"kekadang pelik..duit zakat banyak tapi ramai lagi orang miskin, yang sedih tu bila time kuar result SPM ker STPM ker..bila ada yang dapat cemerlang barulah dapat detect budak tu miskin...itu dan ini, sebelum tu naper tak dapat tahu...??"
"kat uk ni bila kita sakit..jika tak mampu pergi hospital..ada jer health visitor datang check..siap tanya awak boleh datang hospital kalau tak boleh kami datang..ok jer"
"walaupun bayar cukai banyak kat uk ni tapi rakyatnyer rasa ..kemudahan yang kerajaan bagi...hospital free, public transport bersistem, sekolah anak-anak free...kalau ada ubat atau makanan yang special pun free.."
"Itulah jika di Malaysia sakit bertambah sakit...semakin teruk penyakitnya semakin mahal ubatnya.."
"Itulah orang putih memang dah ambil segala nilai-nilai dalam ISLAM cuma kita yang nama Islam ni jer tak pernah perasan benda ni...sibuklah nak ikut timurlah..baratlah..tapi terlupa segala-galanya kita dah ada, kita ada ISLAM sepatutnya kita lebih hebat dari mereka yang bukan Islam"
"InsyaAllah jika kita perasan..kita ni Allah pilih untuk ke UK , Allah beri kita ruang dan peluang untuk kita hidup di uk ni, baru kita celik mata, celik hati dan dapat lihat semua benda dan kita juga bertemu dalam usrah bina semula kefahaman tentang ISLAM ...semua ni juga nikmat Allah kepada kita, tidak semua orang dapat merasainya. "
"Itulahkan.. duduk di UK ni bila balik nanti kita boleh dapat dua benda samada bertambah faham tentang ISLAM atau sebaliknya, jadi semakin baik atau terikut-terikut dengan benda yang buruk"
"Jadinya tugas kita bila balik nanti...yalah kita kat sini sikit..nanti balik ni nanti realiti depan mata..yang takut anak-anak kita ni..??"
"Itu sebabnya kita sampaikan dakwah sebab kita dah faham...kefahaman tentang Islam kepada saudara mara kita..jiran-jiran , kawan-kawan pejabat, jika duduk kat taman-taman tu hidupkan surau...jangan duduk rumah baik sorang-sorang.."
"Yang paling utama...tunjukkan akhlak yang baik,sebagai contoh."
"Kita dah dengar sirah nabi Lut, Nabi Salleh, Nabi Hud, Nabi Musa, Nabi Nuh....semua kaum yang degil Allah akan turunkan azab yang pedih dan hancurkan mereka daripada atas bumi ni, kita ni umat Nabi Muhammad saw Allah tangguhkan balasannya, tapi sekarang ni jika kita sedar ada sikit-sikit dah Allah dah tunjukkan."
"yalah kat Malaysia rakyatnya kurang bimbingan."
Itulah sebahagian dialog saya dan sahabat-sahabat dalam usrah. Alhamdulillah secara tak langsung kefahaman pentingnya tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah telah sama-sama dirasai.
Alangkah ruginya kita...kita ada Islam tapi sekadar tertera didalam kad pengenalan,,tiada memberi erti apa-apa ..kosong dan tiada apa - apa makna..tak perlu kata beri kesan kat orang bukan muslim kat diri sendiri pun tidak.
Sedarkah kita ,kita adalah umat yang hebat, kita ni , Allah dah bagi sejak kita celik mata didunia lagi..terus Islam..jadinya janganglah biarkan darjat yang Allah dah bagi ni kita hancurkan dengan kejahilan diri sendiri....
Tiada formula atau gagasan yang paling hebat untuk mengecapi kejayaan bukan sahaja didunia namun diakhirat selain kembali kepada ISLAM dan bina kefahaman dengan MENGAJI DAN MENGKAJI tanpa ada batas masa dan usia. Dan jangan lupa buktikan dan serlahkan dengan AMALAN.
Semoga kita sama-sama Allah kurniakan kekuatan dan kefahaman untuk memahami agama yang suci ini...amin.
"Kamu (wahai umat Muhammad SAW) ialah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..."(Al Imran: 110)
Tokoh Islam Astronomi Al-Bīrūnī diabadikan didalam stamp di Egyptian, Soviet, Afghan and Iranian (sumber:http://www.muslimheritage.com)
Kita pernah berjaya
Kita pernah berkuasa
Memayungi 2/3 dunia
Merentasi benua
Melayar samudera
Keimanan dan juga Ketakwaan
Rahsia mereka
Capai kejayaan
No comments:
Post a Comment