Saya ni jarang baca atau dengar seerah sahabiyyah, yang selalu baca atau dengar adalah tentang para sahabat . Mungkin kerana dari kecil kurang didedahkan kisah wanita-wanita yang hebat di zaman Rasulullah kecuali kisah Khadijah, Aisyah dan Fatimah…alasanlah ni.,
Detik bermula ingin mengetahui kisah Sahabiyyah pabila saya dikehendaki menyampaikan kisah sahabiyyah pada satu pertemuan. Awal-awal saya menolak sebab takder buku tapi mak naqibah terus kata dia ada buku dan terus meminjamkan saya satu buku yang cantik kulit nya secantik tajuk nya- 35 Sirah Shahabiyyah penulisnya Mahmud Al-Mishri. Terus berminat untuk membelek-beleknya. Ada 35 orang ni nak pilih yang mana? Yang pertama nak baca yang tak terkenal dan tetiba nak tahu cerita tentang Asma’ sebab teringat seorang kawan nama dia Asma’. Kenapa nama Asma’ dipilih?
Saya pun baca dan baca. Bila jer habis baca tetiba tercari-cari dan tertanya-tanya kenapa ada satu cerita yang selalu dengar tentang Asma’ ni takder diceritakan disini. Kemudian teliti semula nama dia….oh bukan rupanya ni bukan cerita Asma’ binti Abu Bakar. Ini cerita Asma’ lain rupanya.
Siapakah Asma’ kali ini?
Asma’ binti Umais atau gelaranya Wanita yang Bernikah Dengan Tiga Ahli Syurga.
Jika kita baca kisah perang Mu’tah kita akan teringat dengan pesanan Rasulullah kepada 3 panglima perang yang akan ganti menggantikan siapa sekiranya seorang syahid.
Panglima perang kedua dalam peperangan yang sangat sengit, Ja’far b, Abu Thalib dengan kekuatan dan demi Islam tercinta panji sama sekali dijulang walaupun satu demi satu tangannya hilang masih tetap memastikan panji tetap berdiri dan apabila membaca kisah perang Mu’tah kisah inilah yang saya ingat dan tidak pernah terfikir saya untuk mengetahui siapakah isteri sahabat yang shahid ini. Dan rupanya panglima perang yang hebat yang hilang kedua tangan inilah beristerikan Asma’ binti Umais. Kemudian setelah Ja’far syahid, suaminya adalah Abu Bakar dan setelah Abu Bakar , suaminya adalah Ali bin Abu Thalib. Kisah Asma’ menceritakan dirinya yang begitu setia dengan suami dan sentiasa menyebut kebaikan suami walaupun telah meninggal dunia dan kekuatan jiwa dengan berpuasa dan solat malam.
Bila habis baca apa yang saya terfikir jika zaman sekarang ni mungkin kita sering ingin tahu eh polan ni kawin dengan saper ek? Saper isteri polan ni ek? Lebih-lebih lagi jika polan itu ‘somebody’. Senang kata bergosip memang suka Tapi kenapa semangat ingin tahu itu tidak kepada sirah sahabat-sahabat Rasulullah yang jika mengetahuinya akan meningkatkan iman kita, berbeza dengan ‘somebody’ zaman moden ni yang tidak akan beri faedah apa-apapun takut-takut menambahkan dosa lebih lagi kerana mengata itu tak kena ini tak kena.
Saya masih ingat masa dengar ceramah Maulidur Rasul daripada Ustaz Maszlee..Mengapa kita perlu tahu sejarah? Salah satunya apabila kita baca sejarah tokoh kita akan merasa ingin menjadi sepertinya, membaca dan memperingati sejarah kegemilangan kita kan berusaha kearah itu dan memperingati sejarah kejatuhan kita kan jadikan sebagai sempadan dan tauladan supaya tidak terjadi kali kedua begitu juga jika sejarah keperitan peperangan diperingati akan dapat tanamkan semangat perjuangan yang kuat. Banyaklah contoh-contoh sejarah yang ustaz bagi salah satu nya kenapa Kamal Attaturk masih disegani rakyatnya walaupun jahat dan bagaimana Iran hebat tenteranya.
Hanya dengan tahu akan menjadi mahu…:). Jangan dilekehkan sejarah dan baca kisah-kisah sahabiyyah untuk ditanam dalam jiwa diri anak-anak sejak kecil lagi untuk menggantikan sinonimnya anak kecil dengan cerita-cerita dongeng puteri-puteri Disney..Cinderella, Snow White dan sebagainya yang akhir ceritanya kawin dengan putera raja hidup bahagia.
Peringatan untuk saya dan juga kita sebagai mama,ibu,bonda,mak,ummi,mummy dan apapun panggilannya untuk bina jati diri yang unggul dan solehah dalam diri kita dahulu. Tapak semaian yang subur dan baik akan mengahsilkan tanaman yang membesar dengan kuat dan sihat. Pabila kita cerita kepada anak-anak mudah-mudahan tertanam di hati dan fikiran anak-anak ingin menjadi seperti mereka yang tinggi semangat perjuangan, anggun dan berprestij dalam kaca mata nilaian iman dan islam.
Ada beberapa ungkapan tentang wanita yang saya jumpa yang sangat indah:
Wanita-‘Senyumnya adalah rahsia yang tersingkap,tangisannnya adalah rasa hati dan kemarahannya adalah pemberontakan kasih sayang’
‘Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan’
Akhir sekali sebagai peringatan untuk saya dan kita bersama supaya kita wanita menjaga pergerakan dan kata-kata cukup dengan pesanan Rasulullah bahawa kebanyakan wanita adalah penghuni neraka.
2 comments:
Assalamualaikum Yati,
Kami baru je decide nak bagi nama baby yg bakal menjelma ni..Asma' (selepas berhempas pulas debate nk bg nama apa, huhu)...pastu terbuka pulak blog awak...hehe..petanda tuh, hehe..
Tolong doakan moga semuanya selamat...
Take care!
wa'salam lin,
nama tu sangat istimewa...iA semoga puteri yang bakal lahir akan secomel namanya..:) tak sabar nak tengok baby awak lin..panggil awak apa..ummi ker ibu?
insyaAllah semoga awak dan baby sihat.
awak pun sama take care.
Post a Comment