Semalam semasa didalam bulatan gembira saya, dalam satu perbincangan berkaitan kepentingan dakwah,
"untuk meneutralkan satu cas -ve kena ada 3 charge +ve " kata shu, pelajar yang sedang menuntut dalam master kejuruteraan elektrik.
Teringat didalam kepala saya yang cuba mengaitkan ilmu sains ni dengan ilmu dakwah . Apabila kita berhadapan dengan dua keadaan diantara mencegah kemungkaran dan melakukan kebaikan, didalam kitab hadiths HIKAM yang mana satu kita kena buat dulu,kita hendaklah mencegah kemungkaran terlebih dahulu sebabnya keburukan lebih mudah tersebar daripada kebaikan. Dan keburukan itu susah ingin dibersihkan jika ia berlaku.
Cantik susunan Allah..untuk meneutralkan semula cas -ve perlu ada 3 cas +ve. Kalau tidak cukup cas positif maka yang negatif akan lebih berkuasa .
Jika kita ingin berubah kearah yang lebih baik kita disuruh untuk berhijrah ketempat yang lebih baik dan berkawan dengan kawan-kawan beramal soleh dan solehah...lebih banyak cas positif lebih baik.
Semalam
Hantar pretzels di jj melaka...menempah pretzels untuk di jual di boothnya. Sampai-sampai boothnyer sangat mengujakan saya..ada durian crepe, cupcake, cheese cake, moist cake dan pretzels..feveret saya cheese cake. Bertemu saling berkenalan, ramah dan terbuka.. walaupun baru pertama kali bertemu terasa macam dah lama kenal. Banyak juga dia bercerita berkongsi pengalaman bagaimana dia berhenti kerja dan berniaga. Sebelum balik saya cakap kat dia saya rasa macam dah lama kenal jer. Kemudian dia balas
"kak fikiran kita hati kita kena POSITIF, bila positif orang yang datang kat kita pun positif dan jaga hubungan dan niat nak tolong tu penting, rezeki tidak kan putus" .
Saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kerana memberi saya tips yang sangat berguna dan sebelum balik saya ingin membeli sebekas cheese cake, tetapi duit saya ditolak .."saya bagi percuma".
Jazakillahu khairan katheera.
Syukur kepada Allah kerana pertemukan saya dengan mereka. Semalam mesej yang sama saya dapat daripada penyampai yang berbeza...hebatnya cas +ve.
------------------------------------------------------------------
Hari ini,
Syukur kepada Allah, permohonan saya diterima dan Refubee Pretzels telah dijual dikoperasi uni.
Positif selalu , yang -ve masukkan dalam botol tutup rapat-rapat dan dibuang jauh-jauh..(tips dari majalah solusi edisi 61).
Ya Rabb,bimbingilah diriku kejalan yang lurus dan jalan yang diredhai.
Salam Jumaat.
mood..rindu jannah.
Thursday, 28 November 2013
Tuesday, 12 November 2013
Mesej IsTimeWa
Pepagi dapat mesej dari seorang daripada research group nak bincang. Selepas tu ketua research saya pula yang datang , tanya saya progress.
Saya tunjukkan apa yang telah saya buat dan apa yang saya jumpa. Banyak juga yang tersimpul dikepala saya dapat dileraikan kemudian dia belanja saya makan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.
Saya tunjukkan apa yang telah saya buat dan apa yang saya jumpa. Banyak juga yang tersimpul dikepala saya dapat dileraikan kemudian dia belanja saya makan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.
Tengahari
Solat zohor macam biasa dibilik solat. Dalam rakaat ketiga datang seseorang menjadi makmum.
Selesai solat..
Ya Allah berderai air mata .
Ya Allah Kau pertemukan diriku dengan dia..disaat aku ingin melupakan rasa sedih.. Kau membuatkan ku teringat sebelas tahun yang lalu...ya Allah
Kau mempertemukan diriku dengan dia mesti ada satu 'mesej' ingin disampaikan.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Terlerai semuanya.
Terlerai semuanya.
I'm not alone.
Teringat seseorang yang saya sayang berkata..
Mengadulah semuanya pada Allah, tapi tidaklah Dia boleh berkata-kata bagi jawapan..
Jawapan Dia ada disekeliling kita.
----
Letih..
Sekali lagi sesorang yang saya sayang ingatkan saya,
Jika kamu buat kerana Dia kamu tidak akan rasa letih.
Mintalah dengan Dia supaya kamu dapat lalui ujian ini dengan baik.
----
Itulah 'mesej' yang sangat istimewa buat saya :)

Thursday, 7 November 2013
1435 Hijriah
Assalamualaikum wrt.
Di hari jumaat di tahun yang baru..jom kita sama-sama perbaharui niat untuk setahun ni..umpama kita nak sambut Ramadhan kita niat sebulan tapi ni kita niat setahun...niat kita nak buat dan nak dapat apa dalam setahun ni. InshaaAllah mudah-mudahan yang kita niatkan itu bukan untuk diri kita sahaja tetapi dapat memberi kebaikan untuk orang yang disekeliling kita juga. Selari dengan sebab kita diciptakan untuk menjadi hamba dan khalifah. Jika kita benar-benar faham tujuan kita diciptakan oleh Maha Pencipta..sesorang muslim adalah seorang yang hebat.
'Sesungguhnya kamu adalah sebaik-baik kejadian'.
Kita dah biasa dengan perkataan hamba dan khalifah sejak sekolah rendah dah belajar. Kita pun tahu kita adalah sebaik-baik kejadian.
Tetapi pandangan setiap kita berbeza apabila menterjemahkan kedua-dua ayat ni dan perbezaan itu membuatkan tindakan kita juga berbeza.
Selamat pagi.
Alhamdulillah masih bernafas dan dikurniakan kesihatan yang baik disamping mereka yang kita sayang.
Di hari jumaat di tahun yang baru..jom kita sama-sama perbaharui niat untuk setahun ni..umpama kita nak sambut Ramadhan kita niat sebulan tapi ni kita niat setahun...niat kita nak buat dan nak dapat apa dalam setahun ni. InshaaAllah mudah-mudahan yang kita niatkan itu bukan untuk diri kita sahaja tetapi dapat memberi kebaikan untuk orang yang disekeliling kita juga. Selari dengan sebab kita diciptakan untuk menjadi hamba dan khalifah. Jika kita benar-benar faham tujuan kita diciptakan oleh Maha Pencipta..sesorang muslim adalah seorang yang hebat.
'Sesungguhnya kamu adalah sebaik-baik kejadian'.
Kita dah biasa dengan perkataan hamba dan khalifah sejak sekolah rendah dah belajar. Kita pun tahu kita adalah sebaik-baik kejadian.
Tetapi pandangan setiap kita berbeza apabila menterjemahkan kedua-dua ayat ni dan perbezaan itu membuatkan tindakan kita juga berbeza.
Macam kita ambil gambar ...cuba kita ambil gambar dengan kamera biasa, function wide angle masih boleh tetapi gambar yang jauh masih kabur. tetapi bila kita guna kamera yang canggih yang ada lens tambahan, pandangannya sangat luas dan setiap satu objek yang diambil sangat jelas.
Milikilah 'mata' yang hebat jika tidak
-------------------------------------------
Apa yang terilham dikepala saya di pagi-pagi ni..untuk dikongsi pembaca notakecil ini.
Semoga Allah permudahkan segala urusan, tidak persulitkan dan diberi pengakhiran yang baik. Amin
Milikilah 'mata' yang hebat jika tidak
Input - > Proses - > Output
-------------------------------------------
Semoga Allah permudahkan segala urusan, tidak persulitkan dan diberi pengakhiran yang baik. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)