Friday, 30 January 2009

Kehidupan..ketika berdua

Gambar-gambar lama yang masih ada dalam album online. Masa tu hanya ada mama dan ayah. Jannah??? Itulah soalan comel bila jannah melihat gambar mama dan ayahnya...:D
Kenangan pada 2003,Newcastle sebab masa tu ayah buat Master, dan semasa disana sempat honeymoon di Edinburgh, Scotland...:D

Monday, 26 January 2009

Free Palestine


2 Januari 2009 , Seluruh warga Sheffield telah menunjukkan kepedulian dan sokongan kepada rakyat Palestin. Mereka berkumpul pada awal 10 pagi , berkorban masa pada hujung minggu membantah kekejaman rejim zionis dan kroni-kroninya. Kami sekeluarga tidak ketinggalan dan inilah usaha yang kami dapat buat dan bukan hanya berdiam diri.

Pengalaman yang sangat berharga bagi saya kerana dapat bersama dan melihat sertai merasai sendiri bagaimana manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan terutamanya agama bersatu dan berfikiran yang sama atas dasar kemanusiaan dan menentang kezaliman. Suatu pengalaman yang tidak akan diperolehi di Malaysia.


Bergema sokongan kanak-kanak, wanita bertudung, tak bertudung,tinggi rendah, hitam putih, Islam, Kristian dan fahaman politik yang berlainan melaungkan..Free Free Palestine..
Manusia dikurniakan akal dan boleh berfikir dengan rasional dan boleh menilai sendiri sama ada Israel atau Hamas yang benar.


Pada 24 Januari 2009 sekali lagi warga Sheffield telah keluar berdemo sebagai tanda sokongan terhadap kebebasan rakyat palestin dan tentangan kepada tindakan rejim Zionis .

Ucapan daripada beberapa wakil yang terdiri daripada Muslim Associatian of Britain (MAB), Sheffield City Council, Sheffield University Student's Union dan MAB Youth.

Wakil kami,

Semoga Allah selamatkan bumi Palestin.

Friday, 23 January 2009

Kenangan manis di PMS08

Otak Kanan

Assalamualaikum wrt,
Sejak kebelakangan ni jannah begitu suka melukis dan menulis

...kejap-kejap panggil mama dia..mama please come n see,pastu dia explain apa yang dia buat...

duniaku..

she is dancing
she is thinking about love

she is thinking about flower


my friend's name
pastu semua kertas A4 habis dia yang ambil dan buat macam ni..

Thursday, 22 January 2009

Monday, 19 January 2009

luv mama

Abadi


Jannah luv Mama

From Jannah,:)

Monday, 12 January 2009

Aviemore





Diakhir PMS kami telah pergi ke Aviemore..untuk bermain ski. Kami bertolak pagi-pagi lepas subuh. Bas ontime sampai 630 am...perjalanan sangat jauh...kami sampai disana dalam pukul 1130..

Kembara PMS08 @Glasgow

Bismillahirahmanirahim

Penutup tirai 2008, saya telah pergi ke Perhimpunan Musim Sejuk anjuran MSM UK. Perjalanan kali ini bertemankan anak saya jannah dan beberapa orang adik2..wani,teaks,sofi,han,tika,anisah,farrah,yaya,fizah dan izzati...
Walaupun saya sahaja yang telah mempunyai anak tetapi niat dihati ingin membina ukhuwwah, saya tekad juga nak pergi. Rasa dihati seronok sebab teringat masa di kampus dulu2....

Perjalanan kami dengan menaiki train dari Sheffield ke Darlington..pastu tukar train terus ke Glasgow. Di dalam train Jannah adalah orang yang paling seronok sebab kakak2 suka melayannya esp. kak tika. Sampai mamanya tidak diheran malah semuanya kak tika...nak duduk sebelah kak tika, nak tukat baju ngan kak tika..nak apa jer semua kak tika..
Terima kasih tika..layan anak akak ni..yang tak tahan tu..bila kak tika buat muka merajuk nak tahu jannah cakap apa.'eeii berlakon ker..??'..kami yang mendengar berderai ketawa..


Setelah sampai ke Glasgow Central kami menaiki teksi untuk ke UKIM sebelum ke Loch Lomond. Sampai di UKIM kami rupanya ketinggalam bas yang disediakan untuk ke tempat peginapan kami sepanjang program, Youth Hostel Loch Lomond. Kami terpaksa patah semula ke Glasgow Central dan menaiki train ke Balloch Central. Perjalanan menaiki train lama yang berhenti disetiap station..memeningkan saya...suasana diluar sangat sejuk dan gelap..jam baru menunjukkan 430 ptg..ermm..musim winter gelap cepat. Setiba di Balloch Central kami terpaksa menunggu dalam 15 minit untuk menaiki teksi ke tempat program. Alhamdulillah sistem teksi yang berkesan memudahkan kami.
Akhirnya jam 930 malam kami sampai. Masing-masing keletihan tetapi oleh sebab kami disambut oleh fasi dan diajak makan...hilang seketika rasa letih. Kami makan menggunakan talam, nasi berlaukkan kari ayam dan salad....walaupun rasa banyak tetapi disebabkan makan bersama sedikit demi sedikit makanan dapat dihabiskan...
Itulah kemanisan ukhuwwah.

Sunday, 4 January 2009

Kenangan Kami 2008

Koleksi Kenangan 2008


Kenangan di York.







Hari ni mulalah penghijrahan saya dari menggunakan www.fotopages.com ke www.blogger.com totally. Kenapa?? Sebabnya server fotopages adalah dimiliki oleh israel.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...