Thursday, 26 March 2009

Tazkirah hari ini

Pagi-pagi tadi saya ada pertemuan rutin..selepas tilawah dan tadabur surah ke 83 Al-Muthafifin saya kongsi tazkirah yang diambil dari ayat yang ke 26 dalam surah yang sama. Firman Allah yang bermaksud

“… Dan untuk yang demikian, maka hendaknya orang berlumba-lumba”

(al-Muthafifin : 26)

Sebenarnya tazkirah tersebut adalah untuk diri saya juga. Jika kita hayati ayat ini perlumbaan pada hakikat sebenarnya bukanlah berlumba-lumba untuk dunia sebaliknya berlumba-lumba mencapai nikmat di akhirat kelak.

Peringatan untuk kita, nikmat didunia yang kita berlumba-lumba untuk mendapatkannya hanyalah sedikit yang sememangnya tak wajar untuk dilumba-lumbakan berbanding nikmat akhirat yang tiada batasnya. Jika kita renung-renung apa yang berlaku disekitar kita, disebabkan berlumba-lumba mencari harta kekayaan ada manusia yang sanggup rasuah, menipu dan disebabkan berebut tanah pusaka sanggup memutuskan silaturrahim dan ada yang sanggup berbunuh-bunuhan semata-mata pangkat dan harta dunia.

Dua hari lepas saya dengar kuliah online dari ustaz Erfino, ustaz ada sentuh tujuan Islam ini adalah untuk meninggikan darjat dan jiwa manusia. Dan saya terfikir kalau macam tu kenapa masalah-masalah seumpama itu boleh berlaku pada umat Islam? Dan hari ini setelah baca tafsir dari surah ini saya bertemu jawapan.

Perlumbaan mengejar nikmat didunia di sisi Allah semua itu hanya kecil dan tidak bernilai. Tetapi timbangan akhiratlah yang lebih berat disisi Allah. Dan sewajarnya dalam tempoh hayat kita yang singkat ini kita berlumba-lumba mengejar saham dan keuntungan yang lebih besar di akhirat kelak iaitu nikmat syurga. Maka sekiranya kita berlumba-lumba untuk mencapai kenikmatan akhirat, dalam masa yang sama ia meninggi dan meluhurkan jiwa pelumba-pelumba tersebut (tujuan Islam). Dan berbeza jika berlumba-lumba untuk kenikmatan dunia semata sebenarnya tanpa disedari ia telah menjatuh dan merendahkan jiwa kita. Begitulah kasih dan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah untuk menjaga kita dan meninggikan darjat kita melalui petunjuk dan peringatanNya didalam Al-Quran.

Tapi jika kita tak nak baca dan cuba fahami ayat-ayat Quran??..Sia-sialah hidup kita.

Dan sesi terakhir pertemuan pagi tadi adalah menjawab kuiz 'For the Love of Prophet'..:) Sangat teruja sebabnya masing-masing berusaha berfikir dan mengingatkan kembali seerah Rasulullah s.a.w. Ada yang dapat jawab, ada yang agak-agak dan ada yang no idea..salah satu sebabnya mungkin dah lama meninggalkan zaman sekolah dan sejarah.

Tapi ingatlah sahabat-sahabat yang saya kasihi jangan berhenti membaca dan menuntut ilmu..walaupun menjadi full time housewife..;) Sayang saya kat semua.

2 comments:

sitinurulhawa said...

yati, terima kasih kongsikan.

kalau tak ada komen pon teruskan menulis, sebab tak ada komen tak maksud tak ada org baca :)

mamajannah said...

wa, timer kasih..:)
insyaAllah sama-samalah kita..;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...