Monday, 9 August 2010

Summer2010 kenangan indah..

Alhamdulillah diatas segala nikmat yang diberi kepada saya terutama nikmat Iman dan Islam, nikmat kesihatan dan masa serta kawan-kawan yang baik-baik…:)

Apa cerita musim panas tahun ni…Banyak gambar-gambar yang tersimpan.

Jika musim panas aktiviti yang digemari ramai adalah fruit picking..merasa petik strawberi ker ceri ker, apple ker , rasberry ker atau blackberry ker..apa2 yg berry lah.

100E3341

Jika tahun lepas saya sekeluarga petik strawberi tahun ni kami pergi petik ceri pula. Kami sekeluarga suka makan ceri daripada strawberi..harga ceri lebih mahal dari strawberi. Jadinya bila tiba dikebun ceri kami makan sepuas-puasnya sebab jika makan dibawah pokok percuma..:)

Tahun ni kami pergi kebun yang sama iaitu Goacher’s farm mengambil masa 40 minit dari Sheffield. Pokok ceri lebih kurang macam pokok langsat, buahnya mudah dipetik..dan jangan tersalah petik..jangan sangka yang merah tu dah manis tapi itulah yang masam, jika nak yang manis petiklah yang berwarna merah gelap.

 100_3295

 100_3303

aduh..beratnya..

100_3292

rasalah…sedap tau.

Di kebun ni macam-macam ada. sebelah kebun ceri ada kebun epal..dan gandum. Sekali pandang gandum macam padi..

100_3306  epal yang belum masak..

100_3312 

gandum

2010-07-28

Selepas cari ceri pergi cari strawberi ..ditempat yang sama, tapi strawberinya dah tinggal yang kecik-kecik..yang besar-besar dah habis dipetik orang.

2010-07-281

itu cerita dikebun ceri…

Cerita musim panas lagi..

Family Day Pesatuan Pelajar Malaysia Sheffield. Adakah ini kali terakhir kami sekeluarga berfamily day..;)

Seperti biasa,setiap tahun pasti ada family day untuk kami warga malaysia sheffield anjuran ajk2 PMPMS. Suasana sungguh meriah dan yang paling meriah sukaneka kanak-kanak.

Kenangan yang best..hehehe Jannah menang lumba skuter..kuat juga anak mama ni lari..:) Dan lari bawa bola berkumpulan kumpulan Jannah dapat tempat ke 3 dan Musical Chair Jannah dapat tempat ke 3 juga..:) Suka Jannah dan bila dapat hadiah ..mama  i am  the winner..?

100_3198 hepi day..4 lucky little girl..:)

2010-07-282

Cerita summer ni ada lagi satu paling best…saya pergi sekali lagi di Snowdonia Wales. Entry sebelum ni rasa nak pergi lagi.…dan ketentuanNya saya pergi lagi tetapi suasana berbeza dan bersama family yang lagi besar. InsyaAllah nanti saya sambung cerita aktiviti kami di Perkhemahan Musim Panas –PERKEMASMSM anjuran Majlis Syura Muslimun.

100_3547

View ni betul-betul dihadapan khemah saya..subhanAllah.

bersambung…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...