Sunday, 26 July 2009

Kerinduan akhirnya terubat..

Hampir tiga tahun duduk di Sheffield ni kami belum pernah sekali balik ke Malaysia, pastinya kerinduan pada kedua ibu bapa dan kaum keluarga di Malaysia sangat dirasai. Rindunya pada semua..tetapi itulah lumrah kehidupan dan fitrah manusia yang telah ditentukan Allah, naluri manusia ada perasaan rindu, apatah lagi kepada kedua ibu bapa yang telah mendidik dan menjaga diri kita dari sekecil-kecil tapak kaki hingga dewasa.

Jumaat, 24/07/2009- kerinduaan akhirnya terubat...

Selepas suami pulang dan selesai makan malam , kami terus bersiap-siap untuk ke Stanted . Jam telah menunjukkan pukul 8.30 malam , suami meminta kami segera supaya tidak lambat sampai. Perjalanan dari Sheffield ke Stanted Airport,London mengambil masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan yang agak jauh.

"Rasa macam nak balik Bangi." sapa suami saya.

"Sebab rasa mak abah dekat jer" sambungnya lagi.

Saya tertidur didalam kereta...tapi dalam tidur tu rasa macam ada bunyi telefon..bila dah buka mata takder pula, terlelap lagi..

Dalam pukul 11 malam kami sampai dan suami terus kejutkan saya kata dah sampai. Kebetulan telefon berbunyi...tulisan tertera di skrin "Abah" dan baru saya perasan ada 5 panggilan terlepas..huhu, abah dah sampai dah lama dah hampir 30 minit.

Kami mencari-cari, tetiba dengar satu suara dari belakang

"Jannah, Jannah..."

Bila toleh ke belakang seraut wajah yang kami rindui, Abah... berbaju kemeja bersarung sweater yang ada lambang bendera Malaysia dihadapan dan dibelakang lagi :)

Jannah malu-malu dengan atuk dan wan dia. Kami bersalaman dengan abah dan kemudian dengan mak. Mak memeluk saya dan mencium pipi saya, rasa rindu sangat. Alhamdulillah mak dan abah selamat sampai dan susuk badan tak banyak berubah, tetap nampak muda..;)

Bagi mak ini kali kedua, kali pertama mak datang dengan saya dan bagi abah pula ini adalah kali pertama sampai di bumi UK. Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan , rezeki dan peluang untuk ziarah melalui "Now Everyone Can Fly".

Sampai dirumah kami , mak terus buka begnya...penuh bungkusan makanan...Alhamdulillah lepas, rezeki kami..:)

Malam tu kami dihidangkan dengan udang, sotong goreng tepung, rendang daging dan nasi empit, dan ikan bermacam ikan yang telah siap digoreng dan juga telur masin. Itu yang telah siap dimasak belum lagi bahan mentah...terutama petai, daun kesum , bunga kantan dan banyak lagi.

Terima kasih mak...walaupun mereka adalah mak ayah mertua tetapi jiwa kasih sayangnya tiada beza diantara menantu dan anak. Itulah kelebihan mak dan abah. Kelebihan mak adalah pandai memasak terutama gulai lemak cili api dan sangat pemurah...suka bekalkan apa sahaja untuk anak-anaknya, macam-macam kami dibekalkan.

Nampaknya selama tiga minggu ni...kami boleh naik berat badan...hehehe, tapi kami tidak risau sebabnya Ramadhan akan tiba.

Keesokkan pagi lagi kami bawa mak dan abah kemana lagi kalau bukan ke carboot...nampak mereka gembira.

mak dan abah

InsyaAllah kami akan bawa mak dan abah pergi camping hujung minggu ni...merasai pengalaman di negara omputih ni.

Destinasi hujung minggu ini...

cukup indah..kombinasi sungai,gunung,batu, langit dan laut..SubhanAllah.

waktu recce camp site..

7 comments:

anon suria said...

yati..gambo lokman kat wales tu dah macam ayah dia lah.lokman dah naik berat badan..emm bertambah naiklah nampaknya mak ayah dia ada..;)

ana muslim said...

oo parents dah sampai, kem salam kat makcik...

selamat bercamping esok :)

mamajannah said...

su, dah anak abah su..mestilah sama..he3.

lin,insyaAllah..doakan segalanya berjalan lancar...debaran telah terasa tapi kurang cket drp tahun lepas..;)

Anonymous said...

salam...seronoknya dapat bekal dari tanah air..tambah2an jumpa denganorang tua...
singgah sebentar di sini...zikri dan sazillah, uppsala, sweden

zikri said...

luqman byk sgt makan kepala salmon wales....takpe dia seorang wira mcm william wallace

zikri said...

lupa lak...kimsalam kat pakcik dah makcik...rasa dah lain pulak rupa pakcik....

mamajannah said...

kak sazillah dan abg zikri thanks dtg jenguk blog kami...dtg dr jauh nun sana...doakan kami dapat ziarah sweden.

pakcik mcm tu jer..anak dia yg lain cket..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...