tempat ni memang strategik dan comel. Setelah solat, masing-masing dah terasa lapar, suami pun terus berbbq, kerana jika tunggu malam takut hujan. bbq-hari 1Seronok Jannah menemani ayah dia mengipas. Setelah mengisi perut yang kosong, dalam pukul 4 petang kami keluar ke Llanberis. Semua tempat yang menarik tertumpu di Llanberis seperti Padarn Lakeside dan Snowdon Mountain Railway. Perjalanan dalam 10 minit sahaja. Petang tu hanya ronda-ronda dalam kereta sebab awan semakin gelap dan hujan gerimis. Petang tu cuma nak tahu tempat untuk dituju esok.

Setelah menujupictures2 ke Llanberis, kami menuju ke Caernarfon. Perjalanan mengambil masa 15 minit. Kami pusing-pusing disekitar bandar Caernarfon dan berhenti di Doc Victoria.

pictures3

Tengah-tengah syok ambil gambar bateri kamera habis. Cuaca pun tak mengizinkan untuk pusing-pusing di Caernarfon castle. Namun bila masuk sahaja dalam kereta dan cuba menghidupkan Sat Nav. Gamin…hang, Disinilah canggih mana ciptaan manusia pasti ada kurang. Akhirnya terpaksa menggunakan sat nav yang ori…daya ingatan dan sign board. Disebabkan Caernarfon dan Llanberis tidak jauh akhirnya kami sampai ke caravan walaupun 1001 kerisauan suami kerana penunjuk jalan utama telah tiada….

pictures4Hari pertama betul-betul menguji kesabaran saya dan mood saya. Rasa macam dah hilang mood….

Malam tu hujan turun dengan lebat dan terasa sejuk juga didalam caravan. Kami tarik tilam dan tidur di ruang tamu. Sebelum tidur Jannah tanya saya

‘’what we can do tomorrow mama?’’Persoalan Jannah seolah-olah esok akan hujan, dan dia rasa bimbang dia akan rasa bosan hanya duduk di caravan. “InsyaAllah tomorrow we will going to climb up the mountain by train” dalam mas ayang sama ,hati saya juga mengharapkan esok akan cerah.


3 April 2010, Sabtu.

Jannah buka langsir…alhamdulillah cuaca terang diluar. InsyaAllah rancangan untuk naik keretapi ke puncak snowdon tercapai. Setelah saya masak nasi goreng dengan berencahkan bawang dan sambal tumis nasi lemak kami pun bertolak ke Llanberis dalam pukul 10 pagi. Pagi tu orang tidak ramai mungkin sebab ramalan cuaca katakan hujan. Saya terus beratur dan beli 3 tiket. Sepatutnya perjalanan kami dari Llanberis station-Hebron-Halfway-Rocky Valley-Clogwyn Station-Summit.Namun orang yang jual tu kata perjalanan hari ni tak sampai Summit, puncak snowdonia sebab salji penuh, kami hanya sampai stesyen terakhir sebelum sampai ke puncak iaitu hanya sampai di Clogwyn Station.

Pukul 11.30 pagi bermulalah perjalanan mendaki gunung dengan keretapi. Penumpang semua dapat tempat duduk dan selesa, tidak berhimpit-himpit. Dalam perjalanan terfikir macam mana orang putih ni boleh buat jalan keretapi dilereng gunung ni sejak 1869...?

100_2675

pictures5



Dalam perjalanan lebih kurang dua jam saya sempat mengambil gambar dari dalam train sahaja. Hari tu penumpang tidak dibenarkan keluar…terkilan juga rasa dihati namun keselamatan lebih utama.

pictures6Keindahan ciptaan Allah,SubhanAllah memang cantik dan gahnya banjaran gunung ni berdiri diatas bumi Wales. Namun begitulah juga lebih Maha Hebat penciptanya.

100_2696Didalam saya sibuk mengambil gambar, Jannah mengeluarkan buku notanya dan cuba mencari posisi yang sesuai untuk menulis. Akhirnya dengan beralaskan lutut Jannah menulis. InsyaAllah untuk mengetahui apa yang Jannah tulis…tunggu! Jannah akan menulis semula apa yang ditulis didalam buku notanya kedalam blog notakecil-ini…:)

Selepas rasa pening-pening naik keretapi gunung ni…kami pulang semula ke caravan untuk solat dan makan tengahari. Perjalanan seterusnya saya akan sambung….

Live Writer

testing..testing..

percubaan pertama menulis blog menggunakan live writer windows 7..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...