Monday 26 January 2009

Free Palestine


2 Januari 2009 , Seluruh warga Sheffield telah menunjukkan kepedulian dan sokongan kepada rakyat Palestin. Mereka berkumpul pada awal 10 pagi , berkorban masa pada hujung minggu membantah kekejaman rejim zionis dan kroni-kroninya. Kami sekeluarga tidak ketinggalan dan inilah usaha yang kami dapat buat dan bukan hanya berdiam diri.

Pengalaman yang sangat berharga bagi saya kerana dapat bersama dan melihat sertai merasai sendiri bagaimana manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan terutamanya agama bersatu dan berfikiran yang sama atas dasar kemanusiaan dan menentang kezaliman. Suatu pengalaman yang tidak akan diperolehi di Malaysia.


Bergema sokongan kanak-kanak, wanita bertudung, tak bertudung,tinggi rendah, hitam putih, Islam, Kristian dan fahaman politik yang berlainan melaungkan..Free Free Palestine..
Manusia dikurniakan akal dan boleh berfikir dengan rasional dan boleh menilai sendiri sama ada Israel atau Hamas yang benar.


Pada 24 Januari 2009 sekali lagi warga Sheffield telah keluar berdemo sebagai tanda sokongan terhadap kebebasan rakyat palestin dan tentangan kepada tindakan rejim Zionis .

Ucapan daripada beberapa wakil yang terdiri daripada Muslim Associatian of Britain (MAB), Sheffield City Council, Sheffield University Student's Union dan MAB Youth.

Wakil kami,

Semoga Allah selamatkan bumi Palestin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...