Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana banyaknya nikmat yang diberikan.
Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah
Hari ni pergi fakulti macam biasa.
Selesai sudah presentation saya di uniten semalam, saya telah buat yang terbaik dan telah dapat feedback dr seorang penonton dari AIS, UTMKL dan cadangan yang sama sebenarnya dari supervisor saya..cuma saya belum menulis lagi bahagian tu :) InshaaAllah next stage.
Hari ni pergi melapor diri kepada supervisor..masuk-masuk bilik dia senyum jer (memang selalu senyum pun..hopefully senyum sebab progress saya mencapai tahap yang sepatutnya..:). Bincang apa yang saya dapat dan apa yang saya perlu buat, buat saya berfikir..dalam hati banyak jer lagi. Hati saya macam Dr. S boleh baca jer..dia terus cakap hari ni awak rehat dulu nanti minggu depan baru start. Saya senyum dan ucapkan terima kasih..lega sikit.
Bila Dr. kata macam tu, so I decide to dived my mind from heavy thinking to light thinking.
Buat apa lagi menulis nota kecil kesayangan saya ni.
________________________________________
Ceria hari ni.
Dari tingkap bilik ni saya dapat lihat awan.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang diturunkan hujan membasahi bumi dan memberi nikmat udara yang bersih semula kepada kita . Dari kelabu telah kembali biru. Namun jangan leka dan lalai untuk kita sentiasa mensyukuri dan menjaganya dengan baik. Beringat sebelum buat.
Teringat ayat Allah dalam surah Ar Rum ayat 33 yang bermaksud
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan kembali bertaubat kepadaNya;kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya.
Berusaha..berehat jangan lama-lama nanti takut terleka.
___________________________________________
Balik awal nak masak mee bandung, lipat baju dan layan jannah cakap..mesti dia banyak cerita nak bagi tahu saya maklumlah dah dua malam sleep over rumah bffe dia :)
Esok study :)
Thursday, 27 June 2013
Sunday, 23 June 2013
Tadabbur Alam
Duduk dalam bilik study kat fakulti menghadap tingkap..mata memerhati udara yang kelabu asap
Terdetik dalam hati..
Betapa kasihnya Allah kepada kita telah mengurniakan udara yang bersih tanpa perlu kita bayar satu sen pun. Tetapi manusia telah mencemarkannya. Manusia jua yang telah menzalimi dirinya sendiri.
Dalam hati hanya Allah jua yang boleh menurunkan hujan membersihkan semula udara ni.. Ampunilah kami Ya Allah.
Allah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud
Telah nampak kerosakkan didarat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia. Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar).
__________________
Sya'ban dah hampir kepenghujung bermakna Ramadhan semakin hampir. Rasa tak sabar nak menyambut Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan Allah beri kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan. Amin.
__________________
Hidup ni orang kata putaran roda kekadang diatas kekadang dibawah..dan akan sentiasa bergerak tanpa menunggu sesiapa..
Bila saya berpeluang membentangkan kertas penyelidikan saya di symposium pada hari Rabu ni..buat saya
teringat, 6 tahun yang lepas last saya bentang kertas penyelidikan dan itulah kali pertama dan rezeki saya masa tu menang the best presenter. Lepas tu terus terbang..kenangan.
Peluang itu datang kembali..
Supervisor saya kata pelan-pelan target local dulu..pada saya semuapeluang yang datang itu baik untuk saya saya dapat panaskan enjin yang dah beku selama 6 tahun.. tak berdiri kat depan bercakap..berdebar.
Walaubagaimana pun ini sebagai permulaan dan inshaaAllah akan lakukan yang terbaik.
Ya Allah permudahkanlah segala urusan, jangan engkau persulitkannya, sempurnakanlah dengan kebaikan.
Teruskan berlari jangan putus asa !

Subscribe to:
Posts (Atom)