Sunday, 6 September 2009

Peluang terbuka..


wahai isteri,
di bulan Ramadhan,dirimu dikurniakan kekuatan,meninggalkan tilam empuk dalam kesejukan,bangun semata-mata untuk sahur,
untuk suami dan anak-anak tercinta,

namun,sedarilah peluang tahajudd terbuka disana,
kekuatan telah ada,
cumanya,
diawal pagi itu,
sebelum kesibukan di dapur,
menanti sahur,basahlan dirimu dengan wudu',
bersedia untuk bertemu denganNya, bermunajat merintih dan merayu,

wahai diri ini,
Bangunlah malam untuk mencari ketenangan,

Bangunlah malam untuk mencari kekuatan,
Bangunlah malam untuk mencari keampunan,
Bangunlah malam untuk mencari jawapan,
Bangunlah malam untuk mencari ketelusan,
Bangunlah malam untuk mencari kasih sayang,

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf,
Engkau menyukai Pemaafan, Kerana itu berilah maaf kepadaku,

semoga didikan di Ramadhan,semoga kemanisan di Ramadhan,akan digenggam walaupun Ramadhan berlalu.

2 comments:

Ibu Aunis said...

betul tu yati..Peluang utk kite bertahajjud. Alhamdulilah, seawal pose dulu (isyak lmbt) slalu aku gunakan masa awal sblm bersahur (bgun kol 3am) utk berterawih (tu je masa yg tenang), la ni dpt la terawih awal dan gunakan masa sblm mask sahur utk solat2 sunat yg lain. Alhamdulilah. Peluang ramdhan kali ni yg aku rasekan lbh baik dr sblmnya. Mudah2han masih dapat peluang merebut sebanyak mungkin tawaran hebat bulan ini ;)

mamajannah said...

Alhamdulillah, samalah far, aku pun buat yang sama dan perasaan yang sama yang aku rasakan. Alhamdulillah semoga perkongsian kita akan menjadi inspirasi buat isteri2 yang lain..:)
InsyaAllah jom sama2 kita merebut tawaran hebat yang datang hanya sekali dalam setahun;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...