Monday, 12 January 2009

Kembara PMS08 @Glasgow

Bismillahirahmanirahim

Penutup tirai 2008, saya telah pergi ke Perhimpunan Musim Sejuk anjuran MSM UK. Perjalanan kali ini bertemankan anak saya jannah dan beberapa orang adik2..wani,teaks,sofi,han,tika,anisah,farrah,yaya,fizah dan izzati...
Walaupun saya sahaja yang telah mempunyai anak tetapi niat dihati ingin membina ukhuwwah, saya tekad juga nak pergi. Rasa dihati seronok sebab teringat masa di kampus dulu2....

Perjalanan kami dengan menaiki train dari Sheffield ke Darlington..pastu tukar train terus ke Glasgow. Di dalam train Jannah adalah orang yang paling seronok sebab kakak2 suka melayannya esp. kak tika. Sampai mamanya tidak diheran malah semuanya kak tika...nak duduk sebelah kak tika, nak tukat baju ngan kak tika..nak apa jer semua kak tika..
Terima kasih tika..layan anak akak ni..yang tak tahan tu..bila kak tika buat muka merajuk nak tahu jannah cakap apa.'eeii berlakon ker..??'..kami yang mendengar berderai ketawa..


Setelah sampai ke Glasgow Central kami menaiki teksi untuk ke UKIM sebelum ke Loch Lomond. Sampai di UKIM kami rupanya ketinggalam bas yang disediakan untuk ke tempat peginapan kami sepanjang program, Youth Hostel Loch Lomond. Kami terpaksa patah semula ke Glasgow Central dan menaiki train ke Balloch Central. Perjalanan menaiki train lama yang berhenti disetiap station..memeningkan saya...suasana diluar sangat sejuk dan gelap..jam baru menunjukkan 430 ptg..ermm..musim winter gelap cepat. Setiba di Balloch Central kami terpaksa menunggu dalam 15 minit untuk menaiki teksi ke tempat program. Alhamdulillah sistem teksi yang berkesan memudahkan kami.
Akhirnya jam 930 malam kami sampai. Masing-masing keletihan tetapi oleh sebab kami disambut oleh fasi dan diajak makan...hilang seketika rasa letih. Kami makan menggunakan talam, nasi berlaukkan kari ayam dan salad....walaupun rasa banyak tetapi disebabkan makan bersama sedikit demi sedikit makanan dapat dihabiskan...
Itulah kemanisan ukhuwwah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...