Monday, 20 July 2009

Trip - Darnall- Grindleford

Pagi-pagi Jannah dengan penuh semangat bersiap-siap untuk ke sekolah sebabnya hari ini dia ada trip ke Grindleford dengan menaiki keretapi daripada Darnall. Saya pula berpeluang menyertainya sebagai pembantu. Yang seronoknya disini setiap kali sekolah membuat trip bukan sahaja anak-anak , malah ibu bapa akan juga diberi peluang untuk turut serta sebagai pembantu (helper).

Setiba disekolah, Mrs Ord , cikgu kelas Jannah, memberikan saya senarai nama pelajar yang perlu saya jaga sepanjang trip, kesemuanya seramai 4 orang 2 lelaki 2 perempuan. Jannah cuba ingin menyertai kumpulan saya tetapi Mrs Ord awal-awal lagi melarangnya, dengan rela terpaksa Jannah telah dimasukkan dibawah pengawasan Mrs Ord.

Mereka semua tidak sabar-sabar nak pergi, bersemangat dengan mendokong beg masing-masing dibelakang dengan bekalan air dan makanan, bersiap sedia untuk mengembara.

Jam 9.00 pagi lebih kurang 30 pelajar yang berumur 4-5 tahun beratur berdua-dua bersama-sama 6 orang dewasa termasuk cikgu dan ibu bapa. Saya perhatikan gerakan mereka sangat tersusun dan terkawal. Setiap anak-anak dikehendaki menjaga kawannya dengan berpegangan tangan sepanjang perjalanan dan mesti berada didalam kumpulan masing-masing dengan pengawasan seorang dewasa. Setiap kumpulan tidak boleh memotong barisan walaupun kumpulan dihadapan lambat. Ada juga anak-anak yang nakal terus kedepan...kemudian pasti ada suara yang memanggilnya.

Bila ada yang perlahan atau terjatuh...

''wait..'

bila ada yang tak peduli kawannya

"hold your partner's hand.."

bila ada yang keletihan

"come on we're nearly finish.."

Didalam barisan ada seorang ketua...nama dia Hassan berumur 5 tahun. Berkulit putih seakan-akan arab tapi berbangsa Pakistan. Peranan Hassan ialah pastikan kawan-kawannya dapat melintas dengan dengan selamat. Apabila tiba untuk melintas jalan Mrs Ord dan Miss Sill akan jaga dikiri kanan jalan untuk menghalang kenderaan...macam polis trafik. Kemudian

"Ok Hassan..." Hassan pun cepat-cepat melintas dan berhenti ditempat yang disuruh cikgu...dan tanganya akan mendepa bagi menghalang kawan-kawanya melebihi kawasan yang ditetapkan.

"Excellent , good leader, very sensible, good job" itulah diantara kata-kata pujian yang tak pernah lekang daripada mulut cikgu-cikgu untuk Hassan dan kawan-kawanya.

Perjalanan kami bermula dengan menaiki keretapi dari Darnall ke City Centre. Kemudian daripada City Centre terus ke Grindleford. Apa yang dapat saya lihat disepanjang menunggu keretapi tiba...mereka akan duduk di kaki lima, jadinya tiada siapa yang berkejar-kejar atau bermain-main. Jika tidak pasti tak terkawal maklumlah budak-budak riang ria. Cara ini sangat berkesan ...tapi untuk dibuat di Malaysia rasa macam tak sesuai sebabnya kebersihan tidak seperti disini.


Kemudian sampai di Grindleford kami berjalan menyelusuri kawasan hutan dan perkampungan. Pelajar-pelajar sangat gembira sebab sepanjang jalan mereka dapat melihat sungai, hutan, dan bintang ternakan seperti biri-biri, lembu dan juga llama. Macam-macam soalan yang mereka tanya tetapi cikgu-cikgu mereka tetap melayan dan menjawab dengan muka yang ceria. Setelah berjalan lebih kurang satu jam, akhirnya kami sampai ke destinasi akhir iaitu dikawasan sekolah tadika di Grindleford yang akan dibuka.

Kawasannya sangat bersih dengan hamparan hijau yang luas berlatar belakangkan kawasan kampung yang bersih dan pemandangan yang sangat cantik. Kami pun berhenti untuk berehat dan makan tengahari.


makan bekalan masing-masing

bermain bersama

Setelah penat bermain dalam pukul 2 petang kami bertolak pulang. Pada masa inilah kesian saya tengok anak-anak ni mereka terpaksa berjalan didalam keletihan. Tetapi sokongan daripada cikgu-cikgu untuk sampai ke destinasi tak pernah putus. Mereka berusaha walaupun kepenatan.

Setelah sampai tempat menunggu keretapi mereka lupa kepenatanyang dirasai dan terus duduk menunggu sampai keretapi sampai. Semasa menunggu sempat cikgu ajak bermain teka teki...

I spy with my little eye something beginning with....


sabar menunggu untuk pulang, Grindleford ke Sheffield


Pengalaman yang indah buat saya.Banyak benda yang dapat saya pelajari terutama layanan cikgu-cikgunya yang tegas dalam kelembutan..:) Semasa saya berbual-bual..seisi taaruf dengan cikgu kelas Jannah baru saya tahu tarikh lahir saya dan cikgunya adalah sama tarikh bulan dan tahun. Kebetulan masa tu ada pelajar yang tanya pada Mrs Ord siapa saya, terus Mrs Ord menjawab

"She is my twin" terus pelajar tu terpinga-pinga ...:) Comel jer.


2 comments:

sitinurulhawa said...

jannah ni gamabr dia semua senyum lebar. tgk je boleh buat orang senyum :)

mamajannah said...

wa...jannah ni moody cket, time dia ok senyum jer..tapi time dia tak ok..dek jer muka dia..:).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...