Sebelum pergi rumah wan..jannah cium peluk pipi aku. Aku tak ikut sebab nak siapkan kerja dan rasa nak masa untuk diri sendiri.
Tetiba ..esok hari ibu..kalaulah mak ada lagi pasti aku akan call mak bagi mak hadiah. Tapi Allah lebih menyayangi mak..sempat bersama mak selama 11 tahun sahaja. Apalah yang aku tahu ketika itu. Mak...hadiah yang paling berharga untuk mak adalah doa dari dan anak yang soleh dan solehah. Inshaa Allah kita bertemu di sana..
Jam dah pukul 12 malam, rasa nak tidur dulu esok pepagi sambung kerja. Rebahkan badan dikatil..tapi tekak terasa haus. Bangun dan turun bawah ke dapur..capai gelas dan air masak. Nak duduk..tiba-tiba terpandang sesuatu diatas meja makan...ya Allah..Jannah...
Sebuah hadiah yang dibalut ringkas..tertulis Kepada Mama. Selamat Hari Ibu 2015..terharunya..tadi teringat arwah mak..tak terfikir pun akan dapat hadiah sempena hari ibu.
Bersyukur diatas rezeki yang Kau beri.
-----------
Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.
1 comment:
blogwalking sini..jom lawat blog saya pula
terima kasih
Post a Comment