Saturday 27 February 2010

keluarkan peluh...


Rasa nak naik basikal pusing-pusing hirup udara segar...pujuk-pujuk suami nak pergi Clumber Park lagipun Clumber Park tak jauh dari Sheffield di Nottingham sahaja, kurang dari satu jam naik kereta.

"Siap-siap nak pergi tak?" pertanyaan dan peluang. Apa lagi peluang jangan dilepaskan..:)

Masuk sahaja kawasan tempat letak kereta, teringat hutan reakrasi di Ayer Keroh tempat kami berjalan di waktu petang pada hujung minggu di Malaysia. Tapi bezanya suasana hutan disini tidak setebal di Malaysia lebih-lebih lagi semua pokok tidak berdaun. Cuaca yang cerah tetapi sejuk pada hari tu, membuatkan kami rasa teruja untuk beraktiviti luar bersama.

"nasib baik ada orang yang suka aktiviti macam ni jika tidak tak sampailah kita kat sini" kata suami yang cuba mengusik saya .

Mengikut tunjuk arah kami pun jumpa tempat yang dicari-cari. Bermacam-macam jenis basikal ada yang semuanya kelihatan baru, pilihlah ikut umur dan keselesaan. Kami telah menyewa dua basikal tetapi , yang satu ada tempat duduk untuk kanak-kanak. Saya naik basikal sendiri Jannah naik bersama ayahnya. Kami diberi masa dua jam dan sekeping peta. Didalam peta kami diberi tunjuk arah sama ada mengikut jalan panjang atau pendek. Kami bersepakat ikut jalan yang pendek iaitu 5 batu..maklumlah lama tak berbasikal takut lambat pula sampai kena tambah bayaran.

Kami pun mulakan ekpedisi berbasikal, Jannah kayuh basikal dibelakang ayahnya dengan penuh yakin . DI sepanjang perjalanan....ada beberapa check point,

check point 1...tepi sungai ..tengok itik-itik yang sedang menunggu di suap'




Kemudian kami teruskan berbasikal...tak sampai 10 minit berhenti lagi..duduk seketika menikmati ketenangan tasik..sebelum melalui jalan yang panjang dan berbukit..


tak sampai 5 minit berhenti lagi dibawah pokok oak.. check point 2



naper melopong tu jannah?

Ok dah siap posing...sambung lagi kayuh basikal...kali ni perjalanan mendaki sedikit..Jannah dan ayah dia dah jauh didepan...otot-otot kaki saya terasa letih...kayuhan basikal pun semakin perlahan...sesekala saya panggil cik abang supaya tunggu saya..

"ayah ....tunggu mama" Jannah yang simpati dengan mama dia..


masa ni dah pancit..kaki dah mula terasa penat..minta 5 minit berehat,

di tepi tasik berhenti lagi duduk sebentar di bangku kayu...check point 3

ada poo ker..??

sekali pandang macam terusan kat sawah bendang di Malaysia..check point 4

Align Centre
kerana sibuk mengambil gambar saya tak sedar jannah dan ayahnya telah jauh tinggalkan saya. Jangan tinggalkan saya....


mama faster...

Sebelum masuk ke hutan semula kami lalu ditepi tasik lagi..Check point 6

cuaca cerah ni bukan kami sahaja tetapi mat saleh juga tidak lepaskan peluang menikmati nikmat matahari..

Laluan terakhir, kali ni saya rasa betul-betul dah pancit....terpaksa saya berhenti seketika, Jannah dah sayup jauh didepan...Tetiba ada pula budak bermain-main dengan anjing peliharaannya, dalah hati cuak juga tengok anjing tu..semacam jer garangnya..masa lalu tepi tu cuba ngelak-ngelak bukan takut digigit sebab anjing disini jarang menggigit cuma yang risau takut dijilat...takut-takut sempat lagii seluk poket keluarkan kamera.

Jalan pulang..check point terakhir


Setelah semput-semput mengayuh basikal dan melalui semua check point yang menarik, akhirnya kami sampai tepat pada masanya. Walaupun sendi-sendi terasa longgar kami terasa berbaloi datang dan terasa ingin datang lagi tapi nak tunggu pokok-pokok tu berdaun semula supaya lebih terasa masuk hutan..;)

3 comments:

anon suria said...

masa winter pun tempat ni bukak? menarik sungguh!..tp rasa saari tak larat nak berbasikal...hu hu.

mamajannah said...

bukak jer su..tak naik basikal jalan kaki pelan2 pun ok..takyah sampai 5 batu..meti su larat lagi kan..:)

anon suria said...

su? larat? pancit lah......sakit sakit pinggang la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...