Wednesday, 12 December 2012

121212

12-12-12'

Dah lama tanam azam nak dapatkan note ii ....hari ni akhirnya dapat juga  saya milikinya. Terima kasih sesangat kat suami tercinta yang sudi jadikan impian saya menjadi kenyataan :) Alhamdulillah. Jadikan hiduP lebih ceria dan bermotivasi.

Sunday, 18 November 2012

hArTa BeRharga bagi SeOrang IsTerI

Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

http://myibrah.com/harta-berharga-bagi-seorang-isteri

Saturday, 17 November 2012

takut

Adakah keputusan yang akan aku ambil untuk berhenti kerja dan sambung semula master ini baik untuk aku. Kenangan empat tahun yang lalu kekadang membuatkan aku takut dan sedih. Terlalu perit untuk dilupakan dan aku takut sekiranya ia berlaku lagi. Dengan siapa ingin aku meminta duit bila aku memerlukan..takkan dengan ayah..oh tidak cukuplah ayah membesarkan aku dan hantar aku belajar sampai ke peringkat universiti, takkan nak minta ayah lagi. Disitulah aku bertemu dengan dua orang kawan yang sangat baik dan hinggalah kehari ini.
Dan akhirnya master aku hanya separuh jalan...sedihnya.

Pada ketika itu dan saat ini dalam hati aku aku kena kerja dan ada duit poket sendiri...tak perlu meminta-minta pada orang. Dan kelemahan aku adalah aku bukan suka meminta-minta pada orang lain, jika aku nak sesuatu aku kena berusaha sendiri, itupun yang ayah selalu ingatkan aku dan adik-adik.

Pengalaman meminta orang lain duit untuk membeli sesuatu dan dibalas umpama aku tidak ada maruah sangat memilukan...dari hari itu hati aku  kata aku kena kerja.

Bila aku balik dari Malaysia kawan aku ajak aku kerja ditempatnya dan aku dapat. Rasa gembira sangat walaupun sesetengah orang pandang rendah bila kerja di kilang. Aku rasa secure ada duit sendiri.. Pada aku asalkan ia rezeki yang halal apa salahnya tapi...

bersedia..langit tak selalu cerah..
pasrah dengan segala-galanya
aku akan tetap melangkah walaupun rasa takut
hatiku ini kuserahkan sepenuhnya kepadaMu ya Allah.
ya Allah pertemukanlah diriku ini dengan orang-orang yang dapat memudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Hati seorang isteri.


Sunday, 11 November 2012

Jiwa +ve


Malam ni  berpeluang menonton rancangan oasis-entrijameela.

Antara tokoh wanita yang dipilih ialah Dr. Harlina Siraj.

" Peranan suami yang soleh dan bertolak ansur akan memudahkan lagi untuk isteri menjadi solehah. Dihati seorang isteri keluarga adalah yang lebih utama daripada kerjaya.  "

Bila dengar Dr.Har  kata saya terfikir rumahtangga yang berjaya sebenarnya suami dan isteri sentiasa lengkap melengkapi dan tidak mementingkan diri sendiri. Sama-sama ingin menyokong antara satu sama lain untuk berusaha  mengembangkan potensi diri untuk menjadi hamba Allah yang terbaik didunia dan diakhirat. Sama-sama nak masuk syurga.
____________


“Ya Allah kurniakan kami lisan yang lembut, basah mengingati dan menyebut namaMu,hati yang penuh segar mensyukuri NikmatMu, serta badan yang ringanmenyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat,keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakan kami diin- cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon, Allah kecukupan yang tidak kami memerlukan jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah, iman yang sebenar-benarnya hingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmaMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta siapa saja yang bersama-sama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang memperkenankan doa, perkenankanlah.Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda”.Amin..Ya Rabbal ‘Alamiin.

InsyaAllah, tahun baru ni , semangat baru untuk saya meneruskan azam dan cita-cita yang masih tersemat dalam hati. 

Monday, 29 October 2012

percaya 200%

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah! Aku mengharapkan rahmat-Mu, maka janganlah Engkau biarkan diriku sendiri walaupun sekelip mata, perbaikilah bagiku segala urusanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau, wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Amin.

-Sesiapa menyerahkan seluruh urusannya kepada Allah, Allah akan mencukupkan keperluannya- Imam al-Qurtubi.

Monday, 10 September 2012

HeaRt of MuSliM

Bila tengah down..dpt mesej ni :)Jazakillahu khair Yam.


Salam Kak Yati sharing some lyric from lagu Heart of a muslim:
Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ebrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere
Under the hot burning sun, he declared God is one
Though with stones on his chest, his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong
Chorus:
It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart
In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what's not enough
She said the heart of a Muslim's filled with love
He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what's bad to bring you down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a Muslim does what's right
Chorus
So whatever you, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie

Tuesday, 7 August 2012

surprise..

Surprise..

Minggu lepas rasa best sangat sebab dapat makan-makan,tukar-tukar hadiah dan solat terawih sama-sama dengan adik-adik usrah.
Dan yang paling best tak sangka jannah pun nak bagi hadiah kat mama.

Sebelum tukar-tukar hadiah semua kena lukis muka sendiri dengan menggunkan tangan yang tidak biasa. Kemudian siapa yang dapat gambar tu kena teka dan bila betul empunya gambar kena bagi hadiah.
Saya giliran yang terakhir..

Jannah pun nak bagi hadiah.
Mama teka gambar siapa ni? minta Jannah.

Bila saya buka gambar muka yang sangat cumel..di tshirtnya ada tulis ana muslim.

Mama tahu jannah, teka saya.
Nah mama hadiah..untuk mama, esok hari jadik mama..,sambil tersengih Jannah hulurkan hadiah.

Saya tersenyum..
Paper bag lama yg biasa Jannah buat main simpan tanah liat,
kemudian saya keluarkan hadiahnya, sangat simple dibalut dgn kertas A4 warna hijau..kertas yang  biasa jannah buat main lukis-lukis..gunting-gunting.
diluar sampul tertulis untuk mama,
saya buka sampulnya..
ya Allah..
pen colour..

Saya dapat colors pen..cumelnyer..
Pen tu pun sebenarnya hadiah Jannah dapat bila menang pertandingan mewarna disekolah.
Hadiah yang Jannah suka , Jannah telah hadiahkan pada mama.

Tak tahu nak cakap apa..
Mula dengan bungkusan hinggalah ke hadiah.
Sayang sangat kat Jannah. Jazakillahu khairan katheera Jannah :)





Saturday, 28 July 2012

besarkan tadahan..

Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan kita untuk kita bertemu Ramadhan kali ini lagi.
Peluang yang penuh bermakna untuk kita muhasabah diri ..

Jika bulan-bulan yang lain susah kita untuk betemu waktu mustajab untuk berdoa..Allah bagi kita peluang Ramadhan, doa banyak-banyak kerana setiap doa kita adalah dalam waktu yang mustajab..
Jika bulan yang lain banyaknya dugaan untuk bangun perbanyakkan solat sunat.. Allah bagi Ramadhan,untuk kita banyakkan solat sunat sekurang-kurangnya kita buat solat terawih.
Bulan yang lain kita terikat dengan nafsu makan yang melemahkan iman, Allah beri kita Ramadhan untuk kita maksimumkan semula tahap iman dan kesihatan dengan kurangkan nafsu makan.

Kuatkan keyakinan kepadaNya supaya kita benar-benar tergolong dalam golongan yang benar-benar beruntung pada bulan ramadhan ini sebagaimana yang telah Allah janjikan.

Ramadhan umpama air hujan rahmat..bergantung kepada besar mana tadahan kita sediakan..
Kuatkan kesabaran melaksanakan amal soleh :)

Ramadhan kareem,
mamajannah.


Monday, 21 May 2012

bestnye..:)

Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah..alhamdulillah...dah masuk Rejab.

Ramadhan semakin hampir...:)

Jom kita buat persiapan untuk menyambutnya.

Astagfirullah..

Panjangkanlah umurku untuk menemui Ramadhan.

Monday, 26 March 2012

Ogenki desu ka?

Assalamualaikum wrt ,

Ogenki desu ka.

Alhamdulillah genki desu..:)

Alhamdulillah malam ni rasa rindu dengan notakecil ini..lama tak berkongsi. Alhamdulillah saya berpeluang mengikuti kelas bahasa jepun kat tempat kerja. Minggu lepas adalah hari pertama dan esok kali kedua. Mula-mula rasa kecut jugak sebab saya sepatutnya tak layak sebab kelas pertama saya tak ikut tapi HR kata ok sebab saya orang baru. Dalam kelas tu cuma ada 7 orang jer semua senior-senior. kali pertama saya masuk lambat pastu tempat duduk yang kosong betul-betul depan cikgu. Saya pun duduklah. Kelas pertama saya cuma senyum-senyum jer sebab satu patah perkataan pun tak faham. Cikgu cuba buat ulangkaji daripada apa yang diajar dalam Kelas 1. Saya cuba tangkap slang jepun..kelakar bila saya cuba cakap. Tapi rasa menarik jugak bahasa jepun ni.

Malam ni sempatlah saya carikkat youtube how to speak japanese...
dapatlah bayang-bayang sikit sebelum cikgu tanya esok petang...:) 

Seronok dapat belajar sesuatu yang baru..berangan one day nak gi Jepun :)

ok, ari gatou semua.

InsyaAllah, ganbarimasu.

Thursday, 2 February 2012

tua..


Bila dengar pengalaman dan melihat kawan-kawan menjaga ibu bapa yang sudah tua bukanlah mudah dan sangatlah menguji kesabaran. Apatah lagi sekiranya ingatan mereka telah lemah dan ditambah lagi kita yang jaga,  kita juga dimarah-marah dan diperintah-perintah. Jika tiada belas kasihan dan kesabaran tentu sahaja orang tua itu tidak dipedulikan.



Saya terfikir akhlak dan kesabaran Rasulullah dalam kisah bila Rasulullah menyuapkan makanan setiap hari kepada seorang tua yang buta. Sabarnya Rasulullah walaupun orang tua itu bukan darah daging, bukan Islam pun dan bila disuapkan makanan , apa yang diterima dari mulut perempuan tua itu adalah cacian dan tuduhan terhadap diri Rasulullah. Namun Rasulullah tetap datang setiap hari dan menyuapkan makanan tanpa sedikit pun rasa marah.

Bagaimana akhlak kita menjaga orang tua apatah lagi orang tua itu adalah ibu bapa sendiri?


Lagi satu bila tengok orang tua-tua, terfikir macam manalah jika tua nanti..

Pertama suka tengok orang-orang tua yang bersih mukanya, kurus dan sihat dan boleh beribadat dan kuat ingatan. Kedua takut dan sedih jika bila tua dan kerana keuzuran terbuka segala aib diri. Amalan kita yang mana yang lebih sebati dan dominan itulah yang akan terzahir dengan sendirinya.
Jika baik amatlah beruntung dan teramat hina jika sebaliknya.

Mudah-mudahan kita manfaatkan masa muda untuk mengadun dan sebatikan diri dengan amalan soleh, agar kita menjadi orang tua yang soleh dan solehah yang sejuk mata memandang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...