Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana banyaknya nikmat yang diberikan.
Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah
Hari ni pergi fakulti macam biasa.
Selesai sudah presentation saya di uniten semalam, saya telah buat yang terbaik dan telah dapat feedback dr seorang penonton dari AIS, UTMKL dan cadangan yang sama sebenarnya dari supervisor saya..cuma saya belum menulis lagi bahagian tu :) InshaaAllah next stage.
Hari ni pergi melapor diri kepada supervisor..masuk-masuk bilik dia senyum jer (memang selalu senyum pun..hopefully senyum sebab progress saya mencapai tahap yang sepatutnya..:). Bincang apa yang saya dapat dan apa yang saya perlu buat, buat saya berfikir..dalam hati banyak jer lagi. Hati saya macam Dr. S boleh baca jer..dia terus cakap hari ni awak rehat dulu nanti minggu depan baru start. Saya senyum dan ucapkan terima kasih..lega sikit.
Bila Dr. kata macam tu, so I decide to dived my mind from heavy thinking to light thinking.
Buat apa lagi menulis nota kecil kesayangan saya ni.
________________________________________
Ceria hari ni.
Dari tingkap bilik ni saya dapat lihat awan.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang diturunkan hujan membasahi bumi dan memberi nikmat udara yang bersih semula kepada kita . Dari kelabu telah kembali biru. Namun jangan leka dan lalai untuk kita sentiasa mensyukuri dan menjaganya dengan baik. Beringat sebelum buat.
Teringat ayat Allah dalam surah Ar Rum ayat 33 yang bermaksud
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan kembali bertaubat kepadaNya;kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya.
Berusaha..berehat jangan lama-lama nanti takut terleka.
___________________________________________
Balik awal nak masak mee bandung, lipat baju dan layan jannah cakap..mesti dia banyak cerita nak bagi tahu saya maklumlah dah dua malam sleep over rumah bffe dia :)
Esok study :)
Thursday, 27 June 2013
Sunday, 23 June 2013
Tadabbur Alam
Duduk dalam bilik study kat fakulti menghadap tingkap..mata memerhati udara yang kelabu asap
Terdetik dalam hati..
Betapa kasihnya Allah kepada kita telah mengurniakan udara yang bersih tanpa perlu kita bayar satu sen pun. Tetapi manusia telah mencemarkannya. Manusia jua yang telah menzalimi dirinya sendiri.
Dalam hati hanya Allah jua yang boleh menurunkan hujan membersihkan semula udara ni.. Ampunilah kami Ya Allah.
Allah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud
Telah nampak kerosakkan didarat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia. Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar).
__________________
Sya'ban dah hampir kepenghujung bermakna Ramadhan semakin hampir. Rasa tak sabar nak menyambut Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan Allah beri kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan. Amin.
__________________
Hidup ni orang kata putaran roda kekadang diatas kekadang dibawah..dan akan sentiasa bergerak tanpa menunggu sesiapa..
Bila saya berpeluang membentangkan kertas penyelidikan saya di symposium pada hari Rabu ni..buat saya
teringat, 6 tahun yang lepas last saya bentang kertas penyelidikan dan itulah kali pertama dan rezeki saya masa tu menang the best presenter. Lepas tu terus terbang..kenangan.
Peluang itu datang kembali..
Supervisor saya kata pelan-pelan target local dulu..pada saya semuapeluang yang datang itu baik untuk saya saya dapat panaskan enjin yang dah beku selama 6 tahun.. tak berdiri kat depan bercakap..berdebar.
Walaubagaimana pun ini sebagai permulaan dan inshaaAllah akan lakukan yang terbaik.
Ya Allah permudahkanlah segala urusan, jangan engkau persulitkannya, sempurnakanlah dengan kebaikan.
Teruskan berlari jangan putus asa !

Saturday, 27 April 2013
pilihan
Assalamualaikum,
sekarang demam pilihanraya,
sana sini bendera..
tadi lalu kat ayer keroh.. dah ada bendera jatuh..merbahaya.
fikir, ada kesan ker bendera dengan pilihan pengundi.
masa kat uk ada pilihanraya tapi cool jer..takder bendera satu pun.
cuma dalam suratkhabar jer cerita calon tu kempen kat mana kat mana dan apa yang dijanjikan kalau pilih dia, itu saya rasa ada kesan..lihat , dengar dan fikir
kalau bendera kesan dia tak tahu pula...membazir pun yer jugak.
tapi itulah suasana dinegaraku
jom sama-sama mengundi.
lepas ni takyah pasang bendera
sekarang
zaman internet,
setakat bendera tak mempengaruhi pilihan,
yang penting maklumat yang diterima, dibaca dan dibincangkan.
kita dah bijak pandai..bukan dolu-dolu.
buatlah undian yang boleh buat perubahan
save our planet :)
Saturday, 16 February 2013
satu episod
Setiap apa yang kita lalui adalah telah diatur olehNya. Setiap detik pahit manis semuanya ada hikmah sekiranya kita berfikir dan merenung hikmah yang Allah nak beri pada kita.
Sekiranya gembira kita bersyukur dan sekiranya sedih pun bersyukur kerana lebih banyak hikmah yang kita dapat.
Alhamdulillah genap dua tahun saya bekerja di kilang. Walaupun sekejap tetapi banyak benda yang saya belajar apabila bekerja didalam industri yang dimiliki oleh Jepun terutamanya.Budaya kerja adalah menepati masa dan rajin. Kerja memang sentiasa ada, kena tahan mental dan fizikal. Politik kerja memang tidak dapat dielakkan namun saya bersyukur kerana dapat kawan dan juga bos yang jelas matlamat bekerja. Bekerja dengan ikhlas rezeki, Allah yang beri kekadang ia datang tanpa disangka. Dengan kerja saya dapat memiliki kereta MyV, dapat kereta sendiri yang memang selama ini saya inginkan sebabnya taknak susahkan orang hantar dan ambil saya. Saya nak dan Allah permudahkan. Kemudian saya dapat berkenalan dengan seorang adik yang sentiasa buat saya gembira dengan lawak dia bila saya tengah stress...rasa sayang kerana Allah buat dia berubah kearah yang lebih baik...itu adalah hadiah yang sangat bermakna buat saya.
Saya dapat memahami selok belok bisnes dan ragam manusia. Bila banyak kerja kita tidak ada masa nak bercerita tentang orang, tiada masa nak bandingkan jenama beg apa yang orang lain pakai dan tiada masa nak buat sesuatu yang tidak dapat untung. Semua perkara perlu difikir kenapa dan kenapa dan berani buat keputusan dan menanggung risiko. Orang yang berjaya adalah tidak akan dipengaruhi oleh persekitaran sebaliknya dia yang mencorak persekitaran. Mempengaruhi persekitaran yang terbaik adalah bermula dengan akhlak kita. Menepati masa, amanah, rajin, jujur, berdaya saing, positif, tidak mengambil tahu hal ehwal orang lain yang keterlaluan, kemas dan bersih adalah akhlak seorang muslim dan sedih jika bangsa lain selalu melabelkan melayu dengan malas..dan jika melayu mestilah Islam. Bila didalam industri yang bermacam bangsa saya dapat lihat bagaimana perspektif mereka dan jika kita lain mereka akan hormat. Namun kita bekerja bukanlah nakkan pujian manusia tetapi keberkatan rezeki dari Allah.
Maulidur Rasul tahun 2013 saya berhenti bekerja. Kenapa? Kerana saya isteri. Orang lain jadi isteri tetapi boleh bekerja dengan cemerlang. Lain orang lain ragamnya. Bersyukur dan bersabar dan hati saya terbuka untuk sambung semula belajar buat Master. Lepas tu kerja ? In shaa Allah ada rezeki ada. Tapi fokus saya saya mesti habiskan dengan cemerlang. Kawan saya nasihatkan saya supaya cekalkan hati dan bersedia mental dan fizikal.
Mudah-mudahan langkah ke 2013 memberikan kejayaan dunia dan akhirat,
Kuatkan kesabaran dan solat.
Dunia adalah pentas lakonan.
Sunday, 27 January 2013
REHLAH Bulatan Gembira
Di Tasek Ayer Keroh
26 Jan 2013
"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana."(surah Al-anfal, 8:63)
Tuesday, 1 January 2013
Invisible
![]() |
| jannah n ayah |
Mama last night I have bad dream..tetiba jannah bercerita , duduk mengadap saya melipat baju.
Jannah mimpi apa? tanya saya.
About palestine..
Jannah mimpi apa? tanya saya.
About palestine..
Orang palestin mama..
Israel tembak ker? Tanya saya tak sabar
Tak..orang Palestin jadi invisible .
Oo..lepas tu..
Orang Israel tak nampaklah..lepas tu orang palestin pukul Israel mama.
Saya tersenyum..wah bestnyer mimpi jannah. Macam cerita Tom n Jerry :)
Inilah kesan dari saya bawa Jannah di Booth Aqsa Syarif di PICC Putrajaya. Masa tayangan video Jannah tak sanggup nak tengok..sedih bercampur takut.
Agaknya sampai semalam mungkin dia asyik fikir macam mana nak kalahkan Israel tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
Begitulah imiginasi kanak-kanak.Kesan daripada pendedahan dan pengalaman baru akan membuatkan dia lebih berfikir.
Free Al Aqsa Free Palestine!
Wednesday, 12 December 2012
121212
12-12-12'
Dah lama tanam azam nak dapatkan note ii ....hari ni akhirnya dapat juga saya milikinya. Terima kasih sesangat kat suami tercinta yang sudi jadikan impian saya menjadi kenyataan :) Alhamdulillah. Jadikan hiduP lebih ceria dan bermotivasi.

Subscribe to:
Posts (Atom)