Tuesday, 2 June 2009

Bedah Surah Al -Fatihah


Hari ni saya terfikir sesuatu, sebabnya dua minggu lepas saya membaca Tafsir Surah Al Fatihah- Tafsir Fil Zilal. Apabila saya baca sendiri, sebelum ni ada mak naqibah saya bagi..tapi bila membaca sendiri lagi terkesan di hati saya.

Al-maklum semua, bacaan Al Fatihah adalah bacaan yang sangat penting dalam solat. Apa jadi jika tak baca atau bacaan kita tak betul??? Solat kita menjadi tidak sah...itu kita tahu sejak sekolah lagi. Tetapi adakah pengetahuan kita dari dulu sampai ke hari ni macam tu jer..statik jer.."dah baca sah lah solat".

Pernah tak kita tertanya kenapa begitu Special surah Al Fatihah ini sehingga Allah perintah kita baca didalam solat dalam setiap rakaat setiap hari??? Kenapa jika tidak baca atau salah baca TIDAK SAH SOLAT??? Tahu tak kita setiap ayat yang kita baca Allah akan menjawab??Hakikat sebenarnya kita sedang berdialog dengan Allah?? Rasa ker kita apabila membaca Al Fatihah kita begitu hampir dengan Pencipta kita dan sayangnya Dia kepada kita???

Bila saya mula baca tafsir quran?? Jangan keliru yer tafsir Quran bukan terjemahan Quran. Tafsir al Quran adalah penerangan tentang sesuatu ayat dan mengandungi hadith2 berkaitan sesuatu ayat. Kesyukuran pada Allah beri saya peluang kesempatan mengenali dan memahami serba sedikit tafsir apabila saya berada didalam usrah. Pengenalan saya adalah dengan tafsir surah-surah pendek juzu' Amma.

Apa yang saya dapat dari membaca tafsir??

Sebelum ini saya suka baca buku-buku novel...Apabila membaca buku novel, biasanya saya akan lihat bagaimana penulis mengolah cerita...ada yang berjela-jela..senada jer dan bosan..baru baper helai dah tutup, ada yang buat saya tak puas hati sebab nak tahu dan nak tahu dan terus membaca sebab nak tahu penghujungnya..boleh duduk terus dalam bilik baca sampai habis, jika best akan ingat jalan cerita satu persatu dan watak-watak didalam cerita kekal didalam fikiran. Tapi sekarang teringin nak baca novel tapi mesti dalam kepala buku sirah tak habis baca nak baca novel...

Apa kaitan dengan baca novel ni??
Apa yang saya nak kaitkan adalah bagaimana jika kita baca surah Al Fatihah...kita boleh jatuh cinta dengannya dan lebih best dari baca segala novel? Bagaimana nak jatuh cinta jika kita tidak faham dan menghayati jalan ceritanya.
Lebih-lebih lagi orang macam saya bukan pelajar berkelulusan bahasa arab..hanya sedikit asas tentang bahasa arab semasa belajar dulu dari tingkatan 1 hingga 3 .

Jadinya apabila membaca tafsir saya dapat tahu sedikit seni memahami susunan ayat Quran dan cerita disebalik ayat-ayat Quran. Sebagai contohnya Surah Al -Fatihah , cerita diawal-awalnya adalah kita menyebut nama Allah, selari dengan ayat quran yang pertama Allah turunkan kepada Rasulullah s.a.w -"Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu". Kemudian puji-pujian kepada Allah,tanda kita seorang hamba kepada Pencipta. Selain daripada itu tahu ker kita dalam ayat surah Al-Fatihah juga mengandungi penegasan dan pengharapan. Ayat yang mana yer ada yang tegas dan ada pengharapan?

Jika kita rajin lagi buat researchtentang surah-surah yang lain, kita akan tahu bahagian mana ayat yang mana Allah marah, ancaman dari Allah , pembalasan, peringatan dan daripada membacanya kita tahu tersangat sayangnya Allah kepada kita kerana Allah telah bagi kita tips2 supaya kita menjadi ahli syurga. Itulah kekadang ada imam-imam yang boleh menangis bila membaca Quran didalam solat. Dan didalam ayat-ayat Allah, ada watak-watak manusia yang Allah suka yang boleh kita jadikan idola dan tak suka yang selalu diulang-ulang supaya diri kita tidak jadi seperti mereka.

Oleh yang demikan sama-samalah kita berusaha sedaya upaya up kan pengetahuan kita tentang Quran. Jika kita boleh upkan skill memasak kita, skill memblog, skill menulis, up kan ekonomi hidup, up kan resume kita dengan pelbagai sijil dan anugerah...kenapa kita tidak boleh up kan skill kita untuk memahami ayat-ayat Allah??? Sehingga kita jatuh cinta dengan kata-kata Allah, yang pasti benar dan asli.

Sebelum kita bedah buku yang lain2...marilah mulakan dengan bedah surah Al Fatihah seterusnya ayat-ayat Allah yang lain. Sediakan peruntukan wang untuk membeli Tafsir Al-Quran dan berguru untuk memahaminya.

Doa kita setiap hari...
"Tunjukilah kami jalan yang lurus" tapi bila Allah telah beri mengapa kita sering menepisnya...???




Tazkirah untuk diri ini,

5 comments:

sitinurulhawa said...

yati, sangat menarik entry ini.

Antara membaca novel atau karya manusia dan Quran iaitu Kalam Tuhan sangatlah berbeza. Quran diturunkan sbg mukjizat nabi seperti yg kita tahu ada begitu bnyk hikmahnya. Tapi juga kita ada bnyk hikmah lagi yg masih tersimpan sebagai rahsia Allah. Mungkin beberapa manusia terpilih saja yg merasai.

Aku pernah ditempelak oleh seseorg. Kerana gilanya aku pada novel sastera. Dia tanyakan, sudahkan aku khatam tafsir quran? aku katakan belum lagi, lalu dipandangnya aku dengan serong seolah2 dia berkata - tak guna kau baca banyak buku kalau tafsir quran pon kau tak khatam.

Tanpa mengenepikan betapa Quran ialah bacaan terungugl untuk manusia, berikut ialah hujah2 aku pada kawan aku tu.

hujah aku:
1. Aku menikmati karya sastera sebagai satu seni. sepertimana org menikmati lagu dan lukisan. Seperti orang menikmati bola. Semua org boleh baca, tp tak semua org dapat nikmat yg sama. Aku menikmati ayatnya, bahasanya, olahannya, pemikirannya. entah.. susah nak terangkan. rasa dan perasaan kan suatu yg subjektif? makanya, aku tetap cuba meraikan orang2 yang suka membaca - walaupun cuma baca kisah rumah tangga dan kisah2 misteri di majalah2 entah apa (asal bukan majalah gossip separuh porno). Tetapi sikit2 aku cuba sodok dengan bahan2 yang lebih baik, lebih berguna, lebih bermakna.

2. Manusia dijadikan dengan tahap intelektual berbeza. Sebab itu ada label; buku ringan dan buku berat. Sesetgh org boleh faham satu2 naskah dengan sekali baca, ada org baca berkali2 pon tak faham. Dan Quran, bukanlah dalam kategori buku ringan. Sebab itu kita perlukan tafsir (dan membaca tafsir juga perlu intelek yg bagus) - Tak cukup dengan tafsir saja - perlu juga berguru. Kerana dalam belajar agama jika tidak berguru - maka syaitanlah gurunya.

3. Orang kata ukur baju dibadan sendiri - Bacalah apa saja yang berguna - itu sebagai pelajaran pada diri. Mula dengan kisah ringan kisah2 binatang dari Quran misalnya. Kemudian berat sedikit seperti sirah2 Nabi & perjuangan nabi2. Setelah dapat sejarahnya, baca pula falsafahnya - Falsafah disebalik stategi Uhud misalnya. Aku risau jika pendirian - "tak guna baca banyak buku kalau tafsir quran pon kau tak khatam" - ini dipegang, maka budaya membaca dan menulis akan hangus.

4. Orang2 yang ada kelebihan ilmu (seperti kawan yg menempelak aku tadi) sepatutnya sedar, ada ramai org didlm masyarakat susah untuk memahami tafsir kalau baca begitu2 sahaja. Maka dia sebagai org berilmu sepatutnya cuba menolong dengan - mencuplik dari quran dan tafsir yang dipelajarinya kepada bentuk yang lebih mudah diterima masyarakat - iaitu dengan menulis! tulislah kisah ringkas - sepertikisah binatang2 tadi, buku ringan atau berat tetapi jadikan Al-Quran sebagai panduannya. ini ialah proses mendidik masyarakat.

4. Nah! kalau didikan itu dimula dari awal (kanak2), hasilnya(remaja) - fikirannya cukup intelek yang sedia membaca tafsir.

Sekarang, perkembangan novel Islami disini sangat memberangsangkan. Ayat2 quran dalam novel sudah tidak jadi satu kekekokan. Falsafah2 yang diangkat dari Quran boleh diteladani dari cerita2 novel. Novel2 yang memaksa kita berfikir. Kalau pembaca yang baik, dia akan terus sisat - yg mana akhirnya jawapan ditemukan dalam Quran juga. Terpulang saja kita untuk memilih.

Buku2 yg membincangan pelbagai topik seharian yang 'islam complient' juga semakin meriah.


p/s
sangat kebetulan dengan 'surat dari editor' dewan sastera bulan ini - maaf, dia lagi. ini betul2 kebetulan, bukan apa2 :)
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/06/manifesto-mergastua.html

mamajannah said...

terima kasih wa,terima kasih juga sebab share pandangan dan pengalaman,terutama diri ko yg 'gila' membaca..:)

aku setuju dgn pendapat ko setiap manusia dikurniakan daya intelek yang berbeza. Cumanya yang sama manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Itu point nyer. Dan aku rasa ko adalah orang yang suka berfikir sebab suka bahan2 bacaan yg berat..dan boleh share dengan orang lain..:)

Dan aku rasa bila orang2 yang suka membaca buku2 berat ni dia akan lebih menghayati tafsir apabila dia membacanya, sebab dia ada skill seni berfikir dan menafsir,dengan syarat ikhlas untuk memahami ayat Allah,:)

Berbeza dengan orang yang mungkin telah berpuluh kali khatam quran/tafsir tapi tiada yang boleh dikongsi bersama malah membuatkan orang lain jauh darinya.Itu adalah satu kerugian yang besar.

Lagi satu, mungkin side aku sekarang aku lebih suka baca buku ilmiah yang lebih direct.Dan bila aku masuk blog ko, aku sangat terkesan bila ko ulas tentang novel Rindu Andalusia contohnya, benda yang sama cuma presentation yang berbeza dan mungkin lebih berkesan sebab bila kita baca novel ia ada emosi.Pembaca lebih terkesan.

Alhamdulillah sekarang dah banyak penulis yang mempunyai intelek yang tinggi..:) menulis novel2 yang islamic yang boleh membawa perubahan kepada pemikiran masyarakat. Dan sahamnya pasti di akhirat kelak.

Awa bila kita baca sejarah Kegemilangan Islam, corak pembelajaran awal anak-anak adalah dengan belajar Al-Quran dan bahasa. Kedua-dua ini adalah tergolong dalam ilmu sastera. Kemudian baru belajar ilmu sains. Terbalik zaman sekarang kita awal pembelajaran anak-anak yang potensi akalnya sangat tinggi di penuhkan dengan ilmu sains semata dan ilmu agama yang difikir sastera takder class dijadikan ilmu sampingan. Jadinya sampai sekarang kita belum dapat melahirkan tokoh2 Islam seperti Ibn Sina.
Aku setuju ulasan editor dewan sastera.
Kesimpulanannya Al_quran adalah asas untuk mendapat momentum kecemerlangan. Sejarah telah membuktikan...;)

Namun insyaAllah untuk membina tamadun Islam yang gemilang adalah perjalanan yang panjang. Namun jom kita jadi salah satu agen perubahan itu..mengikut skill dan intelek masing-masing. Supaya kita juga ada saham di sana.

terpanjang pula:)

sitinurulhawa said...

hehehe aku pon terpanjang juga ;)

Al-Quran mmglah mukjizat. orang bodoh baca dia dapat pengajaran, orang pandai baca dia dapat pengajaran juga. serupa tapi tak sama.

Al-Quran mmg sastera terunggul bagi Bahasa Arab. Sarjana Islam dahulu memangnya mahir Quran dan mahir sastera Arab. Ini memang tak begitu ditekankan dalam masyarakat kita. Di sini pandai quran bererti pandai baca, pandai taranum. Bukan pandai isi. Sastera 'tak ada kelass' di Malaysia

mungkin ini yg perlu diubah. err.. sebenarnya, kita kan ada belajar tafsir juga masa kecil2 (dengan kitab klasik). tapi kenapa ya, tak membudaya pulak dalam masyarakat kita.

btw, aku suka dengar kuliah tafsir ust zahazan di ikim. tapi selalu juga terlepas, ada org yg baik hati uploadkan diinternet tapi bila nak download kena pandang dulu iklan porno (sebab upload kat free hosting). aduhai..

idsyAleeya said...
This comment has been removed by the author.
idsyAleeya said...

salam:)
teringin farah nk belajar tafsir ni secare berguru
mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah satu hari nnti
btw, alang di tag!!
sile amek tag amal islami di blog farah k(^.^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...