Monday, 6 July 2009

sambungan...Ketika Matahari Cerah II

Duduk didepan komputer memang tak boleh lama...lebih-lebih lagi bila jannah ada, memang dia tak bagi peluang mama dia duduk lama-lama tanpa bercakap dengan dia.

Kali ni nak berkongsi cerita jenjalan di city centre. Tujuan utama nak cari kasut untuk Jannah. Suasana city centre ketika itu lengang...tak ramai orang, pelik juga mana orang Sheffield pergi??
Masa duduk-duduk tu adalah makcik tua yang sedang menikmati cuaca yang tak panas sangat dan tak sejuk sangat..just nice. Jannah malu-malu...Jannah memang susah betul dengan orang yang dia tak kenali, dia mengambil masa untuk sesuai dengan orang. Jika orang lain yang mengambil gambar dia pun terus masam, itu yang susah nak ambil gambar bertiga.

Kami pun terus ke kedai Adam Kids, kebetulan ada sell by one get one free. Seronok juga masa memilih tu. Tapi bila memilih kasut..Jannah sangat cerewet..mesti ada bunga-bunga, warna pink dan kalau boleh ada tumit sedikit.
Saya cuma nak carikan dia sandal, sebabnya sekarang panas dan lebih mudah untuk dia pakai...pilih punya pilih akhirnya dapatlah sandal bewarna pink dan ada bunga-bunga kecil, kemudian kena pilih lagi satu sebab beli satu dapat satu...

Pening juga saya nak buat pilihan...Jannah nak kasut bertutup yang sedikit bertumit...tapi pilihan ayah dia kasut yang rata dan bertutup penuh, nampak ringkas dan selesa tapi tak 'girly' . Jannah tak nak pilihan ayah dia...seboleh-boleh nak pilihan dia. Apa lagi ayah dia terus tak sabar dan terus ajak balik dan terus keluar kedai.


Saya terus pening..dan tension juga...mana nak diikutkan ni...anak ke suami..Jannah dah nangis. Dalam hati sebenarnya tak suka situasi macam ni.

Saya suka pilihan ayah dia , dan saya tahu kasut pilihan ayah Jannah lebih selesa untuk berjalan, tapi si anak belum tahu menilai dan dia hanya tahu luaran sahaja...pink dan cantik dimata dia itulah dia suka.

Akhirnya saya pujuk Jannah..

"Jannah kita beli yang kasut ayah pilih ni yer jika tak Jannah tak dapat kasut lagi satu"
"Jannah tak nak pakai nanti" Jannah tetap tak puas hati.
"Takper Jannah tak nak pakai mama bagi pada sesiapa"
"Jannah tak nak pakai" ulangnya lagi taknak mengalah.

Akhirnya, saya terus ambil kedua-dua kasut. Tidak lama kemudian agaknya tengok saya tak keluar-keluar, ayah dia masuk balik dan saya terus bagi kedua-dua kasut untuk dibayar. Akhirnya si anak dan si ayah puas hati.

Tapi bila dah sampai rumah...saya cuba pujuk dan jelaskan pada Jannah kenapa kasut yang ayah beli bagus, saya tahu anak-anak ni perlukan penjelasan dan fakta yang dia yakini, jika tak...memang ditolak 100%. Itu yang kekadang ibu bapa tak sabar untuk berfikir dan menyusun kata-kata supaya anak dapat menerima.
Saya cakap pada Jannah,,

"Jannah cuba rasa lembut sangat kasut ni, bila Jannah pakai kasut ni tak sakitkan kaki Jannah"

"Cuba Jannah pakai, mama suka sebab dia lembut sangat"

Akhirnya Jannah cuba dan suka dan menerimanya. Kemudian datang kat ayah dia..

"Ayah, look I wear it" cakap tanpa rasa bersalah..

Itulah namanya budak-budak, jika tak tak namanya budak-budak.

Pengajaran yang saya dapat...isteri selalu berbelah bahagi antara suami dan anak...suami tolonglah fahami isteri.

Ibu bapa jangan malas untuk memberi penerangan kepada anak-anak...jangan fikir mereka kecil mereka tidak faham..mereka lebih mudah menerima yang baik.

Teringat iklan Petronas ni, masa kecil ayah begitu rajin melayan persoalan sianak..tapi bila masa berlalu dan si ayah sudah tua...anak pula yang tak tak sabar dengan kerenah si ayah .
Saya terfikir...situasi tu boleh berlaku kepada ibu atau ayah yang sabar melayan kerenah anak sewaktu mereka kecil.Bagaimana pula jika ibu atau ayah yang tak nak melayan kerenah dan pertanyaan anak sewaktu mereka kecil? Apa memori yang baik antara anak dan ibu bapanya yang masih tersimpan di ingatan anak yang boleh membawa mereka balik kepangkal jalan??

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...