Friday, 22 July 2016

rasa viva

Malam tadi baca2 lagi tesis, ingat2kan balik flow cerita apa aku tulis tentang research aku ni. Lepas tu tengok balik slide presentation, jangan ada typo dan cerita yang penting2 je (ingat pesan sv). sebelum tido minta grup wasap kawan2 doakan. Pukul 12 tido baca doa tido..tawakal je..ingat keputusan dah tertulis..tawakaltu ala Allah. Zzzzz..

Sebelum subuh bangun..iron baju..malam tadi rasa nak pakai jubah ada bunga2 warna biru..tapi pagi ni rasa nak pakai baju kurung pahang plain (x serabut) hijau..so rasa cool cket kan hijau ni. Baju memainkan peranan penting to build up self confident! Lepas subuh mesej ayah..doa ayah penting..jarang cakap dengan ayah tapi aku tahu ayah ada instinct ttg anak2 dia..ayah mmg sgt kenal diri aku mcm mana.

Pukul 8 dah sampai ke pps..parking kereta dulu lepas tu pergi sarapan dengan en.abg kat cafe..ok lagi makan cket beehoon goreng dan air masak.

8.30 naik atas tingkat 3 car bilik viva..ooo kecik je biliknye..rasa panas plak..tetiba nampak kelibat internal examiner..dia tegur aku tanya2 pasal research aku..huhu kecut perut..aku cakap nanti aku citer :). Staff PPS minta aku guna desktop yang ada utk present sbb biasa kalau guna laptop student selalu masalah..aku okaykan je...aku tranfer slide ke desktop..nak bukak..ermm desktop tu guna ppt 2007 aku guna ppt 2010. AKU OKAY lagi save as ke lower version. Aku scroll slide..final graph yang penting takde..perghhh...tarik nafas.

Aku bukak laptop nak cuba jugak present tru laptop aku..cabutlah kabel dan pasang ke laptop..mmg tak kuar apa2 jadinya. OKAY..aku pun save as lagi sekali dan tranfer ke desktop PPS..aku boleh bukak kat desktop tapi tak terpancar kat skrin lcd plak..status no signal..kabel problem ni..masa staff n sv aku godek2 tu external dah sampai..senyum je tengok org2 ni betul2kan kabel..malu jugak rasa..tak well manage uni ni. Aku okay je..lantaklah korang setelkan teknikal..aku datang nak present dan defend thesis master aku ni. Akhirnya kata Pn. Dr. pengerusi ambil keputusan guna desktop je..nasib baik examiner cool..ok. Bermulalah aku bercerita..mencabar juga desktop jauh kedepan aku ni..akhirnya sampai ke QA session. Ucap Thank you lah aku cecepat.

Seterusnya adalah masa untuk belek cari mistake thesis aku page by page. Pengerusi kejer dia..okay page ni bahagian ni betul tak? Kekadang examiner okay tapi pengerusi kata tak betul ni..huhu..examiner pun sedikit sebanyak akan komenlah kan..nama pun examiner !:p..bila derang mintak penjelasan aku cerita..dan ada mmg mistake..aku yes I understand :)..Aku kan student mestilah ada silap jugak. Akhirnya dah habis semua..pengerusi suruh aku keluar sekejap. Cecepat aku keluar..nak tarik nafas udara luar..letih dah cakap. SV aku ada je kat bilik sebelah tunggu aku habis..mcm biasa dia happy sokmo walaupun aku rasa kecut perut. Special nyer ada SV ni tengok dia je tak jadi nak kecut perut..terus tenang...seolah2 dia berkata this is not a big deal in our life.

Kemudian aku dipanggil balik..
Dr. pengerusi cakap..Congratulation, your research has contribution and we give you 6 month to do correction. Alhamdulillah..tak kena tambah experiment ke apa..just betul2kan thesis..no problem. Sebulan kalau pulun boleh siap.

Panjang perjalanan nak buat Master by research aku ni..
Percubaan jadi student PG..pertama tahun 2007 jadi RA sekali , research dalam topik pattern recognition ,remote sensing image dan neural network..walaupun bukan bidang aku aku struggle lah jugak..berpuluh2 jurnal aku print..zaman tu xde mendeley. Cuma takde rezeki dah dua tahun aku kena ikut en. somi ke uk..dah jauh dgn sv dan aku dahlah tak pernah guna software IP..tapi sebelum aku pergi sempat present satu paper konferen..pertama kali ni..sangat teruja bila paper aku terpilih untuk present di dewan utama..dan aku terplih sebagai the best presenter..ada lagi award tu dlm almari.

Kemudian 2012, selepas kerja dua tahun sebagai production planner kat industri aku berhenti dan buat lagi Master. Bidang ni aku pernah dengar masa aku belajar kat uni..pensyarah cakap susah. Ermm..remote sensing image aku boleh survive takkan scheduling tak boleh. Dan kali ini dengan PSO. Aku lebih suka explore tentang PSO dr scheduling. Aku pernah cakap kat sv aku tak minat scheduling..SV kata dah 3 tahun baru nak cakap..hehehe. Masa present panel mmg suruh aku tekankan scheduling dalam thesis aku..huhu..takperlah they want to polish my weakness! soo.. I am Master for both :) positif okay!!


Banyak sangat mutiara kehidupan dari pelbagai sudut yang aku dapat sepanjang mengejar impian. Yang dapat disimpulkan..Truly trust yourself first then smart trust in a low trust world :)

Alhamdulllah, Thank you Allah for giving me the strong determination and independent skill :)

Whats next? May Allah show me the right path....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...