Namun dihari Jumaat yang mulia semalam ada sesuatu yang gembira yang saya dapat saya miliki..:) dan lagi satu dapat saya nukilkan sesuatu untuk seseorang yang istimewa,adik ,penulis halawatuliman. Disepanjang hidup saya, tak pernah menulis puisi atau sajak..namun kak su membuatkan saya mengilhamkannya..:)
Akhirnya...berlatarbelakangkan lagu Raise Me Up pena ditangan menghasilkan coretan ini..
kumulakan bicaraku,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
adikku, dibumi ini kita ditemukan
didalam satu perjuangan
diatas satu matlamat
daripada kebersamaan ini
semakin ingin ku mengenali dirimu
cuba memahami dirimu
halawatuliman, sajak dan lukisan
menggambarkan dirimu seorang pencinta seni dan kritis,
namun yang unggul
dirimu adalah srikandi pencinta
dakwah dan tarbiyyah.
Adikku,
luaranmu terpancar kesopanan dan kelembutan
namun jauh disudut dirimu
ada kekerasan dan perjuangan
kuamati setiap perkara yang berlaku
semakin tinggi iman seseorang
semakin besar dugaan yang diterima
dan dirimu bersama merasainya
hakikatnya
itulah sentuhan kasih sayang
daripada Ar Rahim untuk dirimu
Adikku,
kepahitan, kesakitan dan deraian air mata
pasti hadir dalam kitaran hidup seorang hamba
pastinya ia bukan satu yang sia-sia
tarbiyyah membina diri
daripada Pencipta sekalian murabbi
Pencipta sekalian murabbi
lebih kenal dirimu
lebih faham hatimu
lebih rapat dengan dirimu
lebih menilai dirimu
tulus ikhlasnya dirimu
baik dan buruknya dirimu
zahir mahupun batin
dan pastinya tarbiyyah itu
adalah tarbiyyah yang agung.
Adikku,
kutahu semakin hari
dirimu semakin dewasa
dewasa dalam segala penilaian
dewasa mengenali manusia
dewasa mengenali sunahtullah
dewasa dalam perjuangan dakwah dan tarbiyyah.
Adikku,
sinari dirimu dengan ketaqwaan
dengan rasa penuh kehambaan
sebagai bekal disepanjang jalan
tidak kira dimana jua dirimu berada
ia hanya destinasi persinggahan
persinggahan yang hanya pinjaman
persinggahan yang pasti
ada mutiara-mutiara yang bermakna
dalam setiap senyuman dan kedukaan
ianya untuk menambahkan amal
sebagai saksi dihari Pengadilan.
Adikku,
kakakmu sentiasa mendoakan
yang terbaik untuk dirimu
membawa dirimu lebih baik daripada hari ini
sinar mentari lebih sentiasa
daripada hujan yang membasahi
walaupun hujan
dihujung sana ada pelangi
yang pasti,yang pasti membuatkan
dirimu tersenyum kembali.
Adikku,
jauh disudut hati kakakmu ini,
ku bersyukur kerana mengenali dirimu
kelemahan yang ada pada diriku
kau tampung dengan kekuatan
yang ada didalam dirimu
tiada kata seindah rasa
dirimu sangat kusayangi
kupohon maaf diatas segala kesilapan
sayangi dirimu kerana Allah
bertemu dan berpisah keranaNya jua
semoga dimu dan diriku
tsabat bersama dakwah dan tarbiyyah
doaku semoga
kejayaan sentiasa bersamamu
kejayaan hakiki bertemu disyurga
yang kekal abadi.
Adikku,
kunukilkan coretan ini untuk dirimu
sebagai tanda kenangan
tautan ukhuwwah fillah antara kita.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
adikku, dibumi ini kita ditemukan
didalam satu perjuangan
diatas satu matlamat
daripada kebersamaan ini
semakin ingin ku mengenali dirimu
cuba memahami dirimu
halawatuliman, sajak dan lukisan
menggambarkan dirimu seorang pencinta seni dan kritis,
namun yang unggul
dirimu adalah srikandi pencinta
dakwah dan tarbiyyah.
Adikku,
luaranmu terpancar kesopanan dan kelembutan
namun jauh disudut dirimu
ada kekerasan dan perjuangan
kuamati setiap perkara yang berlaku
semakin tinggi iman seseorang
semakin besar dugaan yang diterima
dan dirimu bersama merasainya
hakikatnya
itulah sentuhan kasih sayang
daripada Ar Rahim untuk dirimu
Adikku,
kepahitan, kesakitan dan deraian air mata
pasti hadir dalam kitaran hidup seorang hamba
pastinya ia bukan satu yang sia-sia
tarbiyyah membina diri
daripada Pencipta sekalian murabbi
Pencipta sekalian murabbi
lebih kenal dirimu
lebih faham hatimu
lebih rapat dengan dirimu
lebih menilai dirimu
tulus ikhlasnya dirimu
baik dan buruknya dirimu
zahir mahupun batin
dan pastinya tarbiyyah itu
adalah tarbiyyah yang agung.
Adikku,
kutahu semakin hari
dirimu semakin dewasa
dewasa dalam segala penilaian
dewasa mengenali manusia
dewasa mengenali sunahtullah
dewasa dalam perjuangan dakwah dan tarbiyyah.
Adikku,
sinari dirimu dengan ketaqwaan
dengan rasa penuh kehambaan
sebagai bekal disepanjang jalan
tidak kira dimana jua dirimu berada
ia hanya destinasi persinggahan
persinggahan yang hanya pinjaman
persinggahan yang pasti
ada mutiara-mutiara yang bermakna
dalam setiap senyuman dan kedukaan
ianya untuk menambahkan amal
sebagai saksi dihari Pengadilan.
Adikku,
kakakmu sentiasa mendoakan
yang terbaik untuk dirimu
membawa dirimu lebih baik daripada hari ini
sinar mentari lebih sentiasa
daripada hujan yang membasahi
walaupun hujan
dihujung sana ada pelangi
yang pasti,yang pasti membuatkan
dirimu tersenyum kembali.
Adikku,
jauh disudut hati kakakmu ini,
ku bersyukur kerana mengenali dirimu
kelemahan yang ada pada diriku
kau tampung dengan kekuatan
yang ada didalam dirimu
tiada kata seindah rasa
dirimu sangat kusayangi
kupohon maaf diatas segala kesilapan
sayangi dirimu kerana Allah
bertemu dan berpisah keranaNya jua
semoga dimu dan diriku
tsabat bersama dakwah dan tarbiyyah
doaku semoga
kejayaan sentiasa bersamamu
kejayaan hakiki bertemu disyurga
yang kekal abadi.
Adikku,
kunukilkan coretan ini untuk dirimu
sebagai tanda kenangan
tautan ukhuwwah fillah antara kita.
2 comments:
MashaAllah, tak sangka Yati pandai mengarang sajak...cantek sajak tu, teruskan menulis :)
Jazakillah lin,
tak pandai tapi datang dgn spontan..
alhamdulillah..insyaAllah lin :)
Post a Comment