Tuesday, 10 November 2009

Mujahadah


Lamanya tak buat usrah..itulah rasa jauh disudut hati..hampir dua bulan usrah diberhentikan sementara memberi ruang Ramadhan hinggalah ke Syawal.

Setelah Syawal melabuhkan tirainya,jari jemariku menaip dan bertanya khabar anak-anak usrah melalui email dan bertanya bila waktu yang sesuai untuk dimulakan usrah? Dua tiga hari menunggu tiada siapa membalasnya.

Hati kecil berkata, sebagai ketua kena buat keputusan dan langkah pertama mesti dimulakan sebelum langkah-langkah seterusnya, yang penting mulakan.

Akhirnya, semasa waktu rehat di 11A bersama makcik-makcik omputih yang sama-sama bekerja, aku mengambil telefon dan menghantar mesej kepada anak-anak usrah, tergambar wajah mereka seorang demi seorang. Anak-anak usrahku...adalah kakak-kakak dan rakan sebaya dan hanya seorang bergelar adik. Mereka juga adalah jiran-jiran yang terdekat yang tinggal di Balfour Road. Walaupun dekat tetapi masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Jika nak kata tak berjumpa, mestilah mustahil, jika ada majlis raya kami pasti berselisih dan bertemu muka. Tapi jauh disudut hati duduk lutut bertemu lutut semata-mata untuk meningkatkan iman itulah yang sangat dirindui.

Mak naqibah..
Sesungguhnya besar tanggungjawab yang dipikul...namun tidak dapat dielak ,itulah ketetapan bagi setiap muslim. Setiap Muslim adalah menjadi pemimpin dan pastinya juga tanggungjawab itu akan dipersoalkan kelak disana.

Itu jugalah yang menjadi kekuatan bagi diriku untuk menyampaikan walaupun sedikit, semua ini untuk diriku dan jawapan apabila dipersoalkan kelak.

Persediaan..
Apa bahan nak buat usrah pertama ni, kepala ligat berfikir dan imbas peristiwa-peristiwa yang berlaku di Sheffield sebulan dua yang lepas...akhirnya ku pilih untuk tadabur Quran surah Al-Hujurat ayat 1-10.


Kemudian diri mengambil kitab lama yang telah lusuh yang menjadi peninggalan dari generasi ke generasi ikhwah dan akhawat Sheffield yang telah balik ke Malaysia.

Kitab lama ini tiada isi kandungan, jadinya aku buka helai demi helai Kitab terjemahan Riadhus Shalihin. Dihelai 118 ku berhenti.."MUJAHADAH"

Jam 5 petang, Selasa di 93 Balfour Road.

Hati menunggu dengan sabar, dihati kecil ada juga terlintas kerisauan ...datang ke tidak mereka ni, diluar dah gelap,hujan agak mula lebat dan ditambah lagi sekarang ni dengan sejuk.

Kedengaran salam dan pintu diketuk..

Ya Allah, kak niza..

Itulah kekuasaan Allah dan Allah yang berkuasa menggerakkan hati manusia.

Kak Niza adalah orang yang aku mengizinkan sekiranya dia tidak hadir. Rumah baru kak niza agak jauh, sebelum ni memang kak niza duduk di Balfour tapi disebabkan landlord nak semula rumah sewanya, kak niza kena pindah. Rumah kak niza ada dalam 5 minit berjalan kaki , melintas jalan dan kawasan rumah agak tinggi dan dalam hujan pastilah jalan licin.

Dalam hujan agak lebat, bersama empat orang anak yang masih kecil kak niza datang juga usrah petang tu walaupun didalam keadaan basah. Kemudian beberapa minit kemudian kak zu datang .Hati tertanya-tanya anak usrah ku yang seorang ni, biasanya dialah yang datang awal.

Telefon bimbit kuambil dan menelefonnya...oh rupanya dia terlupa sebabnya dua bulan lepas biasa usrah buat hari khamis. Aku hanya tersenyum...hari pertama.

Kemudian ku tunggu lagi seorang dan tetiba dapat mesej.."yati mulakan dulu saya datang lewat cket..ayuni masih tidur". Hatiku berkata itulah kesabaran wanita bergelar ibu.

Akhirnya 5.30 petang usrah dimulakan..
Setelah tilawah dan tadabur Quran...

MUJAHADAH- PERJUANGAN MELAWAN HAWA NAFSU

Tajuk ini sebenarnya dipilih adalah untuk diriku sendiri kerana telinga yang mendengar ini lebih dekat dengan mulut yang berkata. Tajuk ini juga sebagai pembuka kekuatan kepada anak-anak usrahku untuk hari-hari yang mendatang.

Beberapa cebisan ayat quran dan hadith yang moga-moga menjadi kekuatan kita diketika iman naik dan turun.

"Mereka yang berjuang untuk keredhaan Kami, pasti Kami tunjukkan jalan Kami, dan Allah tetap bersama orang yang berbuat baik" (Al_Ankabut 69)

"Dan segala apa yang kamu usahakan untuk dirimu dari kebaikan, tentu kamu akan mendapatkannya disisi Allah iaitu yang baik dan besar pahalanya" (Al- Muzammil 20)


Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:
Seorang yang lebih kuat iman, lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mu'min yang lemah. Dan masing-masing ada kebaikan sendiri-sendiri. Rajin-rajinlah mengerjakan apa-apa yang berguna dunia dan akhirat, dan selalu memohon bantuan kepada Allah, dan jangan lemah. Kemudian jika kau terkena sesuatu, jangan sekali-kali mengatakan: kalau aku buat begini nescaya terjadi begini. Sebaiknya kau harus berkata : Telah ditakdirkan Allah dan Allah berbuat sekehendaknya, kerana perkataan kalau memberi jalan gangguan syaitan. (Muslim)

Usrah pertama yang penuh bermakna .Syukur setinggi-tingginya kepada Allah yang masih memberi kami berada dijalan ini.

3 comments:

Anonymous said...

salam.

itulah cabaran menjadi naqibah kak. kena sabar melayan kerenah anak usrah masing2. kalau ada 5-6 org anak usrah, 5-6 jenis peel kite kena jaga dan faham. tak mudah..

teringat hassan al banna dulu, berapa ramailah anak usrah dia ye..beribu2 agaknya..mcm mana dia jaga anak2 usrah dia sampai lahirnya ramai pejuang2 islam yg hebat..aduhai..jauh lagi perjalanan kita ni kan..

selamat bermujahadah!

love
wani

anon suria said...

terima kasih share info usrah kat sini. datang lewat..pastu usrah dah habis. minggu ni ingat dapat dtg awal..polis pulak ketuk pintu umah. bnyk jer alasan..apapun Syabas! semoga diteruskan bila balik msia nanti..most of us kan kat Melaka..

mamajannah said...

wsalam,
thanks wani, mak naqibah kena mujahadah lebih jika nak anak usrah mujahadah sama..:)
insyAllah sama-sama kita mengikuti jejak-jejak Rasulullah dan mereka yang ikhlas di jalan ini..:)

su,
alhamdulillah apa pun yang penting kita ada niat dan merancang tapi penentunya adalah Allah. Jangan lupa kita sama-sama mujahadah lebih-lebih lagi di Malaysia yang pasti lebih sibuk dari UK..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...