Saturday, 27 February 2010

keluarkan peluh...


Rasa nak naik basikal pusing-pusing hirup udara segar...pujuk-pujuk suami nak pergi Clumber Park lagipun Clumber Park tak jauh dari Sheffield di Nottingham sahaja, kurang dari satu jam naik kereta.

"Siap-siap nak pergi tak?" pertanyaan dan peluang. Apa lagi peluang jangan dilepaskan..:)

Masuk sahaja kawasan tempat letak kereta, teringat hutan reakrasi di Ayer Keroh tempat kami berjalan di waktu petang pada hujung minggu di Malaysia. Tapi bezanya suasana hutan disini tidak setebal di Malaysia lebih-lebih lagi semua pokok tidak berdaun. Cuaca yang cerah tetapi sejuk pada hari tu, membuatkan kami rasa teruja untuk beraktiviti luar bersama.

"nasib baik ada orang yang suka aktiviti macam ni jika tidak tak sampailah kita kat sini" kata suami yang cuba mengusik saya .

Mengikut tunjuk arah kami pun jumpa tempat yang dicari-cari. Bermacam-macam jenis basikal ada yang semuanya kelihatan baru, pilihlah ikut umur dan keselesaan. Kami telah menyewa dua basikal tetapi , yang satu ada tempat duduk untuk kanak-kanak. Saya naik basikal sendiri Jannah naik bersama ayahnya. Kami diberi masa dua jam dan sekeping peta. Didalam peta kami diberi tunjuk arah sama ada mengikut jalan panjang atau pendek. Kami bersepakat ikut jalan yang pendek iaitu 5 batu..maklumlah lama tak berbasikal takut lambat pula sampai kena tambah bayaran.

Kami pun mulakan ekpedisi berbasikal, Jannah kayuh basikal dibelakang ayahnya dengan penuh yakin . DI sepanjang perjalanan....ada beberapa check point,

check point 1...tepi sungai ..tengok itik-itik yang sedang menunggu di suap'




Kemudian kami teruskan berbasikal...tak sampai 10 minit berhenti lagi..duduk seketika menikmati ketenangan tasik..sebelum melalui jalan yang panjang dan berbukit..


tak sampai 5 minit berhenti lagi dibawah pokok oak.. check point 2



naper melopong tu jannah?

Ok dah siap posing...sambung lagi kayuh basikal...kali ni perjalanan mendaki sedikit..Jannah dan ayah dia dah jauh didepan...otot-otot kaki saya terasa letih...kayuhan basikal pun semakin perlahan...sesekala saya panggil cik abang supaya tunggu saya..

"ayah ....tunggu mama" Jannah yang simpati dengan mama dia..


masa ni dah pancit..kaki dah mula terasa penat..minta 5 minit berehat,

di tepi tasik berhenti lagi duduk sebentar di bangku kayu...check point 3

ada poo ker..??

sekali pandang macam terusan kat sawah bendang di Malaysia..check point 4

Align Centre
kerana sibuk mengambil gambar saya tak sedar jannah dan ayahnya telah jauh tinggalkan saya. Jangan tinggalkan saya....


mama faster...

Sebelum masuk ke hutan semula kami lalu ditepi tasik lagi..Check point 6

cuaca cerah ni bukan kami sahaja tetapi mat saleh juga tidak lepaskan peluang menikmati nikmat matahari..

Laluan terakhir, kali ni saya rasa betul-betul dah pancit....terpaksa saya berhenti seketika, Jannah dah sayup jauh didepan...Tetiba ada pula budak bermain-main dengan anjing peliharaannya, dalah hati cuak juga tengok anjing tu..semacam jer garangnya..masa lalu tepi tu cuba ngelak-ngelak bukan takut digigit sebab anjing disini jarang menggigit cuma yang risau takut dijilat...takut-takut sempat lagii seluk poket keluarkan kamera.

Jalan pulang..check point terakhir


Setelah semput-semput mengayuh basikal dan melalui semua check point yang menarik, akhirnya kami sampai tepat pada masanya. Walaupun sendi-sendi terasa longgar kami terasa berbaloi datang dan terasa ingin datang lagi tapi nak tunggu pokok-pokok tu berdaun semula supaya lebih terasa masuk hutan..;)

Wednesday, 17 February 2010

Adakah kau lupa...

Satu hari didalam usrah bincang-bincang tentang akhlak yang sempurna daripada buku Risalah Usrah;

"kekadang pelik..duit zakat banyak tapi ramai lagi orang miskin, yang sedih tu bila time kuar result SPM ker STPM ker..bila ada yang dapat cemerlang barulah dapat detect budak tu miskin...itu dan ini, sebelum tu naper tak dapat tahu...??"

"kat uk ni bila kita sakit..jika tak mampu pergi hospital..ada jer health visitor datang check..siap tanya awak boleh datang hospital kalau tak boleh kami datang..ok jer"

"walaupun bayar cukai banyak kat uk ni tapi rakyatnyer rasa ..kemudahan yang kerajaan bagi...hospital free, public transport bersistem, sekolah anak-anak free...kalau ada ubat atau makanan yang special pun free.."

"Itulah jika di Malaysia sakit bertambah sakit...semakin teruk penyakitnya semakin mahal ubatnya.."

"Itulah orang putih memang dah ambil segala nilai-nilai dalam ISLAM cuma kita yang nama Islam ni jer tak pernah perasan benda ni...sibuklah nak ikut timurlah..baratlah..tapi terlupa segala-galanya kita dah ada, kita ada ISLAM sepatutnya kita lebih hebat dari mereka yang bukan Islam"

"InsyaAllah jika kita perasan..kita ni Allah pilih untuk ke UK , Allah beri kita ruang dan peluang untuk kita hidup di uk ni, baru kita celik mata, celik hati dan dapat lihat semua benda dan kita juga bertemu dalam usrah bina semula kefahaman tentang ISLAM ...semua ni juga nikmat Allah kepada kita, tidak semua orang dapat merasainya. "

"Itulahkan.. duduk di UK ni bila balik nanti kita boleh dapat dua benda samada bertambah faham tentang ISLAM atau sebaliknya, jadi semakin baik atau terikut-terikut dengan benda yang buruk"

"Jadinya tugas kita bila balik nanti...yalah kita kat sini sikit..nanti balik ni nanti realiti depan mata..yang takut anak-anak kita ni..??"

"Itu sebabnya kita sampaikan dakwah sebab kita dah faham...kefahaman tentang Islam kepada saudara mara kita..jiran-jiran , kawan-kawan pejabat, jika duduk kat taman-taman tu hidupkan surau...jangan duduk rumah baik sorang-sorang.."

"Yang paling utama...tunjukkan akhlak yang baik,sebagai contoh."

"Kita dah dengar sirah nabi Lut, Nabi Salleh, Nabi Hud, Nabi Musa, Nabi Nuh....semua kaum yang degil Allah akan turunkan azab yang pedih dan hancurkan mereka daripada atas bumi ni, kita ni umat Nabi Muhammad saw Allah tangguhkan balasannya, tapi sekarang ni jika kita sedar ada sikit-sikit dah Allah dah tunjukkan."

"yalah kat Malaysia rakyatnya kurang bimbingan."



Itulah sebahagian dialog saya dan sahabat-sahabat dalam usrah. Alhamdulillah secara tak langsung kefahaman pentingnya tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah telah sama-sama dirasai.

Alangkah ruginya kita...kita ada Islam tapi sekadar tertera didalam kad pengenalan,,tiada memberi erti apa-apa ..kosong dan tiada apa - apa makna..tak perlu kata beri kesan kat orang bukan muslim kat diri sendiri pun tidak.

Sedarkah kita ,kita adalah umat yang hebat, kita ni , Allah dah bagi sejak kita celik mata didunia lagi..terus Islam..jadinya janganglah biarkan darjat yang Allah dah bagi ni kita hancurkan dengan kejahilan diri sendiri....

Tiada formula atau gagasan yang paling hebat untuk mengecapi kejayaan bukan sahaja didunia namun diakhirat selain kembali kepada ISLAM dan bina kefahaman dengan MENGAJI DAN MENGKAJI tanpa ada batas masa dan usia. Dan jangan lupa buktikan dan serlahkan dengan AMALAN.

Semoga kita sama-sama Allah kurniakan kekuatan dan kefahaman untuk memahami agama yang suci ini...amin.


"Kamu (wahai umat Muhammad SAW) ialah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..."(Al Imran: 110)


Tokoh Islam Astronomi Al-Bīrūnī diabadikan didalam stamp di Egyptian, Soviet, Afghan and Iranian (sumber:http://www.muslimheritage.com)
Kita pernah berjaya
Kita pernah berkuasa
Memayungi 2/3 dunia
Merentasi benua
Melayar samudera
Keimanan dan juga Ketakwaan
Rahsia mereka
Capai kejayaan

Friday, 5 February 2010

masak...?



tak tahulah kenapa saya ni..banyak-banyak benda yang kurang menjadi minat adalah memasak..tapi dok layan photoshop ker..picasa ker..edit2 gambar memang suka..kalau dah start susahnyer nak berhenti..

masa kecik2 dulu..hanya suka tolong2 mak kopek2 bawang, halia..blender atau tumbuk, pastu arwah mak yang masak..seingat saya mak tak pernah suruh saya masak..itupun kenangan dengan mak sampai darjah 5 jer. Pastu lepas darjah enam masuk asrama sampailah masuk u.

Masa kat u, setahun akhir duduk rumah sewa...hehehe turn saya masak adalah hari jumaat. Hehehe..saya memang dah abis idea nak masak apa..maklumlah menu semua kengkawan dah amik..(alasanlah ni..) akhirnya setiap jumaat adalah masak sardin..
sampai housemate dah cop saya ..yati mesti sardin..huhuhu.

Sampailah nak kahwin...masa mak mertua datang meminang...

"Makcik yati ni tak reti memasak tau.." kakak saya siap-siap bagi tahu kat bakal mertua..hehehe saya sengih jerlah.

"Takper asalkan nak belajar" itulah jawapan mak mertua berikan. Tapi sehingga sekarang mak mertua saya memang superb bab masak-masak ni..bila dirumah mak mertua mesti saya tak berani nak masak...tolong-tolongjerlah..tapi sampai bila?huhuhu

Saya masih ingat sampai sekarang, hadiah kahwin yang paling surprise...adalah
LESUNG BATU, hadiah yang saya terima daripada housemate masa kat U, saya tak tahu mereka berpakat siapa dikalangan kami yang first kahwin lesung batu kat rumah sewatulah akan dihadiahkan. Saya memang tak tahu menahu tentang tu..lagipun saya rasa saya tak layak terima..saya rasa yang lebih layak adalah ketua rumah kami...hehehe cik awa...(saya berazam untuk bagi semula kepadanya...insyaAllah saya doakan dia )

Inilah hadiah yang paling bermakna..(dalam maksudnya ni..:)

bilakah lesung ini akan pulang ke Malaysia..?


Akhirnya sampailah di UK..
Duduk diperantauan saper yang nak masakkan..kedai pun takder macam kat Malaysia..rasa nak makan order jer.
Tapi tulah skill masak saya...perlu diperbaiki. Kekadang tu cuba memananm rasa supaya suka masak...tapi hanya bermusim..suami sayalah yang lebih memahami saya ni...kesian kat dia...kekdang saya fikir mungkin saya ni tak cerewet makan jadinya tu memasak bukan minat.

Pening setiap hari nak masak apa...nak masak apa...??? Sesiapa yang ada tips supaya minat memasak bolehlah beri kepada saya..:)

Air tangan ibu dan isteri pengikat kasih sayang..

Tuesday, 2 February 2010

sorry mama..

Seperti biasa selepas balik kerja dan segala kerja dah siap saya terus ke attic untuk tengok emel dikomputer...dalam leka membaca emel, mata memandang ke jam..3 petang, dalam kepala Jannah.. Saya terus kebawah capai tudung dan jaket dan berlari-lari anak ke sekolah Jannah. Sampai dipintu gate..saya ternampak seorang ibu membimbit beg plastik 'wilkinson'...ohh terus saya teringat semalam Jannah ingatkan saya supaya selepas ambil dia dari sekolah dia nak pergi kedai..wilkinson sebab nak beli fairy colouring book, tapinya saya terlupa bawa duit...oh mesti dia marah

"mama jom pergi Wilkinson" ajak Jannah bila keluar dari pintu kelas.
"sorry jannah mama tak bawa duit hari ni lagipun mama dah belikan kakak minggu lepas, belum habis pun kakak warna buku tu" saya meminta maaf dan cuba memujuk.
"no..no..kita balik ambil duit lepas tu kita pergi kedai beli" Jannah berkeras juga.
"I'm tired Jannah" jawab saya.

Sepanjang jalan dia menangis nak juga beli buku tu, puas saya cuba memujuk dan saya cuba tidak menuruti kehendaknya sahaja. Jannah meronta dan menangis sampai kerumah. Sampai dirumah tangisannya semakin kuat dan saya minta dia masuk bilik. Di bilik dia baling-baling semua buku dan saya kurang sabar saya cubit kaki dia dan minta dia senyap. Tapi Jannah tetap menangis dan menjerit panggil saya. Saya diam dan biarkan dia dalam bilik saya taknak layan, akhirnya dia tertidur dengan pakaian sekolah. Dalam pukul 5 petang saya tengok dia dalam bilik dia berselubung bawah duvet..saya panggil nama dia dan tickle pinggang dia..

"Jannah tak sayang mama ker? Jannah marah-marah mama?" tanya saya.
"urghh..urghh" bunyi yang selalu Jannah keluarkan bila dia taknak jawab.
"eee...macam bunyi lembu jer" saya cuba buat dia tersenyum kemudian saya keluar dan solat maghrib dibilik. Senyap-senyap Jannah datang..

"tukar baju Jannah dan kemas bilik , nanti ayah balik.."pesan saya.
Terus dia tukar baju dan kemas semula bilik. Memang saya akui Jannah memang pandai mengemas bilik.

"I'm finish mama, you can see" kata Jannah dengan bangga.
Memang betul semuanya telah seperti biasa,"Thank you Jannah" puji saya.

Malam tu sebelum tidur saya melayan dia diatas katil sambil mewarna buku yang telah saya beli seminggu lepas. Tengah sibuk saya mewarna..

"how tu spell 'here' mama"tanya Jannah. Saya cuba tengok apa yang dia tulis tapi dia tak bagi.

"This is for you mama" sambil hulurkan satu kad yang dia buat sendiri.Tersentuh hati saya bila membacanya..

I love you too..itulah anak..kekadang buat saya terseyum kekadang buat saya hilang sabar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...