Tuesday, 26 April 2011

tazkirah untuk tuan rumah dan tetamu

Rasa nak kongsi sesuatu yang saya rasa menarik sebagai peringatan. Adab kita jika kita menjadi tuan rumah dan adab kita sebagai tetamu. Mungkin perkara ini biasa dan mungkin juga kita terlupa.

Perkara ni disebut dalam Hadith ke -15 iaitu Memelihara Ucapan, Hak Tetamu dan Jiran, daripada buku Syarah 40 hadith Imam Nawawi.

Hadith yang bermaksud

" Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Baragsiapa beriman dengan Allah dan akhirat maka hendaklah berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak hendaklah berdiam sahaja. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Dalam huraian hadith ni perkara memuliakan tetamu adalah perkara yang terakhir dihuraikan manakala dua perkara pertama ialah berkata dengan baik jika tidak lebih baik diam dan memuliakan jiran. Semuanya saling berkait dan penting dalam kesempurnaan Islam sebagai cara hidup.

Kita tahu tetamu kena diutamakan dan dimuliakan. InsyaAllah selepas ini kita tahu daripada mana sumber amalan ini dan bagaimana cara sebaiknya yang diajari oleh Rasulullah SAW.


Peringatan yang pertama jika ada orang nak datang ziarah, apa perkara yang perlu kita buat sebagai tuan rumah ni ?

1. Hendaklah kita melayan tetamu dengan wajah yang ceria dan berkata-kata dengan perkara yang baik-baik dengan tetamunya.

walaupun penat cuba senyum dan ceria,insyaAllah mujahadah pasti diberi ganjaran Allah swt.

2. Hendaklah kita bersegera menyediakan makanan dan minuman dan apa sahaja yang ada dirumah.

Cepat-cepat hidangkan air jangan sampai berborak dah dekat 1 jam tapi air tak keluar-keluar, tetamu nak minta mestilah segankan.

Seterusnya sangat penting kita ingat dan buat,


3. Hendaklah kita menambahkan menu untuk tetamu kita lebih dari kebiasaan yang disediakan untuk ahli keluarga untuk selama sehari semalam.

Dalam dua hari berikutnya hendaklah kita menjamu tetamu dengan makanan biasa yang kita hidangkan untuk ahli keluarga tanpa merasa bebanan atau kemudaratan keatas mereka.

Telah diriwayatkan oleh Muslim dari sabda Rasuluullah SAW yang bermaksud:" Melayanlah tetamu itu adalah selama tiga hari dan sehari semalam hendaklah dilayan dengan seistimewa-mewanya, maka apa sahaja yang selain dari itu maka ia adalah sedekah baginya."

Sebagai tuan rumah cuba sedaya upaya untuk menghidangkan menu yang luar biasa dan lebih dari kebiasaan tidak kiralah samada kita beli atau masak sendiri, yang penting tetamu kena dilayan seperti vip pada hari pertama dan hari seterusnya apa yang biasa kita makan seharian dan ia adalah sedekah untuk tetamu itu. Janganlah terperanjat jika hari kedua tuan rumah hidang ikan goreng dengan sayur sebab mungkin itu adalah makanan biasa baginya.

Itu jika kita menjadi tuan rumah ,manakala adab kita sekiranya menjadi tetamu pula macam mana?

Jangan susahkan atau menyulitkan tuan rumah dengan tinggal dirumahnya melebihi tiga hari atau tinggal dirumahnya sedangkan tahu bahawa tuan rumah tidak mempunyai apa-apa untuk menghidangkannya.

Telah diriwayatkan oleh Muslim daripada hadith Abu Syuraih r.a. yang bermaksud :" Tidak halal ke atas seorang lelaki muslim untuk tinggal di sisi saudaranya sehingga menyebabkan saudaranya berdosa." Para sahabat bertanya :"Ya Rasulullah ! Bagaimanakah yang menyebabkan saudaranya berdosa?" Sabda Rasulullah SAW : "Beliau tinggal di sisi saudaranya sedangkan saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa untuk menjamunya."

Dalam buku ni kata jika keadaan ini berlaku si tuan rumah boleh meminta saudaranya itu berpindah dari rumahnya,khususnya selepas dari tiga hari menunaikan kewajibannya.

Jadinya kita kenalah faham tentang keadaan tuan rumah walaupun tetamu kena dimuliakan tetapi ingat hanya tiga hari...

Dedulu dan sampai sekarang mak selalu pesan bawa buah tangan bila datang rumah orang , sebelum baca hadith ni selalu ingat biasalah orang melayu kaya dengan adab sopan budi bahasa , tapi bila baca huraian hadith ni lagi lebih faham..jika kita bawak buah tangan kita dapat elakkan tuan rumah daripada dapat dosa..manalah tahu masa kita datang tu betul-betul takder makanan yang istimewa sekurang-kurangnya tuan rumah boleh hidangkan buah tangan yang kita bawa. Dan janganlah pula bila tuan rumah keluarkan apa yang kita bawa, bila balik kita mengata apalah dia keluarkan itu atau ini jer...atau kita beli untuk dia dia keluarkan balik untuk kita. Jangan sampai ziarah kita menjadi modal untuk mengumpat,nauzubillah.

Dan sebagai tuan rumah pula perlu bersedia lebih awal untuk memberi yang paling istimewa untuk hari pertama kepada tetamu. Dan tetamu lebih manis beritahu awal untuk datang agar kedua-duanya mendapat ganjaran rahmat dan kasih sayang Allah.

Sekiranya setiap kita mengamalkan apa yang Rasulullah pesan dalam hadith bukan kerana budaya insyaAllah kita akan lebih beriltizam untuk melakukannya dengan sebaik mungkin dan tidak timbul hasad dengki dan sebagainya.

Islam cara hidup kita.



Friday, 22 April 2011

n.a.t.u.r.a.l


s.u.k.a


d.a.m.a.i



i.n.d.a.h

l.u.k.i.s.a.n.a.l.a.m

~notakecil-ini~

3:191. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, “Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab neraka .









Thursday, 14 April 2011

terasa tercabar...



Cuba juga nak menulis dalam blog, nak share sesuatu yang berlaku pada saya hari ni.

Tadi pagi masa kat break room macam biasa saya dengan makcik-makcik , panggil makcik-makcik sebab saya yang paling muda :) . Saya duduk disebelah makcik ni nama dia Annette. Hari ni Annette last day sbb dia tak kejer jumaat. Sambil senyum-senyum dia keluarkan bag kertas dan bagi kat saya..that is for you yati..I am sorry I am off tomorrow so I can't see you anymore.

Bag kertas yang berwarna keemasan dan ada dua hadiah didalamnya. One for you and one for your little girl...ohh terharunya saya masa tu...Annete ni team lain dan saya jumpa bila masa rehat jer dengan ada dua orang lagi. Tapi mereka ni sangat baik dan lembut budi bahasa dia...lagi-lagi Annette tu. umur dalam 50 an dan sangat peramah dan suka tegur saya bila jumpa. Beza dengan makcik-makcik yang lain sebab saya ni sorang jer orang luar dan muslim plak tu. Jika mereka berborak saya banyak diam sebab tak paham longhat yorkshire ni..Annette nilah cuba paham-pahamkan saya.

Yang sangat saya terharu kad yang saya terima dalam bahasa melayu..dan tulisan didalam kad juga. oooh itu lagi buat saya terharu dan Annette nilah yang cuba tulis. Bila saya tanya macam mana dia tahu..sambil gelak dia cakap dia ada translater. Annette ni ajar student China English, tak sempat tanya student dia ker ajar..



Memang saya rasa terharu dan gembira sebab ada jugak orang putih ni usaha untuk tulis dalam bahasa melayu jarang sebab mereka sangat berbangga dengan bahasa mereka. Ok saya pun bukak hadiah dan tak lama tu Annette keluarkan kertas dari beg tangan.

This is also for you and it is also in your language..

Bila dia letak depan saya..saya ambil dan dalam hati oh no! bijak makcik ni mendakwah..

Do you know about these question? Annette tanya saya.

Yes I do but my answers are different...


Semua jawapan adalah mengikut Bible..saya ni tak pernah pun dan takut pun nak baca Bibble. Tapi kertas ni ada didepan saya dan sampai dengan cara yang sangat halus..

oh rasa tercabar saya sebab saya tak sampaikan Islam pada mereka padahal Islamlah yang benar. Cuba juga cool...Depan makcik-makcik tu saya cuba hormat dan baca untuk tahu apalah jawapan dan kefahaman mereka ni.

So apa yang saya baca jawapan-jawapannya tiada satu pun dikaitkan tentang hari kiamat dan pembalasan. Semuanya tentang mereka akan memiliki dunia dan tinggal selama-lamanya didunia setelah bangkit dari kubur.

Selalu juga baca tentang mereka didalam Quran mereka tidak percaya hari kiamat dan pembalasan. Firman Allah bermaksud

Dan seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya (tentulah kamu melihat peristiwa yang mengharukan). Berfirman Allah: "Bukankah (kebangkitan ini benar?" Mereka menjawab: "Sungguh benar, demi Tuhan kami". Berfirman Allah: "Karena itu rasakanlah azab ini, disebabkan kamu mengingkari(nya)". (QS. Al-an'am : 30)


Macam-macam rasa..kefahaman mereka salah dan kasihannya mereka dan kebenaran perlu disampaikan.

Rasa tak puas hati, nak cakap berdepan dengan makcik-makcik ni tak boleh sebab culture mereka agama adalah hak masing-masing. Cuma bila dah habis rehat saya balik semula ke blok sambung kejer. Bersama saya ada seorang makcik ni nama dia Kay. Nilah peluang saya untuk sampaikan tentang Islam. Haritu saya ada bagi dia Quran sebab dia minta dan hari ni saya tanya adakah jesus tu dia punya tuhan? Dia kata yer..kemudian saya kata saya percaya Jesus tapi bukan as god. Saya kata Jesus adalah manusia biasa seperti kita, takkan dia boleh jadi tuhan?

Lepas tu dia kata dia pun konfius...
Dia tanya saya Jesus n God are same?
Kemudian dia tanya tentangMary..

Last saya kata please read Chapter 19 in the Quran, there have story about Mary (Maryam).

Tak sempat nak borak panjang jam dah pukul satu, masing-masing nak balik.

Esok jumpa lagi...hari terakhir saya bersama mereka. Saya cuba fikir untuk memberi sesuatu untuk mereka berfikir.

Hari ni dapat belajar sesuatu, dengan kad terus berdakwah.

Iaitu caranya mengambil hati adalah dengan belajar bahasa mereka dan bila mereka rasa dihargai senang untuk mereka menerima dakwah yang diberi.




Maaflah jika bahasa tak tersusun..dah pukul 12 ni nak tidur..sebelum tu sama-samalah kita sampaikan tentang Islam walaupun satu ayat...mereka sebenarnya tak tahu tentang Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...