Segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi nikmat yang tidak ternilai banyaknya kepada diri yang serba kekurangan ini. Nikmat merasai snow dinegara orang adalah saat yang sungguh indah. Tidak pernah termimpi dari kecil untuk bermain dilautan salji, tetapi ketentuan daripadaNya dua tahun berturut-turut dapat merasainya. Kali pertama melihat lautan salji adalah pada 2009 semasa trip main ski ke scotland masa pms, ketika itupun tidak
setebal seperti tahun ini, melihat kejadian alam ini rasa takjub tidak terucap dengan kata-kata selain Subhanallah..
Februari 2009 sejak hampir 10 tahun bumi england tidak dituruni salji ditakdirkan salji turun dengan setebal-tebalnya...ketika itu ingatkan itu yang terakhir...namun ketentuan darinya belum lagi bertukar tahun di minggu - minggu terakhir di penghujung tahun 2009 snow turun dengan lebatnya dan berlanjutan hingga ke hari ini ,Januari 2010. Di jangka snow akan berlarutan sehingga minggu hadapan.
Saat yang sangat best adalah merasai butir-butir salji jatuh ke bumi bagaikan kapas berterbangan dan ketika berpijak di atas hamparan putih yang empuk dan lembut. Namun setelah snow berhenti sehari dua selepas itu adalah hari yang menguji mental dan fizikal. Rasa yang sejuk dengan suhu minus, jalan licin kerana snow telah bertukar menjadi ais maka berjalanpun ala-ala robot kerana terpaksa memerhati setiap langkah jika tersilap boleh jatuh terlentang atau patah tangan atau kaki dan berjalan diwaktu itu sungguh meletihkan. Walaupun letih tapi mampu tersenyum. Macam Jannah ni..:)
Namun aktiviti yang hanya boleh dilakukan bersama snowhite ni adalah...sledging. Tahun ni dapat bermain dengan sepuas-puasnya dari bukit yang rendah hinggalah yang tinggi.
Sebelum snow, bila balik dari kerja disepanjang jalan di Crookes memang nampak jer sledge tu tersadai ditepi pintu kedai..dalam hati nak beli tapi nantilah..
Hinggalah pada 24/12/2009, su mengajak ume dan saya bermain sledging dipark yang berdekatan dengan rumah pada pukul 12 tengahari. Pepagi tu sebelum main saya dan ume pergilah mencari di asda, lidl dan b n q. Malangnya bak kata penjual B n Q bila ditanya 'you're wrong time and wrong place..' . Baliklah kami dengan hampa. Tengahari tu saya pinjam su punya..anak-anak pun bergilir-gilir. Namun sifat tidak putus asa ume nak cari juga sledge, selepas bermain saya dan ume pergi round di Crookes hingga ke City Centre, mencari sledge namun hampa belaka.
Akhirnya pada hari Rabu lepas, seperti biasa jalan-jalan di deretan kedai di Crookes bersama-sama rakan sekerja..:D..kak zu dan ida nampak sledge dikedai dulu yang saya 'terlepas', tanpa fikir-fikir lagi saya terus menelefon ume. Akhirnya kami bertiga membimbit sledge menaiki bas..
Walaupun harga sebuah slegde jika ditukar ke ringgit malaysia adalah RM68 namun ia sangat berbaloi dan jika nampak dikedai jangan ditunggu-tunggu , disaat snow ni sledge umpama pisang goreng ...saper cepat dia dapat.
Jika rasa bosan duduk rumah ditambah sejuk beku ni, jomlah kita sledging...saya rasa sangat seronok dan dapat mengubah mood yang lebih ceria..:D
Kenangan saya dan snoWhite..balik Malaysia nanti mesti terkenang-kenang. Namun disaat ini sangat-sangat bersyukur kepada Allah diatas ruang masa dan nikmat yang diberikan.
1 comment:
Cepat nyer update!!! mak buyong ni ntah bila lah nak upload gambo...
jannah..main puas-puas jannah!
Post a Comment